Poligami

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Dalam antropologi sosial, poligami (dari bahasa Greek, ertinya perkahwinan banyak) merujuk kepada perkahwinan di mana seseorang itu berkahwin dengan beberapa orang sekaligus. Biasanya suami yang mempunyai lebih daripada seorang isteri. Ia merupakan lawan monogami.

Bentuk poligami[sunting | sunting sumber]

Terdapat tiga bentuk poligami: poligini (seorang lelaki mempunyai beberapa isteri), poliandri (seorang wanita mempunyai beberapa suami) dan perkahwinan kelompok (campuran poligini dan poliandri). Poligini adalah bentuk yang paling biasa ditemui.

Poligami dan agama[sunting | sunting sumber]

Islam[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Poligami dalam Islam

Agama Islam membenarkan seorang lelaki berkahwin dua, atau tiga atau empat apabila mampu dengan syarat dan keadaan tertentu. Walau bagaimanapun, Islam menetapkan si suami berlaku adil dan saksama kepada isteri-isterinya.