Bendera Mongolia
Penampilan
Bendera Mongolia yang terkini diperkenalkan pada 12 Februari 1992. Rekabentuknya serupa dengan bendera tahun 1949 tetapi dengan bintang sosialis dipadamkan di bendera yang terkini. Bendera ini terdiri daripada tiga jalur tegak yang seimbang, berwarna merah di bahagian tiang, biru dan merah.
Reka bentuk
[sunting | sunting sumber]Perlambangan
[sunting | sunting sumber]Jalur biru di tengah melambangkan Tenger, dewa utama dipercayai dalam adat masyarakat Mongol serta langit yang menjadi alamnya.
Di bahagian tiang terdapat suatu lambang yang khusus berwarna kuning iaitu soyombo (Bahasa Mongolia: Соёмбо , ᠰᠣᠶᠤᠮᠪᠤ pinjaman Sanskrit: स्वयम्भू svayambhu): lambang ini terdiri hasil penyusunan simbol-simbol abstrak yang melambangkan penyatuan unsur-unsur semulajadi lalu menunjukkan keharmonian alam sekitar:
- Puncak simbol ini berbentuk api melambangkan perkembangan, kekayaan dan kejayaan. Tiga lidah api yang terkeluar ini melambangkan masa lalu, masa kini dan masa hadapan.
- Bulat (●) dan bulan sabit melambangkan keabadian bangsa Mongol selama ada bulan dan matahari.
- Segitiga (▼) melambangkan anak panah atau lembing yang menumpaskan musuh luaran dan dalaman
- Simbol Taijitu (☯) melambangkan ketersampingan antara kaum-kaum lelaki dan perempuan. Ia diapit dua bentuk segi empat mendatar (▬) melambangkan keadilan untuk semua lapisan masyarakat yang atas mahupun yang bawah.
- Segi empat menaik (▮) di kedua-dua sisi lambang melambangkan keutuhan dan perpaduan.[1]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Pu̇revsambuu, G. (2006). Mongolia. Ulaanbaatar, Mongolia: Montsame. m/s. 8. ISBN 99929-0-627-8.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Kategori berkenaan Bendera Mongolia di Wikimedia Commons