Atchison, Topeka and Santa Fe Railway

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Templat:Infobox rail standard gauge Atchison, Topeka and Santa Fe Railway Templat:Reporting mark, juga dikenali dengan singkatan Santa Fe, ialah salah satu rangkaian landasan keretapi yang terbesar di Amerika Syarikat. Syarikat ini mula-mula mendapat piagam pada Februari 1859. Walaupun nama landasan ini terkandung ibu negeri New Mexico, namun landasan utamanya tidak kesampaian di situ kerana tanahnya kurang sesuai untuk membina landasan yang perlu (Santa Fe terpaksa mendapat khidmat aliran cabang dari Lamy, New Mexico). Landasan pertama Santa Fe mencapai sempadan negeri Kansas/Colorado pada tahun 1873, kemudian berhubung dengan Pueblo, Colorado pada tahun 1876. Untuk menjana kelumayanan perusahaan kereta apinya, Santa Fe menubuhkan pejabat harta tanah serta menjual tanah ladang dengan geran tanah yang dikurniakan oleh Kongres; ladang-ladang baru ini kemudiannya mencetuskan permintaan untuk pengangkutan barang-barangan mahupun penumpang yang ditawarkan oleh Santa Fe.

Sebagai pembawa pembaharuan, Santa Fe ialah salah satu perintis perkhidmatan angkutan intermodal, sebuah perusahaan yang (sekali-sekala) merangkumi perkhidmatan kapal tunda dan penerbangan: the short-lived Santa Fe Skyway. Satu aliran bas membolehkan syarikat ini untuk meluaskan perkhidmatan pengangkutan penumpang kepada tempat-tempat yang sukar dicapai dengan rel, serta kapal feri di Teluk San Francisco yang melengkapkan perjalanan ke arah barat hingga ke pantai Lautan Pasifik. Atchison, Topeka and Santa Fe Railway menutup operasi secara rasminya pada 31 Disember 1996, apabila ia bergabung dengan Burlington Northern Railroad untuk menjadi Burlington Northern and Santa Fe Railway.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]