Bafétimbi Gomis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bafétimbi Gomis
Gomis bersama Swansea City pada tahun 2015
Maklumat peribadi
Tarikh lahir (1985-08-06) 6 Ogos 1985 (umur 38)
Tempat lahir La Seyne-sur-Mer, Perancis
Ketinggian 1.84 m (6 ka ​ 38 in)[1]
Posisi permainan Penyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini
Swansea City
Nombor 18
Kerjaya remaja
2001–2004 Saint-Étienne
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2004–2009 Saint-Étienne 142 (40)
2005Troyes (pinjam) 13 (6)
2009–2014 Lyon 178 (64)
2014– Swansea City 34 (10)
Pasukan kebangsaan
2001 Perancis B17 1 (0)
2008– Perancis 12 (3)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 17:22, 22 Ogos 2015 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 13:43, 3 Disember 2014 (UTC)

Bafétimbi Fredius Gomis (Sebutan bahasa Perancis: [bafetimbi ɡɔmis]; lahir 6 Ogos 1985) ialah pemain bola sepak profesional Perancis yang bermain sebagai penyerang untuk kelab Liga Perdana Inggeris, Swansea City dan pasukan kebangsaan Perancis.

Karier kelab[sunting | sunting sumber]

Saint-Étienne[sunting | sunting sumber]

Bafétimbi membuat tiga belas penampilan untuk Saint-Étienne dalam musim pertamanya bersama kelab itu, menjaringkan dua gol dalam liga. Pada musim berikutnya, dia dipinjamkan kepada Troyes AC dimana dia menjaringkan enam gol dalam 13 perlawanan. Musim 2005–06 tidak cemerlang seperti musim sebelumnya selepas dia hanya menjaringkan dua gol liga dalam 24 penampilan bersama Saint-Étienne.

Musim 2006–07 adalah musim dimana Gomis menempatkan dirinya bersama Saint-Étienne, menjaringkan sepuluh gol dalam 30 penampilan. Gomis meneruskan momentum ini pada musim 2007–08 dimana dia menjaringkan 16 gol dalam 34 penampilan.

Aksi Gomis menurun pada musim 2008–09 selepas hanya menjaringkan lima gol dalam 17 penampilan liga. Dia cemerlang dalam Piala UEFA, menjaringkan tiga gol dalam empat perlawanan.

Lyon[sunting | sunting sumber]

Pada 29 Julai 2009, Olympique Lyonnais mengumumkan bahawa mereka telah menandatangani penyerang itu dengan harga €13 juta dan dia telah bersetuju dengan kontrak lima tahun.

Dalam hari pertama musim 2011–12, Gomis menjaringkan gol dimana mereka menang 3–1 ke atas Nice pada 6 Ogos 2011.[2] Pada 24 September, Gomis menjaringkan dua gol ketika menentang Girondins de Bordeaux untuk membantu pasukannya menang 3–1.[3]

Gomis menjaringkan 4 gol dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan Liga Juara-Juara ketika Lyon menang 7–1 ke atas GNK Dinamo Zagreb.[4] Pada 25 Februari 2012, Gomis menjaringkan gol ketika menentang PSG untuk menjadikan kedudukan 1–1;[5] perlawanan itu berkesudahan dengan seri 4–4.[6] Gomis menggantikan Alexandre Lacazette pada minit ke-70th ketika menentang AS Saint-Étienne pada 17 Mac dan sepuluh minit kemudian, dia menjaringkan gol untuk membantu pasukannya menang 1–0.[7]

Swansea City[sunting | sunting sumber]

Pada 27 Jun 2014, Gomis menandatangani kontrak empat tahun bersama Swansea City selepas meninggalkan Lyon pada akhir musim 2013-14 dengan perpindahan percuma.[8] Dia membuat penampilan pertamanya pada 16 Ogos ketika kemenangan 2–1 ke atas Manchester United di Old Trafford.[9] Gomis menjaringkan gol Liga Perdana pertamanya pada 9 November 2014 ketika menentang Arsenal dimana mereka menang 2–1.[10]

Karier antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Pada 18 Mei 2008, Gomis dipanggil ke skuad sementara Perancis untuk UEFA Euro 2008. Gomis menjaringkan dua gol dalam perlawanan pemanas badan Euro 2008 menentang Ecuador pada 27 Mei 2008. Pada 28 Mei 2008, dia dipilih ke dalam skuad Perancis untuk UEFA Euro 2008.

Statistik karier[sunting | sunting sumber]

Sehingga 15 Ogos 2015[11][12][13][14]
Kelab Musim Liga Piala Piala Liga Benua Jumlah
Divisyen Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Troyes (pinjam) 2004–05 Ligue 2 13 6 0 0 0 0 13 6
Saint-Étienne 2003–04 Ligue 2 11 2 0 0 0 0 11 2
2004–05 Ligue 1 6 0 0 0 0 0 6 0
2005–06 Ligue 1 24 2 0 0 1 0 25 2
2006–07 Ligue 1 30 10 0 0 3 3 33 13
2007–08 Ligue 1 35 16 1 0 1 0 37 16
2008–09 Ligue 1 36 10 2 1 1 1 8 4 47 16
Jumlah 142 40 3 1 6 4 8 4 159 49
Lyon 2009–10 Ligue 1 37 10 2 1 2 0 9 2 50 13
2010–11 Ligue 1 35 10 2 0 1 0 7 2 45 12
2011–12 Ligue 1 36 14 6 4 3 1 6 5 51 24
2012–13 Ligue 1 37 16 1 1 1 1 5 2 44 20
2013–14 Ligue 1 33 14 3 2 4 3 9 3 49 22
Jumlah 178 64 14 8 11 5 36 14 239 91
Swansea City 2014–15 Liga Perdana Inggeris 31 7 2 2 3 1 36 10
2015–16 Liga Perdana Inggeris 2 2 0 0 0 0 2 2
Jumlah 33 9 2 2 3 1 0 0 38 12
Jumlah karier 366 119 19 11 20 10 44 18 449 158

Kejayaan[sunting | sunting sumber]

Saint-Étienne
Lyon

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Premier League Player Profile Bafétimbi Gomis". Premier League. Barclays Premier League. 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-05-14. Dicapai pada 17 January 2015.
  2. ^ Report: Nice v Lyon – French Ligue 1 – ESPN FC
  3. ^ "Olympique Lyonnais 3 - 1 Bordeaux Match report - 9/24/11 Ligue 1 - Goal.com". goal.com.
  4. ^ "Dinamo Zagreb 1–7 Lyon". The Guardian. London. 7 December 2011.
  5. ^ "UPDATE 2-Soccer-PSG snatch 4–4 draw at Lyon, Montpellier go top". Reuters. 25 February 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-04. Dicapai pada 2015-08-22.
  6. ^ Report: Lyon v Paris Saint-Germain – French Ligue 1 – ESPN FC
  7. ^ Report: St Etienne v Lyon – French Ligue 1 – ESPN FC
  8. ^ "It's Go, Go, Go for Gomis". swanseacity.net. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-06-30. Dicapai pada 27 June 2014.
  9. ^ Bevan, Chris (16 August 2014). "Man Utd 1–2 Swansea". BBC Sport. Dicapai pada 16 August 2014.
  10. ^ "Bafetimbi Gomis heads home Swansea winner as Arsenal throw away late lead". PA Sport. ESPN.com. 9 November 2014. Dicapai pada 9 November 2014.
  11. ^ "B. Gomis". soccerway.com. Dicapai pada 23 January 2015.
  12. ^ "Bafetimbi Gomis". lfp.fr. Dicapai pada 29 June 2014.
  13. ^ "Bafetimbi Gomis". Soccerbase. Dicapai pada 16 August 2014.
  14. ^ "Bafetimbi Gomis". ESPN. Dicapai pada 29 June 2014.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Skuad Perancis UEFA Euro 2008