Baktar Shikan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Baktar Shikan juga digunakan oleh Tentera Darat Malaysia termasuk unit-unit dalam Kor Armor DiRaja

Senjata jenis Baktar Shikan adalah sejenis peluru berpandu anti kereta kebal. Senjata ini merupakan terbitan dari pembangunan ke atas senjata Hongjian HJ-8 ("Red Arrow") buatan China dan adalah sebuah peluru berpandu anti [kereta kebal generasi kedua dengan penggunaan sistem kawalan semi aktif. Senjata ini turut digunakan oleh Angkatan Tentera Malaysia.

Baktar Shikan dikeluarkan di Pakistan dengan kebenaran berlesen dari China dan diasaskan dari peluru berpandu Hongjian HJ-8. Sistem pelancarnya boleh digalas oleh anggota tentera, dan boleh juga dipasangkan kepada pesawat udara seperti helikopter penyerang AH-1 Cobra yang digunakan oleh digunakan oleh Tentera Pakistan dan juga boleh dipasangkan ke atas kenderaan pembawa anggota berperisai (seperti dipasangkan kepada sebilangan kenderaan ACV-300 Adnan Kor Armor DiRaja.)

Baktar Shikan digunakan oleh Pakistan, Bangladesh, Malaysia, Indonesia dan Sri Lanka.

Hongjian HJ-8[sunting | sunting sumber]

Senjata ini mempunyai persamaan dengan peluru berpandu jenis TOW yang digunakan oleh pasukan tentera Amerika Syarikat dan banyak negara lain. Senjata ini dilancarkan daripada tiub kantung, dan diarahkan ke sasaran menggunakan kawalan optik dan arahan kawalan disampaikan menggunakan dawai.

Senjata ini seberat 24.5 kg dan mempunyai jarak efektif 4000 meter dan mempunyai kuasa ledakan yang kuat, berupaya menembusi kepingan keluli setebal 1000mm. Bahan ledakannya boleh menembusi perisai dengan ketebalan 800mm pada jarak jauh. Dengan penggunaan bahan ledakan seiring (tandem warhead), senjata ini boleh menembusi perisai setebal 1,000-1,200 mm. Versi terbaru mempunyai keupayaan melebihi keupayaan misil MILAN yang dikeluarkan oleh Euromissile.

Penggunaan[sunting | sunting sumber]

Semasa Krisis Israel-Lubnan 2006, senjata HJ-8 yang dibekalkan oleh Iran digunakan oleh Hizbullah semasa menentang pasukan berperisai Israel dan mengakibatkan kerosakan besar di kalangan pihak musuh. Pada awalnya senjata yang digunakan adalah misil HJ-8 buatan China tetapi sebenarnya adalah misil buatan Iran yang diasaskan kepada misil Baktar-Shikan buatan Pakistan.

Baktar Shikan juga digunakan oleh pasukan Bosnia dalam tahun 1995 dan 1996 semasa pertelingkahan dengan puak Serbia semasa Perang Bosnia, dan berjaya mencapai ketepatan 95%. Senjata ini amat berkesan digunakan bagi memusnahkan kereta kebal M-84 yang digunakan oleh Serbia.