Wan Mokhtar Ahmad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Dato' Seri Amar Di Raja Tan Sri
Wan Mokhtar Wan Ahmad
PSM
Menteri Besar Terengganu
Dalam jawatan
1 September 1974 – 29 November 1999
Didahului oleh Nik Hassan bin Wan Abdul Rahman
Digantikan oleh Abdul Hadi Awang
Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu
untuk Chukai
Dalam jawatan
1974–1999
Didahului oleh Teh Hassan
Digantikan oleh Awang Jusoh
Majoriti 1,435
Butiran peribadi
Lahir (1932-03-21) 21 Mac 1932 (umur 86)
Terengganu Kampung Nesan Empat, Kuala Terengganu)
Parti politik Barisan Nasional.png Barisan Nasional
UMNO (Malaysia).svg UMNO
Pasangan Puan Sri Aishahtun Mohd Fadlullah Suhaimi
Anak-anak 5
Pekerjaan Guru, Ahli politik

Dato' Seri Amar Di Raja Tan Sri Haji Wan Mokhtar Wan Ahmad, S.S.M.T.,P.S.M.,S.P.M.T., D.A., D.P.M.J., K.M.N., J.P., P.J.K. (lahir 21 Mac 1932 di Kampung Nesan Empat, Kuala Terengganu) adalah bekas Menteri Besar Terengganu (1974 - 1999) dan Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi (2000 - 2005).

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Wan Mokhtar merupakan anak kepada Wan Ahmad bin Wan Abdul Hamid (berasal dari Kampung Daik), seorang peniaga runcit dan kain songket di Pasar Payang, Kuala Terengganu. Ibunya, Fatimah Mohamad, yang berasal dari Kampung Nesan Empat meninggal dunia ketika Wan Mokhtar berusia 5 tahun. Selapas itu Wan Ahmad mengahwini adik iparnya sendiri Wok Khatijah (iaitu emak saudara Wan Mokhtar). Bagaimanapun, Wan Mokhtar sejak kecil dipelihara oleh neneknya Wan Mandak di Kampung Daik.

Bersama Wok Khatijah, Wan Mokhtar mempunyai 3 orang adik iaitu Wan Asiah (Exco Pergerakan Wanita UMNO Malaysia dan balu kepada bekas Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Wan Abdul Kadir), Wan Latifah dan Wan Zaki. Seperti Wan Mokhtar, Wan Asiah juga dipelihara oleh neneknya Wan Mandak. Oleh itu, Wan Mokhtar lebih rapat dan mesra dengan Wan Asiah berbanding adik-adik yang lain.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Beliau telah mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Rendah Melayu di Kuala Terengganu dan kemudiannya telah melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Arab Zainal Abidin Kuala Terengganu. Mengikut gurunya Sheikh Mahmud Bakar Rafie' beliau adalah seorang pelajar yang cerdas dan aktif dalam bidang penulisan. Beliau pernah menghasilkan beberapa artikel dan terjemahan.

Berbekalkan cita-cita untuk mendalami ilmu, beliau telah meninggalkan negeri untuk melanjutkan pelajaran di Anglo Chinese Afternoon School, Pulau Pinang. Pada tahun 1954, beliau telah dianugerahkan hadiah biasiswa kerajaan negeri untuk melanjutkan pelajarannya ke Universiti al-Azhar, Mesir. Beliau merupakan kumpulan pelajar terawal kelulusan Sekolah Sultan Zainal Abidin yang diterima masuk ke Universiti itu. Semasa menuntut di Al-Azhar, beliau turut terlibat secara aktif dan memimpin Persatuan Melayu Republik Arab Mesir.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Setelah tamat pengajiannya di Universiti Al-Azhar Mesir pada tahun 1963 dan memperolehi Ijazah Sarjana (M.A.), Dato' Seri Haji Wan Mokhtar kembali ke tanahair dan seterusnya bertugas sebagai seorang guru dan mengajar di Sekolah Arab Sultan Zainal Abidin, Batu Buruk. Beliau mengajar Bahasa Arab, Hadis dan Pengajian Islam. Disebabkan sekolah itu melahirkan tokoh-tokoh politik Terengganu seperti Tan Sri Ibrahim Fikri, Datuk Wan Abdul Kadir Wan Ismail, maka dengan sendirinya Wan Mokhtar turut terseret ke kancah politik.

Dalam tahun 1964 pula, beliau dipilih untuk bertanding di dalam pilihan raya umum di atas tiket Parti Perikatan bagi kawasan Parlimen Kemaman dan telah mendapat kejayaan yang cemerlang. Pada tahun 1969, beliau telah dipilih semula bagi kawasan yang sama. Kemudian dalam pilihan raya 1974, beliau telah bertanding dan menang di Dewan Undangan Negeri Kawasan Chukai. Pada 1 September 1974 beliau telah dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu.

Dalam pilihan raya-pilihan raya umum yang berikutnya, beliau telah berjaya mengekalkan kerusinya dan kekal sebagai Menteri Besar Terengganu selama enam penggal. Kemudian pada pada pilihan raya yang kesepuluh pada 29 November 1999, beliau tewas kepada calon PAS, Haji Awang bin Jusoh dengan majoriti 436 undi iaitu di kawasan Chukai, Terengganu. Beliau mendapat 6,128 undi manakala lawannya mendapat 6,564 undi. Beliau kemudian dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi pada 1 November 2000 hingga Julai 2005.

Dato' Seri Amar Di Raja Tan Sri Haji Wan Mokhtar Ahmad juga merupakan salah seorang pemimpin UMNO di peringkat tertinggi, iaitu pernah terpilih sebagai Naib Presiden UMNO. Beliau mendapat undi tertinggi untuk jawatan Naib Presiden UMNO. Beliau juga diberi kepercayaan mempengerusikan Biro Agama UMNO, Ahli Jawatankuasa Disiplin UMNO dan Ahli Jawatankuasa Barisan Nasional Pusat. Beliau masih menjadi Ketua UMNO cawangan Chukai, Bekas Ketua Umno Bahagian Kemaman, Bekas Ketua Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, Ketua Barisan Nasional bahagian Kemaman dan Ketua Perhubungan Barisan Nasional Negeri Terengganu.

Beliau bukan sahaja terkenal sebagai tokoh politik veteran dalam UMNO, tetapi juga sebagai seorang tokoh ulama terkenal berkelulusan Universiti Al-Azhar Mesir.

Sebagai ketua pentadbir yang berpendidikan agama beliau banyak membuat pembaharuan dan mewujudkan projek-projek yang berlandaskan kepada penerapan nilai-nilai Islam. Dato' Seri Haji Wan Mokhtar telah mempopularkan tulisan Jawi dengan mengarahkan jabatan-jabatan kerajaan negeri menggunakan tulisan Jawi di papan-papan tanda dan juga di kepala-kepala surat rasmi jabatan kerajaan. Beberapa buah institusi juga ditubuhkan antaranya Kolej Agama Sultan Zainal Abidin di Gong Badak Kuala Terengganu yang merupakan sebuah kolej untuk melahirkan pelajar-pelajar yang berpengetahuan agama Islam yang sebenar.

Di antara kurnia-kurniaan gelaran, darjah-darjah dan bintang-bintang kebesaran yang di perolehi oleh Yang Amat Berhormat ialah :

Dato' Seri Amar Di Raja ., S.S.M.T ., P.S.M ., S.P.M.T ., D.A., D.P.M.J ., K.M.N ., J.P ., P.J.K.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Dato' Seri Amar DiRaja Tan Sri Dato' Seri Haji Wan Mokhtar telah berkahwin dengan Puan Sri Dato' To' Puan Seri Hajjah Aishahtun Mohd Fadlullah Suhaimi dan memperolehi seramai lima orang anak.

Di antara hobi beliau ialah bermain ping pong, beriadah dan menulis.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Bahan Rujukan: ( Koleksi Terengganu PPAT )

  • Wan Mokhtar: Pemimpin Empat Zaman / oleh Zabidi
    Haji Saidi ; Kemaman, Terengganu: Busara Teguh , 1994
  • Sekali Penyu Menyusur Pantai / diselenggarakan oleh Shariff Putera
    Kuala Terengganu: J/Kuasa Kemajuan & Penerangan Agama Negeri, 1995


Penyandang Terdahulu Menteri Besar Terengganu
September 1974 - November 1999
Penyandang Kemudian
Nik Hassan bin Wan Abdul Rahman Abdul Hadi bin Awang