Balkanisasi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sejarah Eropah Tengah dan kawasan Balkan dari tahun 1796 hingga 2008

Balkanisasi atau pembalkanan adalah istilah geopolitik yang digunakan untuk menggambarkan proses pemecahan atau pembahagian sesuatu kawasan atau negara kepada kawasan-kawasan atau negara-negara lebih kecil yang sering bermusuhan atau enggan bekerjasama antara satu sama lain.[1][2] Fenomena ini terhasil daripada dasar asing yang mewujudkan pemecahan geopolitik sepertimana yang telah terjadi di kawasan Balkan di bawah pemerintahan Empayar UthmaniyahEmpayar Austria-Hungary, Reich Ketiga, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan NATO. Dasar asing boleh mencetuskan pembalkanan.

Asal-usul istilah[sunting | sunting sumber]

Istilah ini merujuk kepada semenanjung Balkan yang sebelum ini diperintah hampir sepenuhnya oleh Empayar Uthmaniyah, kepada beberapa negara yang lebih kecil antara 1817 dan 1912[3] Konsep ini dicetuskan pada awal abad ke-19 dengan konotasi negatif yang kuat[4] Kegunaan konsep ini serta istilah yang berkatian menjadi biasa digunakan segera selepas Perang Dunia Pertama sebagai rujukan kepada kemunculan mendadak banyak negeri baru yang timbul akibat keruntuhan empayar-empayar Austria-Hungary dan Uthmaniyah.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Balkanize". Merriam-Webster Online.
  2. ^ Vidanović, Ivan (2006). Rečnik socijalnog rada (dalam bahasa Serbia). Udruženje stručnih radnika socijalne zaštite Srbije; Društvo socijalnih radnika Srbije; Asocijacija centra za socijalni rad Srbije; Unija Studenata socijalnog rada. ISBN 978-86-904183-4-3.CS1 maint: ref=harv (link)
  3. ^ Pringle, Robert W. (2016). "Balkanization". Encyclopædia Britannica. Dicapai pada 15 Oktober 2017.CS1 maint: ref=harv (link)
  4. ^ Simic, Predrag (2013). "Balkans and Balkanisation: Western Perceptions of the Balkans in the Carnegie Commission's Reports on the Balkan Wars from 1914 to 1996". Perceptions. 18 (2): 113–134. ISSN 1300-8641.CS1 maint: ref=harv (link)