Pergi ke kandungan

Bendera Haiti

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Bendera Haiti (Perancis: drapeau d'Haïti; Kreol Haiti: drapo Ayiti) terdiri daripada sebidang dwijalur mendatar biru dan merah diterakan jata negara tersebut.

Perlambangan

[sunting | sunting sumber]

Bendera ini dipercayai mula diperkenalkan oleh Jean-Jacques Dessalines pada hari terakhir Kongres Arcahaie tanggal 18 May 1803. Beliau dikatakan mengadaptasikan warna-warna bendera Perancis yang dicarikkan bahagian putihnya lalu dijahitkan semula oleh anak buahnya, Catherine Flon[1] - bahagian biru melambangkan warga kulit hitam Haiti manakala bahagian merah melambangkan warga berdarah kacukan atau gens de couleur.

Rekaan ini dirasmikan Presiden Alexandre Pétion pada tahun 1806,[2] namun ia dicatatkan dalam Tajuk I, Bab I Perkara 3 perlembagaan baharu negara tersebut pada tahun 2012:

L'emblême de la Nation Haïtienne est le Drapeau qui répond à la description suivante:

  1. Deux (2) bandes d'étoffe d'égales dimensions: l'une bleue en haut, l'autre rouge en bas, placées horizontalement;
  2. Au centre, sur un carré d'étoffe blanche, sont disposées les Armes de la République;
  3. Les Armes de la République sont : Le Palmiste surmonté du Bonnet de la Liberté et, ombrageant des ses Palmes, un Trophée d'Armes avec la Légende: L'Union fait la Force.

Lambang Bangsa Haiti ialah Bendera dengan gambaran berikut:

  1. Dua (2) jalur mendatar berukuran sama: satu [yang] biru dan satu yang merah di bawah;
  2. Di tengah [bidang], atas suatu petak putih terteranya Jata Republik;
  3. Jata Republik adalah: sebatang pelmiste [sic][a] dipakaikan topi merdeka, dan di bawahnya rampasan perang dengan cogan kata tertulis "Perpaduan asas Kekuatan".
  1. palmiste di sini merujuk kepada pokok spesies Roystonea regia.[3]
  1. Various sources Diarkibkan 10 Julai 2011 di Wayback Machine. Op. cit. L'histoire d'Haiti. "18 Mai." Accessed 12 February 2011.
  2. Beauvoir, Max G. "Colors of the Flags." Accessed 11 February 2011.
  3. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama FOTW