Pergi ke kandungan

Aznan Hasan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dr.

Aznan Hasan

Ph.D
Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
Memegang jawatan
2023
Didahului olehMohd Daud Bakar
Pengerusi Majlis Ulama
Ikatan Muslimin Malaysia
Dalam jawatan
2010–2019
Didahului olehPenyandang sulung
Digantikan olehZamri Hashim
Butiran peribadi
LahirAznan bin Hasan
Pulau Pinang
Alma materUniversiti al-Azhar, Mesir
Universiti Wales, Lampeter
PekerjaanPenasihat kewangan Islam, pakar syariah

Profesor Dr Aznan Hasan ialah seorang ahli akademik dan pakar ekonomi Islam di Malaysia. Beliau menjadi penasihat syariah di beberapa buah institusi kewangan Islam. Beliau dilantik sebagai Pengerusi Majlis Ulama Ikatan Muslimin Malaysia sejak 2010[1] hingga 2019.[2]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Aznan mendapat pendidikan menengah di Kolej Islam Klang. Beliau melanjutkan pengajian sarjana muda dalam syariah Islamiyah di Universiti al-Azhar, Mesir, dan pengajian sarjana dalam syariah di Fakulti Darul Ulum, Universiti Kaherah, Mesir.[3] Beliau turut melanjutkan pengajian peringkat kedoktoran di Universiti Wales, Lampeter, United Kingdom.[4]

Kepakaran[sunting | sunting sumber]

Beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua Jabatan Undang-Undang Islam di Fakulti Undang-undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak.[3] Beliau juga ialah Profesor di Institut Kewangan dan Perbankan Islam, UIAM.[4][5][6]

Beliau juga berpengalaman dalam bidang syariah dan kewangan Islam, dan dilantik ke jawatan penting dalam Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia[6] Majlis Penasihat Syariah, Bank Negara Malaysia,[7] Jawatankuasa Penasihat Syariah, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja,[8] dan kumpulan Maybank.[9]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ admin (2010-03-09). "Majlis Ulama' ISMA dilancarkan secara rasmi | ISMA UK-EIRE" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-12-08.
  2. ^ Admin (2019-10-01). "KENYATAAN MEDIA - BARISAN JAWATANKUASA MAJLIS ULAMA ISMA (MUIS) BAGI SESI 2019-2023". ISMA (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-12-06.
  3. ^ a b media. "Dr. Aznan- YDP MUIS – Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA)" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-12-08.
  4. ^ a b "speaker Profile – Dr. Aznan Hasan – Islamic Capital Market Summit" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-12-08.
  5. ^ ZUKI, NORSHAHZURA MAT (2020-11-07). "Belanjawan 2021 paling mencabar". Sinar Harian. Dicapai pada 2023-12-08.
  6. ^ a b "SC umum barisan penasihat syariah baharu". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). 2023-07-13. Dicapai pada 2023-12-08.
  7. ^ "AHLI-AHLI MAJLIS PENASIHAT SYARIAH BANK NEGARA MALAYSIA". www.bnm.gov.my. Dicapai pada 2023-12-08.
  8. ^ "1 Januari Tarikh Kuat Kuasa 'Simpanan Shariah' KWSP Setiap Tahun - Niaga | mStar". www.mstar.com.my (dalam bahasa Inggeris). 2016-06-21. Dicapai pada 2023-12-08.
  9. ^ "Profesor Dr Aznan Hasan | Insurans dan Takaful Etiqa". Etiqa Insurans dan Takaful. Dicapai pada 2023-12-08.