Awang Nasaruddin Abu Bakar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Awang Nasaruddin Abu Bakar

P.J.K. (Terengganu)
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu
Dalam jawatan
1974–1977
Menteri Besar Wan Mokhtar Ahmad
Kawasan pilihan rayaJeram
Anggota Dewan Undangan Negeri Terengganu
untuk Jeram
Dalam jawatan
1974–1978
Didahului oleh Hashim Embong
Digantikan oleh Abdul Rashid Muhammad
Butiran peribadi
Lahir1943 (1943)
Kuala Terengganu
Meninggal dunia3 April 2014(2014-04-03) (umur 70–71)
Kuala Terengganu
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia

Awang Nasaruddin Abu Bakar (1943 - 3 April 2014) dikenali juga sebagai Tuan Guru Haji Awang Jidin ialah seorang ulama dan ahli politik di Malaysia. Beliau pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu bagi DUN Jeram dari tahun 1974 hingga 1978 mewakili Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Dalam tempoh tersebut, beliau turut dilantik Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu (1974-1977) ketika PAS berada dalam Barisan Nasional.

Dalam kepimpinan partinya, beliau pernah dilantik sebagai Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Terengganu (1987–2001) dan Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Nerus (1971-2001). Pada 2011, beliau bersama 20 yang lain dinobat sebagai tokoh Jubli Emas PAS Terengganu.[1]

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Awang Nasaruddin meninggal dunia pada 3 April 2014 di Kuala Terengganu[2].

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ 20 dipilih tokoh Jubli Emas PAS Terengganu[pautan mati kekal]
  2. ^ "AL FATIHAH,Kenali Ustaz Awang Nasaruddin Abu Bakar". Tinta Hijau dari Kaki Bukit. 5 April 2014. Dicapai pada 20 September 2022.