Bahasa siulan Turki

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Voice of America melaporkan bahasa burung Turki, Januari 2018

Bahasa burung Turki (Bahasa Turki: kuş dili) ialah sejenis bahasa Turki yang berkomunikasi menggunakan teknik bersiul dengan nada tinggi dan nyanyian. Ia pada asalnya digunakan oleh peladang Turki untuk berkomunikasi dari jarak jauh dan kini hanya mempunyai 10 000 penutur. Ia mula diancam kepupusan setelah telefon bimbit menggantikan tujuan bahasa ini. Bahasa tersebut digunakan di Kuşköy, sebuah kampung di Pergunungan Pontik yang juga mengadakan Pesta Budaya dan Seni Bahasa Burung pada setiap tahun sejak 1997. UNESCO memasukkan bahasa siulan dalam senarai Warisan Budaya Tidak Ketara 2017. Sebuah kajian yang dibuat di Kuşköy mengikhtisarkan bahawa bahasa bersiul diproseskan dalam kedua-dua hemisfera otak, yang menyatukan pemprosesan bahasa dalam satu belah dan pemprosesan muzik dalam lagi satu. Negara-negara lain dengan bahasa siul ialah Kepulauan Canaria, Yunani, Mexico, dan Mozambique.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Fezehai, Malin (Mei 30, 2019). "In Turkey, Keeping a Language of Whistles Alive". The New York Times. ISSN 0362-4331.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]