Azizan Zainul Abidin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Tun
Azizan Zainul Abidin
Kelahiran28 Mei 1935
Ayer Itam, Pulau Pinang, Negeri-negeri Selat (kini Malaysia)
Meninggal dunia14 Julai 2004 (umur 69)
Kuala Lumpur, Malaysia
PekerjaanTokoh korporat, presiden Perbadanan Putrajaya dan Petronas
PasanganNoor Ainne Chen Teh
Anak3

Tun Azizan Zainul Abidin (28 Mei 1935 - 14 Julai 2004) merupakan tokoh korporat Malaysia dan bekas presiden Perbadanan Putrajaya dan juga presiden Petronas.

Anak sulung beliau, Amir Hamzah Azizan merupakan pengerusi UEM Edgenta dan CEO Tenaga Nasional.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Pada 1960 menyertai Kementerian Pelajaran, setiausaha sulit kanan kepada Perdana Menteri Malaysia Kedua Abdul Razak Hussein (1971-1974).

Pada 1988 bersara dengan jawatan terakhir sebagai ketua setiausaha Kementerian Dalam Negeri.

Selepas bersara[sunting | sunting sumber]

Beliau menyertai Petronas sebagai Presiden dan Ketua Eksekutif Petronas (Februari 1988-Februari 1995). Selain itu menjadi pengerusi Malaysia Airlines, Perbadanan Putrajaya, KLCC Holdings (M) Sdn Bhd, Petronas Carigali Sdn Bhd, MTBE Malaysia Sdn Bhd, Petronas Dagangan Bhd, Malaysia LNG Sdn Bhd dan KLCC Suria Sdn Bhd.

Jasanya dikenang kerana membangunkan Putrajaya, pusat pentadbiran persekutuan yang kini menjadi satu lagi kebanggaan rakyat Malaysia.

Beliau dilantik menjadi Pro-Canselor Universiti Teknologi PETRONAS dan anggota Forum Ekonomi Dunia dan Kuala Lumpur pernah menjadi tuan rumah forum itu pada 2002. Pengerusi Majlis Perniagaan Asean-Kanada, Bendahari Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia dan Anggota Suruhanjaya Penambahbaikan Pengurusan Polis Diraja Malaysia.[1]

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Pada 5 Jun 2010, Allahyarham menerima anugerah tertinggi Darjah Kebesaran Persekutuan 2010, Seri Setia Mahkota Malaysia (S.S.M) yang membawa gelaran Tun sempena keputeraan Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Negara.

Beliau juga menerima Order of the Commander of the Legion of Honour daripada kerajaan Perancis pada Oktober 2003, anugerah kerajaan Norway bagi "sumbangan cemerlang terhadap kualiti" dalam kategori pengurusan pada 1992 dan Friendship Medal oleh kerajaan Vietnam pada September 2001.

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Beliau meninggal dunia pada 14 Julai 2004 pada usia 68 tahun.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]