Beras tiruan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Beras tiruan ialah produk bijian yang dibuat untuk menyerupai beras. Ia biasanya diperbuat daripada beras pecah, kadangkala dengan penambahan bijirin lain, dan sering diwaja dengan mikronutrien, termasuk mineral seperti besi dan zink dan vitamin, seperti vitamin A dan vitamin B.

Pembuatan[sunting | sunting sumber]

Jentera pembuat beras wujud yang membolehkan beras pecah atau bahan lain dibentuk menjadi pelet berbentuk beras.[1] Pengwajaan beras menimbulkan pelbagai masalah teknikal. Mikronutrien tidak boleh hanya ditambah pada isirung, kerana ia tidak kekal di tempat yang diperlukan dan perendaman dan pembilasan beras secara tradisional dengan air sebelum memasak menghilangkan kebanyakan nutrien tambahan.

Dalam proses penyemperitan panas, tepung beras dan mikronutrien diubah menjadi produk yang secara visualnya menyerupai beras asli. Dengan itu, vitamin dan mineral terbenam dan dilindungi daripada pengasingan dan daripada dikeluarkan melalui pembilasan atau larutlesap semasa pencucian dan pemasakan.

NutriRice[sunting | sunting sumber]

NutriRice ialah sejenis beras waja. Proses NutriRice merupakan satu cara pengwajaan beras yang menggunakan teknologi penyemperitan panas bukan sahaja menangani masalah kelaparan buni tetapi juga menyahut cabaran untuk melaksanakan pengwajaan beras.[2] Pengeluaran NutriRice menawarkan kemungkinan unik untuk mewajakan beras cekapnya dengan pelbagai mikronutrien. Vitamin dan mineral seperti keluarga vitamin A dan B serta zat besi dan zink boleh dipilih untuk dimasukkan.

Penyelidikan[sunting | sunting sumber]

Berkenaan dengan sifat beras waja, seperti kestabilan cucian, kestabilan simpan, tingkahlaku pemasakan, penampilan visual, dan tekstur nasi, penyemperitan panas boleh disyorkan untuk menghasilkan isirung beras waja. Isirung beras waja melalui penyemperitan panas paling hampir menyerupai beras asli selepas dimasak.[3][4]

Sekolah Menengah Dandelion[sunting | sunting sumber]

Anak-anak kepada 600 pekerja asing bersekolah di Sekolah Menengah Dandelion di Beijing, sebahagian daripada mereka sebagai murid bermastautin. Pada tahun 2008, sebagai sebahagian daripada projek perintis, semua murid di sekolah telah diberikan NutriRice untuk tempoh 8 bulan. Dalam tempoh percubaan tersebut, kesan kekurangan zat makanan telah dikurangkan sebanyak 50%, sekali gus meningkatkan status pemakanan am murid ke purata tahap bandar.[5]

Ultra Rice[sunting | sunting sumber]

Ultra Rice ialah produk bijian yang dibuat untuk menyerupai beras dan diwaja dengan vitamin dan nutrien. Program untuk Teknologi Sesuai dalam Kesihatan (PATH) membangunkan Ultra Rice sebagai penokok makanan untuk digunakan di negara-negara yang rakyatnya tidak mempunyai capaian mudah kepada makanan yang memenuhi keperluan nutrisi untuk kesihatan yang baik.

Pembuatan[sunting | sunting sumber]

Ultra Rice telah dibangunkan oleh Dr. James P. Cox dan isterinya Jeanne Cox selama 20 tahun, bermula pada 1960-an semasa menetap di Kanada.

Gagasan Dr. James dan Jeanne adalah untuk memanfaatkan sisa bijian beras yang pecah dan menghasilkan produk beras segera yang dipertingkatkan nutrisinya untuk melawan kelaparan sedunia. Kriteria pertama untuk memberi makan kepada orang ramai ialah mencipta makanan berkhasiat yang boleh dikenalpasti oleh orang pribumi. Kedua, makanan teersebut haruslah mudah disediakan, walaupun dalam kaedah paling kasar pada pembakar tahi, dalam masa kurang daripada lima minit, sambil mengekalkan keutuhannya sebagai makanan yang diiktiraf. Beras tersebut harus diwaja dengan protein dan mengandungi vitamin A dan D.

Proses yang dibangunkan oleh Dr. James dan Jeanne adalah lebih mahal untuk dilaksanakan daripada nilai pasaran produk dan akhirnya mereka mengalihkan paten mereka untuk proses tersebut kepada PATH.[6]

Ultra Rice julung kali diedar secara umum pada tahun 2005.[7]

Bijiannya menyerupai bijian padi giling dalam saiz, bentuk, dan warna, tetapi sebenarnya ia diperbuat daripada tepung beras, nutrien tambahan, dan bahan-bahan yang mengawetkan nutrien.

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Kebanyakan produk Ultra Rice direka untuk diaduk dengan beras putih dalam nisbah 1:100 dan bertujuan untuk semirip mungkin dengan nasi dalam bau, rasa, dan tekstur.

Ia pada asalnya digunakan di Brazil, Kolombia, dan India, tetapi melalui perkongsian dengan Wawasan Sedunia, produk tersebut dijadualkan untuk digunakan di banyak negara membangun yang menerima bantuan.

Penyelidikan[sunting | sunting sumber]

Penyelidik menilai kestabilan vitamin Ultra Rice semasa beras disimpan; askorbat, lemak tepu, dan antioksidan didapati mengekalkan vitamin A secara utuh semasa penyimpanan dalam kelembapan yang tinggi.[8] Satu lagi kajian mendapati bahawa kehilangan vitamin A akan menstabil selepas enam bulan dan kehilangan vitamin A semasa memasak boleh diramalkan.[9]

Kekurangan vitamin A boleh menyebabkan rabun malam; kajian pada tahun 2005 menunjukkan bahawa 348 wanita Nepal hamil yang makan Ultra Rice mengalami peningkatan dalam penglihatan malam yang tidak jauh berbeza dengan peningkatan yang boleh datang dari vitamin A seperti hati, lobak merah, kapsul, atau sayur-sayuran hijau.[10]

Pirofosfat ferik dalam Ultra Rice telah ditunjukkan dalam kajian yang melibatkan 180 wanita yang menyusukan bayi tidak hamil di Mexico untuk mengurangkan kadar anemia kekurangan zat besi dalam populasi kajian sebanyak 80% dan kekurangan zat besi sebanyak 29%.[11]

Panel rasawan telah menunjukkan bahawa kebanyakan orang tidak dapat membezakan antara beras biasa dan Ultra Rice mengikut rasa, dan pelbagai laporan lain telah menunjukkan bahawa tiada perbezaan ketara secara perangkaan bagi keutamaan rasa antara Ultra Rice dan beras biasa. Dalam kajian ke atas 134 kanak-kanak berumur 8-11 tahun yang mengambil bahagian dalam Skim Makanan Tengahari India,[12] 37 menilai perbezaan antara sampel dan 43 subjek menilai kebolehterimaan beras waja.

Pekongsi[sunting | sunting sumber]

Selepas PATH membangunkan Ultra Rice, banyak lembaga lain mula mengambil bahagian dalam pembuatan, pengedaran, dan pengesanan keberkesanannya.

Beras Ultra biasanya dikeluarkan di dalam negara yang menggunakannya. 

Jabatan Bioteknologi (India), Kementerian Pertanian (Brazil), Universiti Persekutuan Visoza (Brazil), dan Universiti Toronto (Kanada) menyumbang kepada penyelidikan dan pembangunan rancangan Ultra Rice.[13]

Di India Yayasan Akshaya Patra dan Yayasan Naandi melaksanakan Projek Ultra Rice. Di tempat lain, Perikatan Sejagat untuk Pemakanan Diperbaik, Wawasan Sedunia dan Program Makanan Sedunia mencipta program pelaksanaan.

Projek Ultra Rice dibiayai oleh Yayasan Bill & Melinda Gates, Jabatan Pertanian Amerika Syarikat, dan Institut Makanan dan Pertanian Negara.

Gerakbalas[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2009, Muzium Teknologi Pembaharuan mengiktiraf PATH untuk Ultra Rice dengan anugerah sebagai pengiktirafan terhadap penggunaan teknologinya untuk menyelesaikan masalah utama dunia.[14]

Bijian lain[sunting | sunting sumber]

Beras jagung[sunting | sunting sumber]

Di Korea Utara, "beras jagung" tiruan, dikenali sebagai Okssal (옥쌀) atau Gangnagssal (강낭쌀) diperbuat daripada jagung.[15] Ia juga agak popular di Filipina di mana penduduk tempatan menggunakannya sebagai pengganti beras putih yang lebih murah. 

Beras konjak[sunting | sunting sumber]

Beras konjak telah dibangunkan untuk diet rendah kalori.[16]

Khabar angin beras plastik[sunting | sunting sumber]

Beras yang diperbuat daripada plastik dan dikeluarkan sebagai beras asli kadang-kadang dilaporkan di media. Di India ia disebut dalam kes di hadapan mahkamah tinggi,[17] tetapi laporan itu tidak disahkan.[18] Pada Disember 2016, dilaporkan bahawa 2.5 tan "beras plastik" telah dirampas di Nigeria.[19] Beberapa minggu kemudian, selepas ujian awal, jurucakap Kementerian Kesihatan Persekutuan Nigeria menyatakan bahawa bahan itu mengandungi semua ciri beras sebenar dan tidak ada bukti bahawa beras plastik sedang beredar di negara tersebut;[20] Agensi Kebangsaan bagi Pentadbiran dan Kawalan Makanan dan Dadah kemudian mengumumkan bahawa beras yang dirampas telah tercemar dengan bakteria.[21][22] Beras palsu turut dilaporkan di media sosial di Filipina.[23] Pada tahun 2017, terdapat khabar angin beras plastik di Gambia dan Ghana, tetapi khabar angin ini tidak disahkan. Pihak Berkuasa Makanan dan Dadah Ghana menjalankan siasatan dan mendapati sampel yang disyaki beras palsu adalah tidak benar.[24]

Snopes, sebuah laman sesawang yang menyiasat legenda bandar, membuat kesimpulan bahawa laporan sedemikian adalah samada tipuan atau tidak terbukti, menunjukkan bahawa bijian beras plastik akan mudah dikesan selepas dimasak, dan mungkin lebih mahal untuk dihasilkan daripada beras sebenar.[25] Sebab-sebab yang dicadangkan untuk penerusan "mitos" sedemikian termasuklah keperlindungan dan ketidakpercayaan terhadap barangan kemasukan asing, dengan video palsu sengaja digunakan untuk menyokong beras tempatan.[24]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

  • Ptitim, bijian tiruan gandum Israel dibangunkan sebagai pengganti beras
  • Beras emas, sejenis beras yang diubahsuai secara genetik yang tidak memerlukan pemprosesan untuk menambah vitamin A (melalui beta karotena)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Artificial rice making machine". alibaba.com. Dicapai pada 9 June 2016.
  2. ^ Roland, Kunz. "A breakthrough in rice fortification".
  3. ^ Mueller, Fischer (2009). "Structuring of starch matrices". Internal Report. Buehler.
  4. ^ Steiger, Georg (2014). "Fortification of rice: technologies and nutrients". Annals of the New York Academy of Sciences. 1324 (1): 29–39. Bibcode:2014NYASA1324...29S. doi:10.1111/nyas.12418. PMID 24913257.
  5. ^ "NutriRice hot extrusion technology - breakthrough in rice fortification" (PDF).
  6. ^ Heim, Kristi (24 July 2010). "Ultra Rice: Whatcom County invention holds hope for health". seattletimes.nwsource.com. Seattle Times. Dicapai pada 24 May 2011.
  7. ^ "USAID: Science and Technology – Ultra Rice®". usaid.gov. USAID. 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 June 2011. Dicapai pada 24 May 2011.
  8. ^ Murphy, PA; Smith, B; Hauck, C; O' Connor, K (1992). "Stabilization of Vitamin A in a synthetic rice premix". Journal of Food Science. 57 (2): 437–439. doi:10.1111/j.1365-2621.1992.tb05511.x.
  9. ^ Flores, H; Guerra, NB; Cavalcanti, ACA; Campos, FACS; Azevedo, MCNA; Silva, MBM (1994). "Bioavailability of Vitamin A in a synthetic rice premix". Journal of Food Science. 59 (2): 371–372, 377. doi:10.1111/j.1365-2621.1994.tb06969.x.
  10. ^ Haskell, MJ; Pandey, P; Graham, JM; Shrestha, RK; Brown, KH (2005). "Recovery from impaired dark adaptation in night-blind pregnant Nepali women who receive small daily doses of vitamin A as amaranth leaves, carrots, goat liver, vitamin A-fortified rice or retinyl palmitate". The American Journal of Clinical Nutrition. 81 (2): 461–71. doi:10.1093/ajcn.81.2.461. PMID 15699236.
  11. ^ Hotz, C.; Porcayo, M.; Onofre, G.; García-Guerra, A.; Elliott, T.; Jankowski, S.; Greiner, T. (2008). "Efficacy of iron-fortified Ultra Rice in improving the iron status of women in Mexico". Food and Nutrition Bulletin. 29 (2): 140–149. doi:10.1177/156482650802900208. PMID 18693478.
  12. ^ "Iron-Fortified Rice Is As Efficacious As Supplemental Iron Drops in Infants and Young Children". Journal of Nutrition. 140 (140): 49–53. 2009. doi:10.3945/jn.109.112623. PMID 19889805. Dicapai pada 31 May 2011.
  13. ^ "PATH: Ultra Rice technology: at a glance". path.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 May 2011. Dicapai pada 29 May 2011.
  14. ^ "The Tech Museum Awards – Technology Benefiting Humanity". techawards.org. The Tech Museum of Innovation. 2009. Dicapai pada 24 May 2011. 2009 Nokia Health Award
  15. ^ Cwiertka, Katarzyna J. (2013). Cuisine, Colonialism and Cold War: Food in Twentieth-Century Korea. Reaktion Books. m/s. 167. ISBN 9781780230733.
  16. ^ "Startup Innovation Challenge 2018 nominees: Alternative proteins, upcycling side-streams".
  17. ^ "HC to hear plea on Chinese 'plastic' rice in India". The Times of India. 8 July 2015. Dicapai pada 9 June 2016.
  18. ^ Deepalakshmi, K. (7 June 2017). "Is 'plastic rice' for real?". Dicapai pada 12 July 2017. As far as India is concerned, 'plastic rice' has never been seized so far
  19. ^ "Plastic Rice seized in Nigeria". BBC News. 21 December 2016. Dicapai pada 21 December 2016.
  20. ^ "No plastic rice in Nigeria, say Adewole, NAFDAC - TheCable". TheCable (dalam bahasa Inggeris). 2016-12-24. Dicapai pada 2017-01-10.
  21. ^ "No plastic rice in Nigeria, says NAFDAC". The Guardian. Dicapai pada 2017-01-12.
  22. ^ "Nigeria rice 'contaminated, not plastic' - NAFDAC". BBC News (dalam bahasa Inggeris). 2016-12-30. Dicapai pada 2017-01-12.
  23. ^ "Netizen Discovers Fake Rice Made Of Plastic". 2016-05-15. Dicapai pada 2017-07-12.
  24. ^ a b Subedar, Anisa (5 July 2017). "BBC Trending: Why people believe the myth of 'plastic rice". Dicapai pada 12 July 2017.
  25. ^ "Bas-Not-i - Plastic Rice From China". snopes.com. Dicapai pada 27 October 2016.