Barak Bulgaria

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Barak Bulgaria
Barak Bulgaria jantang
Nama lainBarak
Negara asalBulgaria
Trait
Berat Jantan 23–27 kg (51–60 lb)
Betina 19–22 kg (42–49 lb)
Tinggi Jantan 53–58 cm (21–23 in)
Betina 48–53 cm (19–21 in)
Anjing (Canis lupus familiaris)

Barak Bulgaria[a], atau hanya barak, ialah satu baka anjing pemburu dari Bulgaria. Baka ini lazim di rantau utara, barat daya, tengah di Bulgaria. Kerabat terdekatnya ialah anjing penuding berbulu kasar Slovakia.[1]

Piawaian baka[sunting | sunting sumber]

Barak tergolong sesama zuriat hound berbulu panjang yang pertama kali diperihalkan oleh F. Laszka pada tahun 1905 dan merupakan satu-satu baka hound berbulu panjang di rantau ini.[2]

Piawaian baka barak Bulgaria daripada Persekutuan Kinologi Kebangsaan Bulgaria menempatkan anjing ini dalam kumpulan 6 - "Anjing pemburu bau dan baka serupa", seksyen 1.2 - "Anjing pemburu bau bersaiz sederhana". Baka ini tidak diiktiraf oleh FCI.

Barak Bulgaria ialah anjing pemburu bau dengan ketinggian sederhana. Tubuhnya seimbang, kuat, dengan garis luar segi empat tepat. Lapis bulu kasarnya berwarna kuning kemerah-merahan dalam pelbagai cahaya warna, kuning jerami, atau merah gelap. Lapis bulunya dapat memiliki satu warna atau bergabung dengan kelabu atau hitam-kelabu dalam bahagian tengah tubuh. Sesetengah tompok putih dapat diterima di tempat-tempat tertentu.

Zuriat[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2020, sebuah kajian DNA mitokondrion mendapati bahawa satu spesimen anjing yang ditemukan di pekan Zaman Gangsa Via Ordiere, Solarolo, Itali yang bertarikh pada 3,600–3,280 tahun lalu mengongsi jujukan DNA (haplotip) yang terdapat pada barak Bulgaria. Tambahan pula, hampir semua spesimen purba Bulgaria dalam kajian itu mengongsi haplotip-haplotip dengan sampel-sampel purba Itali.[3]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jawi: بارک بولݢاريا; Bahasa Bulgaria: бъ́лгарски ба́рак; bahasa Inggeris: Bulgarian barak; Bulgarian hound

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Hristov, Peter; Radoslavov, Georgi; Gadjev, Dimitar; Teofanova, Denitsa; Marinov, Miroslav (27 Jun 2018). "Mitochondrial diversity of Bulgarian native dogs suggests dual phylogenetic origin, 2018". PeerJ (dalam bahasa Inggeris). 6: e5060. doi:10.7717/peerj.5060. PMC 6026455. PMID 29967734.
  2. ^ MORPHOMETRIC CHARACTERIZATION OF BULGARIAN BARAK, Urošević M., Drobnjak D., Kanev H., Hristozov G., Ograk Y., Matarugić D., 3rd International Symposium on Hunting, Мodern aspects of sustainable management of game populations (Inggeris), Zemun - Beograd, Serbia, 26–28 September 2014. Hlm. 172–177
  3. ^ Koupadi, Kyriaki; Fontani, Francesco; Ciucani, Marta Maria; Maini, Elena; De Fanti, Sara; Cattani, Maurizio; Curci, Antonio; Nenzioni, Gabriele; Reggiani, Paolo; Andrews, Adam J.; Sarno, Stefania; Bini, Carla; Pelotti, Susi; Caniglia, Romolo; Luiselli, Donata; Cilli, Elisabetta (2020). "Population Dynamics in Italian Canids between the Late Pleistocene and Bronze Age". Genes (dalam bahasa Inggeris). 11 (12): 1409. doi:10.3390/genes11121409. PMC 7761486. PMID 33256122.