Bayam (Spinacia)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian

Bayam (Spinacia)
Spinacia oleracea Spinazie bloeiend.jpg
Bayam (Spinacia) dengan bunganya
Pengelasan saintifik
Alam:
Divisi:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
S. oleracea
Nama binomial
Spinacia oleracea

Bayam Spinacia ialah sayuran yang digunakan untuk daunnya, dari gen Spinacia. Spinacia tidak sesuai untuk iklim tropika seperti sesebahagian tempat di Asia Tenggara kerana cepat berbunga dan tidak tumbuh banyak daun.


Beza bayam biasa[sunting | sunting sumber]

Nama "bayam" sering bertindih makna kepada dua jenis sayur yang datang dari keluarga Amaranthaceae yang sama tetapi berbeza genus:[1] "bayam" yang ditemui dalam masakan Barat datang dari genus Spinacia - khususnya Spinacia oleracia[2] - dengan nama setempat spinach,[3] sedangkan "bayam" ada juga digunakan menamakan sejenis sayur digunakan dalam masakan Nusantara datang dari genus Amaranthus[3] di mana nama Inggerisnya adalah amaranth.

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Spinacia sering dipakai dalam masakan Eropah. Daun tumbuhan spinacia yang mudah pula boleh dimakan mentah dan dijadikan salad. Dalam masakan India, sayur jenis spinacia Spinacia ini sering dimasak dalam palak paneer dengan "paneer" (semacam keju), atau aloo palak dengan kentang.

Sama seperti bayam, spinacia kalau dipanasi ulang bisa berbahaya untuk anak di bawah 6 bulan. Untuk orang yang lebih dewasa, biasanya tidak ada masalah.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "spinach". Kamus Inggeris-Melayu Dewan. Dewan Bahasa dan Pustaka. 2017.
  2. ^ "Spinach, Spinacia oleracea". Wisconsin Horticulture. University of Wisconsin. 2021. Dicapai pada 2 Mac 2021.
  3. ^ a b "Khasiat, kandungan bayam untuk tubuh". Media Permata. 18 April 2018.