Bangui

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Ralat skrip: Modul ini tidak wujud.

Bangui
Bandar Bangui
Pusat bandar Bangui
Pusat bandar Bangui
NegaraRepublik Afrika Tengah
Kawasan
 • Total67 km2 (26 batu persegi)
Ketinggian
369 m (1,211 ft)
Populasi
(2012)
 • Total734,350
 • Ketumpatan11,000/km2 (30,000/batu persegi)
Zon masaUTC+1 (Waktu Afrika Barat)

Bangui (AFA: [bɑ̃ɡi]) ialah ibu negara Republik Afrika Tengah dan merupakan bandarnya yang paling besar.

Kajian arkeologi dalam dan sekitar Bangui menemui sekurang-kurangnya 26 tapak kuno Zaman Besi yang mengandungi banyak alat dan barang metalurgi, dan ia menerangkan sejarah pra-Eropah bandar ini dan kawasan sekitarnya.[1] Bangui yang berdekatan dengan sempadan selatan negara terletak di tebing utara Sungai Ubangi yang terletak di bawah deretan sungai deras yang mengehadkan pengangkutan perdagangan di hulu sungai. Selepas Republik Afrika Tengah mencapai kemerdekaan pada tahun 1960, aktiviti pembangunan bermula dan pembandaran Bangui berlaku. Bangui merupakan kawasan tumpuan pentadbiran dan perdagangan. Bandar lama Bangui mengekalkan perancangan bandar jajahannya dengan taman luas yang menuju ke dataran pasar tengah. Poligami merupakan amalan yang diterima antara lelaki.

Sistem pendidikan Perancis menjadi kebiasaan dan Bahasa Perancis ialah bahasa perantaraan pendidikan, walaupun Bahasa Sango digalakkan di sekolah. Tiada agama rasmi negeri di negara ini. Bangui ialah kawasan tumpuan pengangkutan Republik Afrika Tengah. Hospital awam terletak di bahagian timur bandar ini. Beberapa majalah dan 3 akhbar harian diterbitkan di Bangui: E le Sango, iaitu akhbar pertama negara ini, memulakan penerbitan pada tahun 1982.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Les sites paléo-métallurgiques de Bangui". UNESCO World Heritage Centre. Dicapai 30 March 2013.