Yang di-Pertua Negeri Sarawak
Yang di-Pertua Negeri Sarawak | |
|---|---|
| Governor of Sarawak | |
Jata rasmi TYT Sarawak | |
Bendera rasmi TYT Sarawak | |
| Gelaran | Tuan Yang Terutama (T.Y.T.) |
| Bidang kuasa | Sarawak |
| Kediaman | Astana, Sarawak |
| Dilantik oleh | Yang di-Pertuan Agong |
| Tempoh jawatan | 4 hingga 6 tahun |
| Penjawat sulung | Abang Haji Openg |
| Dibentuk | 16 September 1963 |
| Tapak web | tyt |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Yang di-Pertua Negeri Sarawak ialah ketua pemerintah tertinggi kerajaan bagi seluruh Wilayah Sarawak. Beliau dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong setelah mendapat nasihat daripada Premier Sarawak. Yang di-Pertua Negeri Sarawak juga boleh dikenali sebagai Gabenor Sarawak (Governor of Sarawak). Tempoh pemerintahan Yang di-Pertua Negeri Sarawak adalah selama empat tahun, dan masih boleh dilanjutkan sehingga maksimum enam tahun sahaja.
Lokasi kediaman rasmi Yang di-Pertua Negeri Sarawak adalah terletak di Astana, di kawasan tebing utara Sungai Sarawak, Kuching.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Selepas pembentukan Malaysia pada 16 September 1963, Perlembagaan Sarawak pada asalnya menetapkan ketua negeri sebagai Gabenor (Ejaan lama: Gabnor)[1]. Seterusnya, pada 27 Ogos 1976, Akta A354 mengubah gelaran itu kepada Yang di-Pertua Negeri, yang masih digunakan hingga kini[2].
Senarai Tuan Yang di-Pertua Negeri Sarawak
[sunting | sunting sumber]Gabenor (1963–1976)
[sunting | sunting sumber]Berikut ialah senarai Gabenor Sarawak sebelum Akta (Pindaan) Perlembagaan 1976[1]:
| No. | Jata Negeri | Potret | Name (Lahir–Meninggal) |
Tarikh Perkhidmatan | ||
|---|---|---|---|---|---|---|
| Mula Jawatan | Tamat Jawatan | Tempoh | ||||
| 1 | Tun Abang Haji Openg (1905–1969) |
16 September 1963 | 28 Mac 1969 | 5 tahun, 193 hari | ||
| 2 | Tun Tuanku Bujang Tuanku Othman (1898–1986) |
2 April 1969 | 1 April 1975 | 6 tahun, 0 hari | ||
| 3 | Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng (1921–2022) |
2 April 1975 | 27 Ogos 1976 | 1 tahun, 147 hari | ||
Yang di-Pertua Negeri Sarawak (1976–kini)
[sunting | sunting sumber]Berikut ialah senarai Yang di-Pertua Negeri Sarawak selepas pindaan Perlembagaan 1976[2]:
| No. | Jata Negeri | Potret | Name (Lahir–Meninggal) |
Tarikh Perkhidmatan | ||
|---|---|---|---|---|---|---|
| Mula Jawatan | Tamat Jawatan | Tempoh | ||||
| 3 | Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng (1921–2022) |
27 Ogos 1976 | 1 April 1981 | 4 tahun, 217 hari | ||
| 4 | Tun Abdul Rahman Ya'kub (1928–2015) |
2 April 1981 | 1 April 1986 | 5 tahun, 0 hari | ||
| 5 | Tun Ahmad Zaidi Adruce (1926–2000) |
2 April 1986 | 5 Disember 2000 | 14 tahun, 247 hari | ||
| 6 | Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng1 (1921–2022) |
22 Februari 2001 | 28 Februari 2014 | 13 tahun, 6 hari | ||
| 7 | Tun Abdul Taib Mahmud (1936–2024) |
1 Mac 2014 | 26 Januari 2024 | 9 tahun, 331 hari | ||
| 8 | Tun Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar (lahir 1946) |
26 Januari 2024 | kini | 2 tahun, 48 hari | ||
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- ^ a b "Agreement relating to Malaysia between United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland, Federation of Malaya, North Borneo, Sarawak and Singapore/Annex C - Wikisource, the free online library". en.wikisource.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-03-11.
- ^ a b "Malaysia Federal Legislation". lom.agc.gov.my. Dicapai pada 2025-03-11.
