Basir Ismail

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Tan Sri Basir Ismail merupakan ahli perniagaan Melayu Malaysia. Basir lahir pada 11 Februari 1927 dan meninggal dunia pada 19 Jan 2007 kira-kira tiga minggu sebelum ulangtahun kelahirannya yang ke-80 .

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Isteri beliau ialah Puan Sri Hamidah Abdul Rahman .Mereka mempunyai 4 anak iaitu Ahmad Riza , Roshayati, Rozilawati dan Rozana Zeti.

Formula One[sunting | sunting sumber]

Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan bahawa Tan Sri Basir Ismail adalah orang yang bertanggungjawab meletakkan Malaysia dalam peta perlumbaan Formula Satu. Tahun 1996 Tun Dr Mahathir Mohamad , Tan Sri Azizan Zainul Abidin bekas presiden Petronas, dan Tan Sri Basir Ismail telah menyaksikan Portuguese Grand Prix pada 1996 di Lisbon dan bercadang FI ke Malaysia.

Pengalaman korporat[sunting | sunting sumber]

Beliau pernah menjadi pegawai di Jabatan Pertanian dan menjadi Pengerusi Syarikat Pegawai-Pegawai Melayu Jabatan Pertanian Bekerjasama Jimat Cermat dan Pinjaman Berhad (kini Koperasi Pegawai-Pegawai Melayu Jabatan Pertanian Berhad pada tahun 1923). Basir Ismail menubuhkan Syarikat Bekerjasama-sama Permodalan Melayu Negeri Johor Dengan Tanggungan Berhad (kini Koperasi Permodalan Melayu Negeri Johor .[1]

Beliau pernah menjadi pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia, pengerusi Pusat Pakar Universiti Malaya dan pelbagai jawatan kanan di Kementerian Pertanian semasa mudanya dari 1956 hingga 1970an. Antara jawatan terakhir beliau ialah pengerusi Malaysia Airports Berhad , Kumpulan FIMA, Institut Penyelidikan Kelapa Sawit, Lembaga Padi Dan beras Negara dan Sepang F1 International Circuit

Buku terakhir beliau ialah `Management Astray: Resuscitating Ailing Organisations' .

Rujukan[sunting | sunting sumber]