Ki Sung-yueng

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Ki Sung-yueng
Ki Sung-Yueng from acrofan.jpg
Ki bersama Swansea City pada tahun 2012
Maklumat peribadi
Nama penuhKi Sung-yueng[1]
Tarikh lahir (1989-01-24) 24 Januari 1989 (umur 29)
Tempat lahirGwangju, Korea Selatan
Ketinggian1.91 m (6 ka 3+316 in)[2]
Posisi permainanPemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkiniSwansea City
Nombor4
Kerjaya remaja
2001–2005Kolej John Paul
2005Kumho High School
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
2006–2009FC Seoul93(9)
2009–2012Celtic87(11)
2012–Swansea City115(10)
2013–2014Sunderland (pinjam)34(4)
Pasukan kebangsaan
2005–2006Korea Selatan B-176(3)
2006–2007Korea Selatan B-2016(2)
2007–2012Korea Selatan B-2322(1)
2008–Korea Selatan93(10)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 20:00, 21 Mei 2017 (UTC).

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 13 Jun 2017
Ki Sung-yueng
Hangul 기성용
Hanja 奇誠庸[3]
Perumian Semakan Gi Seong-yong
McCune–Reischauer Ki Sŏng'yong
Rencana ini memaparkan nama orang Korea yang mana nama keluarganya ialah Ki.

Ki Sung-yueng (Bahasa Korea: 기성용, Sebutan bahasa Korea: [ki sʰʌŋjoŋ]; lahir 24 Januari 1989) ialah pemain bola sepak profesional Korea Selatan yang bermain sebagai pemain tengah untuk kelab Liga Perdana Inggeris, Swansea City dan kapten pasukan kebangsaan Korea Selatan.

Karier kelab[sunting | sunting sumber]

FC Seoul[sunting | sunting sumber]

Ki menyertai FC Seoul dimana dia bermain bersama Lee Chung-yong. Di bawah Şenol Güneş, dia membuat penampilan senior pertamanya pada tahun 2007.[4]

Semasa musim 2008, Ki menjadi pemain penting FC Seoul. Pada 29 Oktober, Ki menjaringkan gol kemenangan ke atas Suwon Samsung Bluewings pada minit ke-92. Dia membawa pasukannya muncul naib-juara Liga K dengan 4 gol dan 1 bantuan gol dalam 21 penampilan.

Dalam perlawanan pertama FC Seoul pada musim 2009, Ki menjaringkan gol dimana mereka menang 6–1 ke atas Chunnam Dragons. Terdapat spekulasi bahawa dia akan menyertai kelab besar termasuk PSV Eindhoven, Hamburg SV dan Porto.[4][5]

Celtic[sunting | sunting sumber]

Pada 25 Ogos 2009, ia telah didedahkan bahawa percakapan diantara Celtic dan FC Seoul telah berlaku untuk kemungkinan perpindahan Ki ke Parkhead. Tiga hari kemudian, Celtic membayar £2.1j untuk perpindahan Ki.[4] Pembelian itu disahkan pada 13 Disember 2009 selepas Ki lulus ujian medikal dan mendapat permit kerja. Dia membuat penampilan pertamanya untuk Celtic ketika seri 1–1 dengan Falkirk pada 16 Januari 2010.[6][7][8][9][10] Dia bermain empat lagi perlawanan untuk Celtic pada musim itu.

Ki Sung-Yueng bermain untuk Celtic pada tahun 2010

Ki menjaringkan gol kompetitif pertamanya untuk Celtic pada 22 Ogos 2010 ketika kemenangan 4–0 ke atas St. Mirren.[11] Menjelang akhir bulan Oktober, dia telah menjadi pemain tetap dan diundi sebagai Pemain Muda Bulanan SPL untuk bulan Oktober 2010.[12][13]

Ki menjaringkan gol keduanya pada musim itu ketika mereka seri 2–2 dengan Inverness Thistle.[14] Pada 26 Disember 2010, Ki menjaringkan gol menentang St Johnstone dimana mereka menang 2–0. Pada 21 Mei 2011, Ki menjaringkan gol pertama Celtic dalam perlawanan akhir Piala Scotland menentang Motherwell.

Ki memulakan musim 2011–12 dengan menjaringkan gol dimana mereka menang 2-0 ke atas Hibernian. Ki sekali lagi menjaringkan gol pada 13 Ogos 2011 dimana mereka menang 5-1 ke atas Dundee United.[15][16] Pada 10 September 2011, Ki menjaringkan gol ketika mereka menang 4-0 ke atas Motherwell. Pada 29 September, dia menjaringkan gol penalti ketika mereka seri 1–1 dengan Udinese.[17] Pada 18 Disember 2011, dia menjaringkan gol ketika kemenangan 2-0 ke atas St Johnstone. Pada musim 2011–2012, Ki menjaringkan 7 gol dan membuat 6 bantuan gol.

Swansea City[sunting | sunting sumber]

Pada 24 Ogos 2012, Ki berpindah ke Swansea City dengan yuran £6 juta dan kontrak tiga tahun.[18] Dia membuat penampilan sulungnya ketika kemenangan 3-1 ke atas Barnsley dalam pusingan kedua Piala Liga pada 28 Ogos 2012. Ki menghabiskan musim dengan membuat 38 penampilan dalam semua pertandingan. Pada 24 Februari 2013, Swansea City beraksi dalam perlawanan akhir Piala Liga.[19] Swansea menang 5-0 ke atas Bradford City[19] dan Ki memenangi trofi pertamanya bersama kelab Wales itu.

Sunderland[sunting | sunting sumber]

Ki beraksi untuk Sunderland pada bulan Disember 2013

Pada 31 Ogos 2013, Ki menyertai Sunderland secara pinjaman semusim.[20] Dia menjaringkan gol pertamanya untuk Sunderland pada 17 Disember 2013 dimana mereka menang 2–1 ke atas Chelsea dalam perlawanan suku ahir Piala Liga.[21][22] Pada 26 Disember, dia menjaringkan gol keduanya untuk Sunderland ketika mereka menang 1–0 ke atas Everton.[23][24] Gol ketiga Ki untuk Sunderland datang ketika kemenangan 4–1 ke atas Fulham.[25]

Kembali ke Swansea[sunting | sunting sumber]

Ki kembali ke Swansea untuk musim 2014–15.[26] Dia menjaringkan gol ketika kemenangan 2–1 ke atas Manchester United di Old Trafford pada 16 Ogos.[27] Pada 28 Ogos, dia menandatangani kontrak yang berkekalan sehingga tahun 2018.[28] Pada bulan Februari, dia menjaringkan gol ketika seri 1–1 dengan Sunderland.[29] Swansea merekodkan kemenangan kedua mereka ke atas Manchester United pada musim itu dengan Ki menjaringkan gol untuk mencatat kemenangan 2-1.[30]

Karier antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Pada 7 Jun 2008, dia membuat penampilan antarabangsa pertamanya dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2010 menentang Jordan.

Pada 1 Jun 2010, Ki dipilih ke dalam skuad 23-pemain Korea Selatan untuk Piala Dunia 2010.[31] Ki bermain dalam ketiga-tiga perlawanan peringkat kumpulan dan membuat dua bantuan gol ketika menentang Greece dan Nigeria.

Ki dipilih ke dalam skuad Korea Selatan untuk Piala Dunia 2014.[32] Dia bermain dalam ketiga-tiga perlawanan peringkat kumpulan.[33][34] Selepas Piala Dunia, Ki dijadikan kapten pasukan kebangsaan oleh jurulatih baru, Uli Stielike.

Statistik karier[sunting | sunting sumber]

Sehingga 11 Mei 2015[35][36]
Kelab Musim Liga Piala Piala Liga Benua Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
FC Seoul
2006 0 0 0 0 0 0 0 0
2007 16 0 3 0 6 0 25 0
2008 21 4 1 0 6 0 28 4
2009 27 3 1 0 4 1 8 1 40 5
Jumlah 64 7 5 0 16 1 8 1 93 9
Celtic
2009–10 10 0 0 0 0 0 0 0 10 0
2010–11 26 3 4 1 3 0 2 0 35 4
2011–12 30 6 2 0 3 0 7 1 42 7
Jumlah 66 9 6 1 6 0 9 1 87 11
Swansea City
2012–13 29 0 2 0 7 0 38 0
2013–14 1 0 0 0 0 0 2 0 3 0
2014–15 33 8 0 0 1 0 34 8
Jumlah 63 8 2 0 8 0 2 0 75 8
Sunderland (pinjam)
2013–14 27 3 1 0 6 1 34 4
Jumlah 27 3 1 0 6 1 34 4
Jumlah Karier 220 27 14 1 36 2 19 2 289 32

Gol antarabangsa[sunting | sunting sumber]

# Tarikh Venue Lawan Skor Keputusan Pertandingan
1. 10 September 2008 Republik Rakyat China Shanghai  Korea Utara 1–1 1–1 Kelayakan Piala Dunia FIFA 2010
2. 11 Oktober 2008 Korea Selatan Suwon  Uzbekistan 1–0 3–0 Persahabatan
3. 6 Jun 2009 Emiriah Arab Bersatu Dubai  Emiriah Arab Bersatu 2–0 2–0 Kelayakan Piala Dunia FIFA 2010
4. 14 Oktober 2009 Korea Selatan Seoul  Senegal 1–0 2–0 Persahabatan
5. 25 Januari 2011 Qatar Doha  Jepun 1–0 2–2 (a.e.t., 0–3p) Piala Asia 2011

Kejayaan[sunting | sunting sumber]

Celtic

Swansea City

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Ki berkahwin dengan pelakon wanita, Han Hye-jin pada tahun 2013.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Barclays Premier League Squad Numbers 2013/14". m8. 16 August 2013. Dicapai 2 February 2014. 
  2. ^ "Premier League Player Profile Ki Sung-yueng". Premier League. Sky Sports. 2015. Dicapai 17 January 2015. 
  3. ^ 월드컵 허정무호 젊은 '쌍룡', 이란 격파 선봉에 (dalam bahasa Korean). NEWSIS. 20 January 2009. 
  4. ^ a b c http://sites.duke.edu/wcwp/world-cup-2014/players-to-watch-at-the-2014-world-cup/asian-football-confederation/republic-of-korea-sung-yong-ki/
  5. ^ "FOX '기성용, 포르투•함부르크 갈 수도'" (dalam bahasa Korean). Goal.com. 11 June 2009. 
  6. ^ 기성용 에이전트, 셀틱과 첫 협상 (dalam bahasa Korean). Naver. 26 August 2009. 
  7. ^ "기성용, 스코틀랜드 `셀틱FC` 이적" (dalam bahasa Korean). Hankyung. 29 August 2009. 
  8. ^ "Ki clinches four-year Celtic deal". BBC Sport. 13 December 2009. 
  9. ^ "Ki to make Celtic move in January". BBC Sport. 28 August 2009. 
  10. ^ Ki impresses on Celtic debut Asian Football Confederation, 18 January 2010
  11. ^ Celtic 4 – 0 St Mirren BBC Sport, 22 August 2010
  12. ^ Celtic's Ki Sung Yueng wins October young player prize BBC Sport, 9 November 2010
  13. ^ Ki wins Young Player of the Month award Celtic FC, 9 November 2010
  14. ^ Celtic 2 – 2 Inverness CT BBC Sport, 27 November 2010
  15. ^ Conaghan, Martin (13 August 2011). "Celtic 5 - 1 Dundee Utd". BBC Sport. Dicapai 11 February 2015. 
  16. ^ "Five star Celtic down plucky Dundee United". ScotZine. 14 August 2011. Dicapai 11 February 2015. 
  17. ^ "Celtic 1–1 Udinese". BBC Sport. 29 September 2011. Dicapai 29 September 2011. 
  18. ^ "Ki Sung-Yeung completes record move to Swansea City from Celtic". BBC Sport. 24 August 2012. Dicapai 24 February 2013. 
  19. ^ a b Hunter, Andy (24 February 2013). "Nathan Dyer double helps Swansea ruin Bradford's Capital One Cup dream". The Guardian. Dicapai 30 December 2013. 
  20. ^ "Ki Sung-Yeung makes Sunderland loan move from Swansea". BBC Sport. 31 August 2013. Dicapai 31 August 2013. 
  21. ^ "Sunderland 2–1 Chelsea". BBC Sport. 17 December 2013. Dicapai 27 December 2013. 
  22. ^ "League Cup – Ki fires Sunderland past Chelsea and into semis". UK Eurosport. 17 December 2013. Dicapai 28 January 2014. 
  23. ^ "Everton 0 Sunderland 1". The Guardian. 26 December 2013. Dicapai 27 December 2013. 
  24. ^ "Ki penalty sinks 10-man Toffees". ESPN. 26 December 2013. Dicapai 27 December 2013. 
  25. ^ Winrow, Ian (11 January 2014). "Fulham 1 Sunderland 4: match report". The Daily Telegraph. London. 
  26. ^ Mulvihill, Callum (12 August 2014). "Ki Sung-yueng eager to make impact on return to Swansea City". SportsMole. Dicapai 16 August 2014. 
  27. ^ "Swansea's Ki scores first goal of new season". Times of India. Dicapai 16 August 2014. 
  28. ^ "Swansea City: Ki Sung-yueng signs new deal". BBC Sport. 28 August 2014. Dicapai 28 August 2014. 
  29. ^ Abbandonato, Paul (7 February 2015). "Swansea City 1-1 Sunderland: Ki Sung-yueng returns to grab point for Garry Monk's men". Wales Online. Dicapai 22 February 2015. 
  30. ^ Pritchard, Dafydd (21 February 2015). "Swansea 2 - 1 Man Utd". BBC Sport. Dicapai 22 February 2015. 
  31. ^ "South Korea reveal final squad". BBC Sport. 1 June 2010. Dicapai 29 January 2011. 
  32. ^ "World Cup 2014: Premier League players in South Korea squad". BBC Sport. 29 May 2014. Dicapai 20 July 2014. 
  33. ^ "KI Sungyueng". FIFA.com. Dicapai 20 July 2014. 
  34. ^ "World Cup 2014: South Korea pelted with toffees on return home". The Guardian. 30 June 2014. Dicapai 20 July 2014. 
  35. ^ "Sung-Yueng, Ki". FitbaStats. Dicapai 10 February 2015. 
  36. ^ "Sung Yong Ki". Soccerway. Dicapai 10 February 2015. 
  37. ^ "Koo Ja-Cheol, Park Ji-Sung & the top five South Koreans in Europe for the 2011–12 season". goal.com. Dicapai 25 May 2012. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Kedudukan sukan
Didahului oleh
Koo Ja-cheol
Kapten Korea Selatan
2014–sekarang
Pemegang jawatan kini