Dayak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Dayak
Dayak
Dyak
COLLECTIE TROPENMUSEUM Studioportret van een Dajak in krijgskleding TMnr 60033041.jpg
Seorang ketua Dayak memegang lembing dan perisai yang dikenali sebagai Klebit Bok
Jumlah penduduk
sekitar 4 juta
Kawasan ramai penduduk
Borneo:
 Indonesias. 3,009,494[1]
 Malaysias. 911,894[2]
Bahasa
Rumpun Bahasa Melayu-Polinesia
Terutamanya
Bahasa-bahasa Dayak
Ngaju • Iban • Klemantan • Kayan • Ot Danum • Barito • Bakumpai • Ma'anyan • Murut • dll.
Termasuk juga
Bahasa Indonesia dan Bahasa Melayu
Berau • Kutai • Mempawah • dll.
Agama
Majoriti
Kristian (Protestan, Roman Katolik) (62.7%)
Islam (Sunni) (31.6%)
Minoriti
Kaharingan (4.8%)
and dan lain-lain (i.e. Animism) (1%)[3]
Kumpulan etnik berkaitan
Orang Austronesia
Orang Banjar • Orang Melayu Borneo • Rejang • Malagasy, dll.

Dayak, turut dieja sebagai Dyak atau Dayuh merupakan salah satu rumpun bumiputera di Borneo.[4] Ia merupakan gelaran umum bagi 200 suku kaum yang menetap di kawasan sungai dan bukit, terutamanya di bahagian tengah dan selatan Pulau Borneo, dengan bahasa, dialek, adat, undang-undang, kawasan dan budaya yang tersendiri, walaupun terdapat juga persamaan umum tentang puak ini. Bahasa-bahasa Dayak dikategorikan sebagai sebahagian daripada cabang Bahasa-bahasa Austronesia. Pada zaman dahulu, sebahagian besar masyarakat Dayak memeluk kepercayaan animisme (turut dikenali sebagai Kaharingan di Indonesia), walaupun bermula pada abad ke-19 ramai yang mulai memeluk agama Kristian dan Islam.[5]

Etimologi[sunting | sunting sumber]

Nama Dayak dipercayai berasal daripada Bahasa Melayu Brunei dan Melanau bererti "orang yang berada di pendalaman", tanpa merujuk kepada mana-mana etnik khas. Gelaran tersebut kemudian diserap oleh penulis-penulis Belanda dan Jerman sebagai istilah umum bagi puak-puak peribumi bukan Islam di Borneo. Justeru, perbezaan utama antara Dayak dan bukan-Dayak adalah perbezaan agama. Namun, penulis-penulis Inggeris tidak bersetuju dengan pengelasan yang dilakukan oleh pihak Belanda dan Jerman, antaranya James Brooke yang hanya menggunakan istilah Dayak untuk dua kumpulan khas, Dayak Darat (Bidayuh) dan Laut (Iban).[6]

Pengelasan Belanda yang bermula pada abad ke-19 kemudiannyua dilanjutkan di Indonesia, sebagai istilah umum bagi kesemua suku-suku bukan Islam di Pulau Borneo sehingga. Manakala di Malaysia, istilah Dayak secara am-nya kekal sebagai rujukan kepada suku Iban (sebelumnya dikenali sebagai Dayak Laut) dan Bidayuh (disebut sebagai Dayak Darat pada waktu dahulu).[7]

Bahagian galeri rumah panjang Suku Kayan berserta tengkorak dan senjata, sebuah gambaran tentang kebudayaan amalan pemotongan kepala

Suku dan bahasa[sunting | sunting sumber]

Suku-suku Dayak tidak bertutur dalam sebuah bahasa yang sama.[8] Bahasa mereka termasuk dalam pelbagai cabang Rumpun Bahasa Melayu-Polinesia, seperti Rumpun bahasa Dayak Darat, Bahasa-bahasa Melayu, Bahasa Sabah, Bahasa Barito dan sebagainya.[9][10] Pada hari ini, kebanyakkan masyarakat Dayak mampu bertutur dalam dwi-bahasa dengan fasih, selain daripada bahasa ibunda mereka, mereka juga dapat berkomunikasi dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Indonesia, bergantung dengan negara asal mereka. Banyak bahasa-bahasa yang dituturkan di Borneo merupakan endemik (tidak dapat ditemukan di tempat lain).

Dianggarkan terdapat sebanyak 170 bahasa dituturkan di Borneo, dengan ada yang hanya mempunyai beberapa ratus penutur. Justeru membawa kebimbangan terhadap masa depan bahasa-bahasa ini dan kebudayaan yang berkaitan.

Pada tahun 1954, Tjilik Riwut telah mengkategorikan pelbagai kumpulan dayak kepada 18 suku di seluruh pulau boneo, dengan 403 puak berdasarkan bahasa, adat dan budaya. Namun, beliau tidak memberi penerangan selanjutnya tentang nama puak-puak ini.[11]

Rumpun Suku Puak Lokasi[12]
I. Ngaju

Ngaju
Ma'anyan
Lawangan
Dusun

53
8
21
8

Selatan Borneo
II. Apukayan

Kenyah
Kayan
Bahau

24
10
26

Timur Borneo
III. Iban/Dayak Laut

Iban

11

Barat Laut dan pesisir barat Borneo
IV. Klemantan/Dayak Darat

Klemantan
Ketungau

47
40

Pendalaman barat laut Borneo
V. Punan

Basap
Punan
Ot

20
24
5

Tengah-timur Borneo
VI. Murut

Idaan/Dusun
Murut
Tidung

6
10
28

Utara Borneo
VII. Ot Danum

Ot Danum

61

Selatan Borneo

Agama[sunting | sunting sumber]

Agama

  Roman Katolik (32.5%)
  Islam (31.6%)
  Protestant (30.2%)
  Kaharingan (4.8%)
  Lain-lain, biasanya Animisme (0.9%)

Animisme/Kaharingan[sunting | sunting sumber]

Di Indonesia, kepercayaan agama Dayak dikenali sebagai Kaharingan, boleh dikatakan sebagai salah satu bentuk animisme. Nama ini diperkenalkan oleh Tjilik Riwut pada tahun 1944 sewaktu beliau memegang jawatan sebagai Residen Belanda di Sampit, Hindia Timur Belanda. Pada tahun 1945, sewaktu pentadbiran Jepun, Jepun merujuk Kaharingan sebagai agama masyarakat Dayak. Sewaktu Orde Baru di Indonesia pada tahun 1980, Kaharingan didaftarkan sebagai sejenis kepercayaan Hindu Indonesia, kerana pada waktu itu Indonesia hanya mengeniktiraf 6 bentuk agama - Islam, Protestan, Roman Katolik, Hindu, Buddha and Konfusianisme. Penggabungan Kaharingan sebagai ajaran Hindu bukan kerana persamaan sistem agama tersebut, namun kerana Kaharingan merupakan ajaran tertua di Kalimantan.

Berbeza dengan perkembangan yang berlaku di Kalimantan, Kaharingan tidak digunakan sebagai rujukan agama di Malaysia dan Brunei, justeru kepercayaan asal masyarakat Dayak dinamakan sebagai animisme atau pagan di luar Indonesia.[13]

Kristian[sunting | sunting sumber]

Dalam lingkungan 2 abad yang lalu, ramai masyarakat Dayak mulai memeluk agama Kristian, disamping meninggalkan beberapa adat tradisional. Agama Kristian diperkenalkan oleh mubaligh Kristian di Borneo. Perbezaan agama antara penduduk Borneo pernah menyebabkan beberapa ketegangan agama sebelum ini.[14]

Islam[sunting | sunting sumber]

Secara tradisinya, memeluk agama Islam di Borneo dianggap sebagai Masuk Melayu, iaitu asimilasi dengan adat Melayu. Namun, terdapat juga beberapa kelompok Dayak yang mempunyai penganut agama Islam yang besar, namun sehingga ke hari ini menganggap diri mereka sebagai Dayak. Misalnya masyarakat Bakumpai yang memeluk agama Islam pada abad ke-19, dan mempunyai kekerabatan bahasa dan budaya yang erat dengan Orang Ngaju. Mereka melihat istilah Dayak secara baik dan menganggap diri mereka sebagai "Dayak Muslim".[15]

Galeri[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Jumlah dan Persentase Penduduk menurut Kelompok Suku Bangsa" (PDF). media.neliti.com. Kewarganegaraan, suku bangsa, agama dan bahasa sehari-hari penduduk Indonesia. Dicapai pada 13 May 2022.
  2. ^ "Population Distribution and Demography" (PDF). Malaysian Department of Statistics. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 13 November 2013.
  3. ^ Ananta, Aris; Arifin, Evi; Hasbullah, M.; Handayani, Nur; Pramono, Wahyu (2015). Demography of Indonesia's Ethnicity. Singapore: ISEAS Publishing. m/s. 272. ISBN 978-981-4519-87-8. Dicapai pada 8 May 2020.
  4. ^ "Report for ISO 639 code: day". Ethnologue: Countries of the World. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Oktober 2007.
  5. ^ Chalmers, Ian (2006). "The Dynamics of Conversion: the Islamisation of the Dayak peoples of Central Kalimantan" (PDF). Asian Studies Association of Australia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 7 March 2014. Dicapai pada 3 December 2016.
  6. ^ Tillotson (1994). "Who invented the Dayaks? : historical case studies in art, material culture and ethnic identity from Borneo". Open Research Library. Australian National University. Dicapai pada 13 May 2022.
  7. ^ "Dayak". Britanicca. Encyclopædia Britannica. Dicapai pada 13 May 2022.
  8. ^ Avé, J. B. (1972). "Kalimantan Dyaks". Dalam LeBar, Frank M. (penyunting). Ethnic Groups of Insular Southeast Asia, Volume 1: Indonesia, Andaman Islands, and Madagascar. New Haven: Human Relations Area Files Press. m/s. 185–187. ISBN 978-0-87536-403-2.
  9. ^ Adelaar, K. Alexander (1995). Bellwood, Peter; Fox. James J.; Tryon, Darrell (penyunting). "Borneo as a cross-roads for comparative Austronesian linguistics" (PDF). The Austronesians: Historical and Comparative Perspectives (ed. online). Canberra, Australia: Department of Anthropology, The Australian National University: 81–102. ISBN 978-1-920942-85-4. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 29 Jun 2014. Dicapai pada 29 Jun 2014.
  10. ^ Sila rujuk senarai bahasa di "Borneo Languages: Languages of Kalimantan, Indonesia and East Malaysia". Royal Netherlands Institute of Southeast Asian and Caribbean Studies, Koninklijk Instituut voor Taal-, Land- en Volkenkunde (KITLV). Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Februari 2012.
  11. ^ Masri Singarimbun (1991). "Beberapa aspek kehidupan masyarakat Dayak". Humaniora. 3: 139–151. Dicapai pada 3 May 2022.
  12. ^ Masri Singaribum. "Beberapa Aspek Kehidupan Masyarakat Dayak". media.neliti. Dicapai pada 3 May 2022.
  13. ^ Baier, Martin (2007). "The Development of the Hindu Kaharingan Religion: A New Dayak Religion in Central Kalimantan". Anthropos. 102 (2): 566–570. doi:10.5771/0257-9774-2007-2-566. JSTOR 40389742.
  14. ^ Avé, Jan B.; King, Victor T. (1986). The People of the Weeping Forest: Tradition and Change in Borneo. Leiden, Netherlands: National Museum of Ethnology. ISBN 978-9-07131-028-7.
  15. ^ Chalmers, Ian (2006). "The Dynamics of Conversion: the Islamisation of the Dayak peoples of Central Kalimantan". Dalam Vickers, A.; Hanlon, M. (penyunting). Asia Reconstructed: Proceedings of the 16th Biennial Conference of the ASAA. Wollongong, NSW: Australian National University. hdl:20.500.11937/35283.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Benedict Sandin (1967). The Sea Dayaks of Borneo Before White Rajah Rule. Macmillan.
  • Derek Freeman (1955). Iban Agriculture: A Report on the Shifting Cultivation of Hill Rice by the Iban of Sarawak. H.M. Stationery Office.
  • Derek Freeman (1970). Report on the Iban. Bloomsbury Academic.
  • Eric Hansen (1988). Stranger in the Forest: On Foot Across Borneo. Vintage Books. ISBN 9780375724954.
  • Hans Schärer (2013). Ngaju Religion: The Conception of God among a South Borneo People. Springer Science & Business Media. ISBN 9789401193467.
  • Jean Yves Domalain (1973). Panjamon: I was a Headhunter. William Morrow. ISBN 9780688000288.
  • Judith M. Heimann (2009). The Airmen and the Headhunters: A True Story of Lost Soldiers, Heroic Tribesmen and the Unlikeliest Rescue of World War II. Houghton Mifflin Harcourt. ISBN 9780547416069.
  • Norma R. Youngberg (2000). The Queen's Gold. TEACH Services. ISBN 9781572581555.
  • Peter Goullart (1965). River of the White Lily: Life in Sarawak. John Murray. ISBN 0-7195-0542-9.
  • Raymond Corbey (2016). Of Jars and Gongs: Two Keys to Ot Danum Dayak Cosmology. C. Zwartenkot Art Books. ISBN 9789054500162.
  • St. John, Sir Spenser (1879). The life of Sir James Brooke: Rajah of Sarawak: From His Personal Papers and Correspondence. Edinburgh & London.
  • Syamsuddin Haris (2005). Desentralisasi dan Otonomi Daerah: Desentralisasi, Demokratisasi & Akuntabilitas Pemerintahan Daerah. Yayasan Obor Indonesia. ISBN 9789799801418.
  • Victor T King (1978). Essays on Borneo Societies. Oxford University Press. ISBN 9780197134344.