Konnyaku

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Konnyaku
Amorphophallus konjac
Amorphophallus konjac CBM.png
Pengelasan saintifik
Alam: Plantae
(tanpa pangkat): Angiosperma
(tanpa pangkat): Monokotiledon
Order: Alismatales
Keluarga: Araceae
Genus: Amorphophallus
Spesies: A. konjac
Nama binomial
Amorphophallus konjac
K. Koch
Sinonim[1]

Konnyaku  (Nama spesies: Amorphophallus konjac; lu. A. rivieri Jepun: 蒟蒻/菎蒻; こんにゃく; konnyaku; Bahasa Korea: 곤약; gonyak; Bahasa Cina: 蒟蒻Pinyin Mandarin: jǔruòJyutping: geoi2 joek6) ialah sejenis tumbuhan daripada genus Amorphophallus.

Habitat asal tumbuhan ini di kawasan subtropikal hingga tropika timur Asia, dari Jepun dan selatan China hingga ke Indonesia (ketahanan USDA Zon 6-11). Ia ialah tumbuhan saka yang mampu membesar dari umbisinya sehingga berdiamater 25 m (10 inci). Daunnya boleh melebar sehingga 1.3 m (4 kaki), bipinat, serta dibahagi menjadi banyak dedaun yang kecil.[2] Bunganya tumbuh daripada seludang tertutup berwarna ungu gelap sehingga sepanjang 55 m (22 in).

Makanan yang dibuat daripada umbisi tumbuhan ini turut dikenali dengan nama konnyaku yang dimasak dan dimakan terutamanya di Jepun, sama ada berwarna putih atau hitam. Mi juga dibuat dari konnyaku, iaitu shirataki.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Baka liar konnyaku berkembang dengan semulajadinya di Asia Tenggara dan China.[3] Ia telah dikenali di Jepun sejak abad keenam[petikan diperlukan] sebagai makanan berubat,[petikan diperlukan] dan ia telah dimakan selama 1500 tahun.[petikan diperlukan] Semasa zaman Edo, bermula pada awal abad ke-17, Jepun mengimport sayur Konnyaku/Shirataki ini dari China.[4] Sebuah buku bertajuk Konnyaku Hyakusen (100 resepi Konnyaku) telah diterbitkan pada tahun 1846, yang menunjukkan populariti tumbuhan ini di Jepun pada masa itu.

Penanaman dan kegunaan[sunting | sunting sumber]

Bunga-bunga Amorphophallus konjac yang mekar
Umbisi konnyaku yang digunakan sebagai makanan

Konnyaku ditanam di China, Korea, Taiwan, Jepun dan Asia Tenggara umbisi berkanjinya yang besar, digunakan untuk membuat tepung dan jeli dengan nama yang sama. Ia juga digunakan sebagai pengganti vegan kepada gelatin.

Jepun dan China[sunting | sunting sumber]

Dalam masakan Jepun, konnyaku digunakan dalam hidangan seperti oden di mana ia biasanya muncul berwarna kelabu dengan kekonsistenan lebih tegang berbanding kebanyakan gelatin. Ia mempunyai sedikit rasa; konnyaku biasa mempunyai rasa samar-samar seakan garam, biasanya dengan sedikit rasa dan bau lautan (hasil penambahan serbuk rumput laut, meskipun ia tidak perlu pada konnyaku lain). Tumbuhan ini lebih dikehendaki atas teksturnya daripada rasa.

Orang Jepun menyediakan konnyaku dengan mencampurkan tepung konnyaku dengan air dan air kapur.[5] Hijiki sering ditambah bagi memberikan warna gelap dan rasa konnyaku yang sebaliknya berwarna konjac putih pucat. Ia kemudian rebus dan sejuk untuk menguatkan. Konnyaku turut dijadikan sejenis mi dipanggil shirataki yang digunakan dalam makanan seperti sukiyaki dan gyudon.

Nilai nutrisi[sunting | sunting sumber]

Konnyaku hampir tiada kalori namun ia mempunyai kandungan serat yang sangat tinggi. Oleh sebab itu, ia sering digunakan sebagai makanan diet. Syarikat Omikenshi telah membangunkan satu proses mencampurkan pulpa kayu dirawat dengan konnyaku yang menyingkirkan gluten dan lemak dari tepungnya; tepung yang dirawat ini hampir tiada karbohidrat.bahkan ia mengandungi hanya 60 kilogram kalori jika dibandingkan dengan 3,680 kg kalori dalam tepung gandum.[6]

Serat umbisi dari Amorphophallus konjac digunakan sebagai komponen makanan tambahan berat badan.[7] Pemakanan serat ini pada tahap sederhana telah ditunjukkan menggalakkan penghasilan asid butirik melalui ekologi flora usus yang lebih baik serta peningkatan buang air besar di kalangan orang dewasa yang menghidap sembelit.[8]

Kegunaan lain[sunting | sunting sumber]

Konnyaku juga boleh digunakan dalan alatan aksesori urutan muka yang kini sedang popular di Korea dan juga di negara-negara Barat, biasanya dalam bentuk span yang boleh digunakan pada kulit sensitif yang barangkalinya menjadi mudah rengsa jika menggunakan alat pengelupasan kulit yang biasa (seperti ketola atau tuala kecil).

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Templat:ThePlantList
  2. ^ "Amorphophallus Konjac". Dicapai 20 Ogos 2014. 
  3. ^ "Konnyaku de-mystified". Hints for the Home. 2014. 
  4. ^ "About Us - History of Shirataki Noodles". Miracle Noodle. 
  5. ^ "How to make konjac foods (shirataki noodles or konyaku) myself". 
  6. ^ https://www.bloomberg.com/news/articles/2015-11-17/tree-noodles-a-low-cal-fat-free-way-to-beat-chinese-competition
  7. ^ "Amorphophallus Konjac & Weight Loss". Calorie-Count.US. Dicapai 9 Julai 2013. 
  8. ^ Chen, HL; Cheng, HC; Wu, WT; Liu, YJ; Liu, SY (February 2008). "Supplementation of konjac glucomannan into a low-fiber Chinese diet promoted bowel movement and improved colonic ecology in constipated adults: a placebo-controlled, diet-controlled trial". Journal of the American College of Nutrition. 27 (1): 102–8. doi:10.1080/07315724.2008.10719681. PMID 18460488. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]