Pergi ke kandungan

Berat badan manusia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Seorang budak lelaki sedang menimbang beratnya di alat penimbang dengan bantuan orang lain.

Berat badan manusia ialah jisim atau berat badan seseorang. Tegasnya, berat badan ialah timbangan berat tanpa sesuatu barang yang terletak pada orang itu. Secara praktikalnya, berat badan boleh diukur dengan memakai pakaian, tanpa memakai kasut atau aksesori berat seperti telefon bimbit dan dompet. Untuk menimbang berat alat yang digunakan ialah alat penimbang manual atau digital. Berat badan berlebihan atau berkurangan dianggap sebagai penunjuk untuk menentukan kesihatan seseorang, dengan ukuran isipadu badan memberikan dimensi tambahan dengan mengira taburan berat badan.

Purata berat badan manusia dewasa berbeza mengikut benua daripada kira-kira 60 kg (130 lb) di Asia dan Afrika kepada kira-kira 80 kg (180 lb) di Amerika Utara, dengan lelaki secara purata lebih berat daripada wanita.

Kanak-kanak

[sunting | sunting sumber]

Terdapat beberapa kaedah untuk menganggar berat badan seorang kanak-kanak untuk keadaan (seperti keadaan kecemasan) apabila berat sebenar tidak dapat diukur. Kebanyakannya ibu bapa atau penyedia penjagaan kesihatan yang terlibat meneka berat badan kanak-kanak melalui formula anggaran berat. Formula ini berlandaskan penemuan mereka pada umur kanak-kanak dan sistem anggaran berat berasaskan pita. Banyak formula yang telah digunakan untuk menganggar berat badan, antaranya ialah formula APLS, formula Leffler dan formula Theron.[1] Terdapat juga beberapa jenis sistem berasaskan pita untuk menganggar berat badan kanak-kanak, yang paling terkenal ialah pita Broselow.[2] Pita Broselow adalah berdasarkan panjang dengan berat dibaca dari kawasan warna yang sesuai. Sistem yang lebih baru, seperti pita PAWPER, menggunakan proses dua langkah mudah untuk menganggar berat: anggaran berat berdasarkan panjang diubah suai mengikut tabiat badan kanak-kanak untuk meningkatkan ketepatan ramalan berat akhir.[3]

Formula Leffler digunakan untuk kanak-kanak berumur 0–10 tahun.[1] Pada mereka yang berumur kurang dari setahun ia adalah

dan bagi mereka yang berumur 1–10 tahun adalah seperti berikut

Kunci m di atas bermaksud ialah berat seorang kanak-kanak. Manakala am dan ay ialah sebagai umur kanak-kanak dalam tahun untuk kunci ay dan bulan untuk kunci am .

Formula Theron ialah;

Kunci m dan ay bermaksud sama seperti di atas.[1]

Berat badan ideal

[sunting | sunting sumber]

Data tahun 2005;

Benua Populasi dewasa
(milion)
Berat badan ideal Lebih berat badan /
Jumlah penduduk
Sumber
Afrika 535 60.7 kg (133.8 lb) 28.9% [4]
Asia 2,815 57.7 kg (127.2 lb) 24.2% [4]
Eropah 606 70.8 kg (156.1 lb) 55.6% [4]
Amerika Latin dan Caribbean 386 67.9 kg (149.7 lb) 57.9% [4]
Amerika Utara 263 80.7 kg (177.9 lb) 73.9% [4]
Oceania 24 74.1 kg (163.4 lb) 63.3% [4]
Dunia 4,630 62.0 kg (136.7 lb) 34.7% [4]
  1. ^ a b c So TY, Farrington E, Absher RK (June 2009). "Evaluation of the accuracy of different methods used to estimate weights in the pediatric population". Pediatrics. 123 (6): e1045–51. doi:10.1542/peds.2008-1968. PMID 19482737. S2CID 6009482.
  2. ^ Lubitz, Deborah; Seidel, JS; Chameides, L; Luten, RC; Zaritsky, AL; Campbell, FW (1988). "A rapid method for estimating weight and resuscitation drug dosages from length in the pediatric age group". Ann Emerg Med. 17 (6): 576–81. doi:10.1016/S0196-0644(88)80396-2. PMID 3377285.
  3. ^ Wells, Mike (2011). "Clinical: The PAWPER Tape". Sanguine. 1 (2). Dicapai pada 13 June 2013.
  4. ^ a b c d e f g Walpole, Sarah C; Prieto-Merino, David; Edwards, Phil; Cleland, John; Stevens, Gretchen; Roberts, Ian; dll. (18 June 2012). "The weight of nations: an estimation of adult human biomass". BMC Public Health. BMC Public Health 2012, 12:439. 12 (1): 439. doi:10.1186/1471-2458-12-439. PMC 3408371. PMID 22709383.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]