Asia Television Limited

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Asia Television Limited
亞洲電視有限公司
Jenis Limited company
Industri Penyiaran televisyen
Ditubuhkan 29 Mei 1957
Ibu pejabat 25-31 Dai Shing Street,
Tai Po Industrial Estate,
Tai Po, Hong Kong
Perancang utama Wong Po Yan (pengerusi)
Chan Wing-kee (ketua eksekutif)
Laman web hkatv.com

Asia Television Limited (Cina Tradisional: 亞洲電視有限公司; pinyin: Yàzhōu Diànshì Yǒuxiàn Gōngsī) merupakan stesen televisyen pertama Hong Kong yang mula-mulanya bernama Rediffusion, sebelum distrukturkan dan dinamakan semula menjadi "Asia Television Limited" pada tahun 1982.

Kini, ATV merupakan salah satu daripada dua buah penyiar percuma di Hong Kong, di samping musuh ketatnya Television Broadcasts Limited (TVB). ATV mengendali lapan saluran dalam udara penyiaran Hong Kong, termasuk dua buah saluran utama, iaitu Home dan World, yang masing-masing berbahasa Kantonis dan Inggeris; dan enam buah lagi yang bersiaran digital melalui platform DMB-T. ATV juga menyiarkan satu versi saluran Home untuk penduduk di Amerika Utara.

ATV juga telah menjalin hubungan rapat dengan Guangdong TV untuk memastikan kerjasama yang utuh dalam penghasilan rancangan, pengiklanan dan jualan.

ATV turut meraih berbagai-bagai anugerah bagi rancangan-rancangannya, termasuk versi tempatan rancangan permainan Who Wants To Be A Millionaire (百萬富翁), yang dilancarkan di United Kingdom pada tahun 1998. Pada tahun 2001, ATV membeli hak penerbitan bagi pasaran Hong Kong, lalu menikmati kenaikan taksiran penontonnya dan mencetuskan lawannya TVB membikin rancangan permainan yang seumpamanya.

Saluran[sunting | sunting sumber]

aTV Home (本港台, aTV1)
Saluran am berbahasa Kantonis; bersiaran analog dan digital serentak
aTV News & Business Channel (新聞財經頻道, aTV2)
Saluran khusus berita percuma pertama di Hong Kong
His TV (動感資訊頻道, aTV3)
Saluran khusus kaum lelaki, bertemakan sukan, kehidupan dan kereta
Her TV (魅力資訊頻道, aTV4)
Saluran khusus kaum wanita, bertemakan beli-belah, fesyen dan hiburan
Plus TV (文化資訊頻道, aTV5)
Saluran khusus seni dan kebudayaan, menyiarkan bahan-bahan RTHK, National Geographic, BBC dan lain-lain
aTV World (國際台, aTV6)
Saluran am berbahasa Inggeris; bersiaran analog dan digital serentak
CCTV-4 (中央電視台中文國際頻道, aTV7)
Penyiaran serentak saluran antarabangsa CCTV berbahasa Mandarin
aTV HD (高清頻道, aTV9)
Saluran berdefinisi tinggi

Pautan luar[sunting | sunting sumber]