Azhar Masli

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Azhar Masli
Kelahiran
Muhamad Azhar bin Masli

(1999-09-10) 10 September 1999 (umur 24)
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi MARA (UiTM)
PekerjaanPengarah filem, Jurugambar
Tahun aktif2018–kini

Muhamad Azhar Masli (lahir 10 September 1999) merupakan seorang penerbit, penyunting, pengarah filem dan jurugambar Malaysia. Kerjayanya bermula sebagai pengarah filem pada tahun 2018 ketika masih menuntut pelajaran di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dalam jurusan filem. Filem dokumentari arahan beliau, Value of Cleanliness 2018 telah memenangi anugerah Filem Dokumentari Terbaik di FiTA KaryaONE Awards ke-21.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Azhar juga merupakan seorang jurugambar bebas dan telah menubuhkan Santai Studio yang menawarkan servis jurugambar untuk pelbagai jenis majlis terutamanya majlis perkahwinan. Beliau memulakan servis ini pada tahun 2020.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Azhar Masli dilahirkan di Selangor, Malaysia dan dibesarkan di Negeri Sembilan. Beliau merupakan graduan bidang Filem di Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Genre Catatan
2018 Value of Cleanliness Dokumentari Penerbit, pengarah, penyunting

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]