Astana, Sarawak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Rencana ini ialah mengenai istana di Sarawak. Untuk ibu negara Kazakhstan, sila lihat Astana.
Astana Sarawak
استان سراوق
Astana Sarawak.JPG
Pemandangan gedung istana (Astana) dari Kuching Waterfront
Maklumat umum
Status Siap dibina
Jenis Kediaman rasmi Yang di-Pertua Negeri Sarawak
Lokasi Kuching, Sarawak, Malaysia
Koordinat 1°33′49″N 110°20′44″E / 1.56361°N 110.34556°E / 1.56361; 110.34556Koordinat: 1°33′49″N 110°20′44″E / 1.56361°N 110.34556°E / 1.56361; 110.34556
Disiapkan pada 1870
Butiran teknikal
Lif/mesin pengangkat Tidak diketahui

Astana merupakan sebuah istana yang terletak di Kuching, Sarawak, Malaysia. Gedung istana ini terletak di utara tebing Sungai Sarawak, bersemuka dengan Kuching Waterfront. Ia kini merupakan kediaman rasmi bagi Yang di-Pertua Negeri Sarawak, yang mewakili Sarawak dalam Majlis Raja-raja.[1] Istana ini telah dibina pada tahun 1870 oleh Raja Putih Sarawak ke-2, Charles Brooke sebagai hadiah buat perkahwinannya dengan isteri baginda Margaret Alice Lili de Windt. Istana ini pada kebiasaannya dibuka untuk lawatan umum oleh pelancong, dari pinggir Kuching Waterfront pengunjung dapat melihat dengan jelas taman dan bangunan Istana, gedung istana boleh dicapai dengan menaiki bot melintasi Sungai Sarawak.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Astana, kemudiannya dipanggil sebagai Rumah Kerajaan, ia dibina pada tahun 1870 oleh Raja Putih Sarawak ke-2 Charles Brooke, sebagai hadiah buat isteriya, Margaret Alice Lili de Windt. Pasangan diraja ini berkahwin di Highworth, Wiltshire pada 28 Oktober 1869 dan dibesarkan sehingga memakai gelaran Permaisuri Sarawak (Ranee Sarawak). Selepas berkahwin ia memakai gelaran Yang Teramat Mulia.

Ranee Margaret tiba di Sarawak pada 1870, kemudian pasangan diraja ini mentap di Astana sebagai kediaman rasminya.[2] Baginda Ranee Margaret) kemudian dikenang tentang kehidupannya di Astana dan merupakan suatu bentuk kolonial baru di Borneo dalam memoirnya My Life in Sarawak, diterbitkan pada 1913.

bilik tidur utama gabenor sarawak

Brooke dikatakan menanam pokok pinang di belakang Astana, jadi baginda boleh memberi buah pinang segar kepada Ketua Orang Dayak yang melawatnya.

Seni bina[sunting | sunting sumber]

Kediaman ini asalnya dibentuk pada tiga binaan bangunan yang berasingan, setiap satu dihubungkan dengan laluan pejalan kaki yang pendek dan sempit. Pada tahun 1883, sebuah menara jam telah dibina dihadapan istana bagi memperingati Charles Brooke (Raja Putih Sarawak pertama) yang mendiami istana tersebut.

Bangunan Astana telah banyak melalui proses pengubahsuaian dan penambaikkan sejak pembinaannya, disamping menjaga kualiti bangunan yang mendapat status kediaman rasmi kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak.

Astana semasa zaman pemerintahan tanah jajahan mahkota british

Galeri[sunting | sunting sumber]

Pemandangan Astana dari pintu utama. 
Astana pada waktu malam. 
Pemandangan Astana dari Sungai Sarawak. 

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

References[sunting | sunting sumber]