Berkhatan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Circumcision
Proses berkhatan di Asia tengah, s. 1865–1872

Berkhatan ialah proses membuang kulup dari zakar manusia . [1] [2] Dalam prosedur yang paling biasa, kulup dibuka dan dipisahkan daripada kelenjar. Selepas itu, alat berkhatan boleh diletakkan, dan kemudian kulup dipotong. Anestesia luaran atau suntikan setempat digunakan untuk mengurangkan kesakitan dan tekanan fisiologi . [3] Prosedur ini merupakan pembedahan elektif yang dilakukan ke atas bayi dan kanak-kanak diatas faktor agama atau budaya. [4] Dari segi perubatan, berkhatan adalah rawatan yang menjadi pilihan untuk kes phimosis dan balanoposthitis jika ia tidak dapat diselesaikan melalui prosedur rawatan biasa, selain itu, berkhatan juga berkesan untuk jangkitan saluran kencing kronik (UTI). [5] [6] Ia adalah kontraindikasi dalam kes keabnormalan struktur alat kelamin tertentu atau kesihatan umum yang lemah, bermakan berkhatan adalah tidak boleh dijalankan sekiranya individu tersebut menghadapi masalah ini. [7] [8]

Organisasi perubatan utama dunia mempunyai pandangan yang berbeza, daripada kepercayaan bahawa berkhatan kepada bayi dan kanak-kanak membawa risiko yang ketara dan tidak menawarkan faedah perubatan kepada kepercayaan bahawa prosedur itu mempunyai manfaat kesihatan sederhana yang mengatasi risiko kecil. [9] Tiada mana-mana organisasi yang menyokong untuk semua lelaki dikhatankan dan tiada juga yang menghalang semua lelaki berkhatan. [9] Isu-isu etika dan undang-undang mengenai persetujuan dan hak asasi manusia telah ditimbulkan mengenai mengkhatankan bayi dan kanak-kanak atas sebab bukan perubatan; oleh kerana itu, prosedurnya adalah kontroversi . [10] [11]

Lelaki yang menjalani proses berkhatan mengurangkan risiko jangkitan HIV di kalangan lelaki heteroseksual di sub-Sahara Afrika . [12] [13] Oleh kerana ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesyorkan berkhatan sebagai sebahagian daripada program pencegahan HIV yang komprehensif di kawasan yang mempunyai kadar HIV yang tinggi. [14] Keberkesanan berkhatan dalam mengurangkan risiko jangkitan HIV di kalangan negara maju adalah kurang jelas; [15] bagaimanapun, terdapat bukti bahawa berkhatan mengurangkan risiko jangkitan HIV bagi lelaki yang melakukan hubungan seks dengan lelaki . [16] Berkhatan juga dikaitkan dengan pengurangan kadar sel yang penyebab kanser human papillomavirus (HPV), [17] [18] dan UTI . [19] Lelaki yang menjalani proses berkhatan juga dilihat mengurangkan risiko kanser zakar melalui penyembuhan phimosis secara lebih berkesan. [20] Pencegahan daripada situasi ini tidak dilihat sebagai sebab yang boleh menyokong proses berkhatan dalam kalangan bayi di negara barat. [21] Kajian berkaitan jangkitan seksual lain juga menunjukkan bahawa berkhatan adalah pelindung, termasuklah kepada lelaki yang melakukan hubungan seks luar tabii. [22] Kajian yang dijalankan pada tahun 2010 mendapati proses berkhatan yang dilakukan oleh penyedia perubatan mempunyai kadar komplikasi sebanyak 1.5% untuk bayi dan 6% untuk kanak-kanak yang lebih tua, dengan beberapa kes komplikasi yang teruk. [23] Mengalami pendarahan, jangkitan dan potongan kulup yang terlalu banyak atau terlalu sedikit adalah isu yang sering terjadi. [24] Stenosis meatal adalah komplikasi jangka panjang yang paling biasa. [25] Kadar komplikasi yang jauh lebih tinggi dilihat apabila prosedur ini dijalankan oleh individu yang tidak berpengalaman, di dalam kawasan tidak bersih seperti di negara barat atau dijalankan terhadap kanak-kanak yang sudah tua. [24] Individu yang menjalani proses berkhatan tidak mempunyai sebarang perubahan terhadap ciri seksual mereka. [26] [27]

Dianggarkan satu pertiga daripada lelaki di seluruh dunia berkhatan. [28] [29] [30] Berkhatan adalah yang paling biasa diamalkan di kalangan orang Islam dan Yahudi, bahagian Asia Tenggara, dan Afrika. [31] [32] Ia agak jarang berlaku atas sebab bukan agama seperti di Eropah, Amerika Latin, bahagian Afrika Selatan, dan kebanyakan Asia. [31] Asal usul berkhatan tidak diketahui dengan pasti; bukti tertua yang didokumenkan untuknya datang dari Mesir purba . [31] [33] Pelbagai teori telah dicadangkan tentang asal usulnya termasuk sebagai pengorbanan agama dan sebagai upacara menandakan kemasukan kanak-kanak lelaki ke alam dewasa . [34] Ia adalah sebahagian daripada undang-undang agama dalam agama Yahudi [35] dan merupakan amalan yang telah ditetapkan dalam Islam, Kristian Koptik, dan Gereja Ortodoks Ethiopia . [31] [36] [37] Perkataan berkhatan berasal dari bahasa Latin circumcidere, bermaksud "memotong". [31]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Rudolph C, Rudolph A, Lister G, First L, Gershon A (18 March 2011). Rudolph's Pediatrics, 22nd Edition. McGraw-Hill Companies, Incorporated. m/s. 188. ISBN 978-0-07-149723-7. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 January 2016.
  2. ^ Sawyer S (November 2011). Pediatric Physical Examination & Health Assessment. Jones & Bartlett Publishers. m/s. 555–556. ISBN 978-1-4496-7600-1. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-01-18.
  3. ^ American Academy of Pediatrics Task Force on Circumcision (2012). "Technical Report". Pediatrics. 130 (3): e756–e785. doi:10.1542/peds.2012-1990. ISSN 0031-4005. PMID 22926175. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-09-20.American Academy of Pediatrics Task Force on Circumcision (2012). "Technical Report". Pediatrics. 130 (3): e756–e785. doi:10.1542/peds.2012-1990. ISSN 0031-4005. PMID 22926175. Archived from the original on 2012-09-20.
  4. ^ "Male circumcision: Global trends and determinants of prevalence, safety and acceptability" (PDF). World Health Organization. 2007. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2015-12-22."Male circumcision: Global trends and determinants of prevalence, safety and acceptability" (PDF). World Health Organization. 2007. Archived (PDF) from the original on 2015-12-22.
  5. ^ Lissauer T, Clayden G (October 2011). Illustrated Textbook of Paediatrics, Fourth edition. Elsevier. m/s. 352–353. ISBN 978-0-7234-3565-5. Although routine neonatal circumcision is still common in some Western countries such as the USA, the arguments generally used to justify on medical grounds have been discredited and no national or international medical association currently advocates routine neonatal circumcision.Lissauer T, Clayden G (October 2011). Illustrated Textbook of Paediatrics, Fourth edition. Elsevier. pp. 352–353. ISBN 978-0-7234-3565-5. Although routine neonatal circumcision is still common in some Western countries such as the USA, the arguments generally used to justify on medical grounds have been discredited and no national or international medical association currently advocates routine neonatal circumcision.
  6. ^ Hay W, Levin M (25 June 2012). Current Diagnosis and Treatment Pediatrics 21/E. McGraw Hill Professional. m/s. 18–19. ISBN 978-0-07-177971-5. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 January 2016.
  7. ^ Rudolph C, Rudolph A, Lister G, First L, Gershon A (18 March 2011). Rudolph's Pediatrics, 22nd Edition. McGraw-Hill Companies, Incorporated. m/s. 188. ISBN 978-0-07-149723-7. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 January 2016.
  8. ^ Hay W, Levin M (25 June 2012). Current Diagnosis and Treatment Pediatrics 21/E. McGraw Hill Professional. m/s. 18–19. ISBN 978-0-07-177971-5. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 January 2016.
  9. ^ a b Jacobs, Micah; Grady, Richard; Bolnick, David A. (2012). "Current Circumcision Trends and Guidelines". Dalam Bolnick, David A.; Koyle, Martin; Yosha, Assaf (penyunting). Surgical Guide to Circumcision. London: Springer. m/s. 3–8. doi:10.1007/978-1-4471-2858-8_1. ISBN 978-1-4471-2857-1. Outside of strategic regions in sub-Saharan Africa, no call for routine circumcision has been made by any established medical organizations or governmental bodies. Positions on circumcision include "some medical benefit/parental choice" in the United States, "no medical benefit/parental choice" in Great Britain, and "no medical benefit/physical and psychological trauma/parental choice" in the Netherlands.
  10. ^ Pinto K (August 2012). "Circumcision controversies". Pediatric Clinics of North America. 59 (4): 977–986. doi:10.1016/j.pcl.2012.05.015. PMID 22857844.
  11. ^ Caga-anan EC, Thomas AJ, Diekema DS, Mercurio MR, Adam MR (8 September 2011). Clinical Ethics in Pediatrics: A Case-Based Textbook. Cambridge University Press. m/s. 43. ISBN 978-0-521-17361-2. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 January 2016.
  12. ^ Krieger JN (May 2011). "Male circumcision and HIV infection risk". World Journal of Urology. 30 (1): 3–13. doi:10.1007/s00345-011-0696-x. PMID 21590467.
  13. ^ Siegfried, N; Muller, M; Deeks, JJ; Volmink, J (2009). Siegfried, Nandi (penyunting). "Male circumcision for prevention of heterosexual acquisition of HIV in men". Cochrane Database of Systematic Reviews (2): CD003362. doi:10.1002/14651858.CD003362.pub2. PMID 19370585.
  14. ^ "WHO and UNAIDS announce recommendations from expert consultation on male circumcision for HIV prevention". World Health Organization. March 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-03-12.
  15. ^ Kim, Howard H; Li, Philip S; Goldstein, Marc (November 2010). "Male circumcision: Africa and beyond?". Current Opinion in Urology. 20 (6): 515–9. doi:10.1097/MOU.0b013e32833f1b21. PMID 20844437.
  16. ^ Sharma, SC; Raison, N; Khan, S; Shabbir, M; Dasgupta, P; Ahmed, K (12 December 2017). "Male Circumcision for the Prevention of HIV Acquisition: A Meta-Analysis". BJU International. 121 (4): 515–526. doi:10.1111/bju.14102. PMID 29232046.
  17. ^ "Male circumcision and human papillomavirus infection in men: a systematic review and meta-analysis". J. Infect. Dis. 204 (9): 1375–90. November 2011. doi:10.1093/infdis/jir523. PMID 21965090.
  18. ^ Rehmeyer C, CJ (2011). "Male Circumcision and Human Papillomavirus Studies Reviewed by Infection Stage and Virus Type". J Am Osteopath Assoc. 111 (3 suppl 2): S11–S18. PMID 21415373.
  19. ^ American Academy of Pediatrics Task Force on Circumcision (2012). "Technical Report". Pediatrics. 130 (3): e756–e785. doi:10.1542/peds.2012-1990. ISSN 0031-4005. PMID 22926175. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-09-20.
  20. ^ American Academy of Pediatrics Task Force on Circumcision (2012). "Technical Report". Pediatrics. 130 (3): e756–e785. doi:10.1542/peds.2012-1990. ISSN 0031-4005. PMID 22926175. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-09-20.
  21. ^ Lissauer T, Clayden G (October 2011). Illustrated Textbook of Paediatrics, Fourth edition. Elsevier. m/s. 352–353. ISBN 978-0-7234-3565-5. Although routine neonatal circumcision is still common in some Western countries such as the USA, the arguments generally used to justify on medical grounds have been discredited and no national or international medical association currently advocates routine neonatal circumcision.
  22. ^ Yuan, Tanwei; Fitzpatrick, Thomas; Ko, Nai-Ying; Cai, Yong; Chen, Yingqing; Zhao, Jin; Li, Linghua; Xu, Junjie; Gu, Jing (April 2019). "Circumcision to prevent HIV and other sexually transmitted infections in men who have sex with men: a systematic review and meta-analysis of global data". The Lancet Global Health. 7 (4): e436–e447. doi:10.1016/S2214-109X(18)30567-9. ISSN 2214-109X. PMID 30879508.
  23. ^ Weiss, HA; Larke, N; Halperin, D; Schenker, I (2010). "Complications of circumcision in male neonates, infants and children: a systematic review". BMC Urol. 10: 2. doi:10.1186/1471-2490-10-2. PMC 2835667. PMID 20158883.Weiss, HA; Larke, N; Halperin, D; Schenker, I (2010). "Complications of circumcision in male neonates, infants and children: a systematic review". BMC Urol. 10: 2. doi:10.1186/1471-2490-10-2. PMC 2835667. PMID 20158883.{{cite journal}}: CS1 maint: unflagged free DOI (link)
  24. ^ a b Weiss, HA; Larke, N; Halperin, D; Schenker, I (2010). "Complications of circumcision in male neonates, infants and children: a systematic review". BMC Urol. 10: 2. doi:10.1186/1471-2490-10-2. PMC 2835667. PMID 20158883.
  25. ^ Selekman, Rachel; Copp, Hillary (2020). "Urologic Evaluation of the Child". Dalam Partin, Alan (penyunting). Campbell Walsh Wein Urology (ed. 12th). Elsevier. m/s. 388–402. ISBN 9780323672276.
  26. ^ The American Academy of Pediatrics Task Force on Circumcision "Technical Report" (2012) addresses sexual function, sensitivity and satisfaction without qualification by age of circumcision. Sadeghi-Nejad et al. "Sexually transmitted diseases and sexual function" (2010) addresses adult circumcision and sexual function. Doyle et al. "The Impact of Male Circumcision on HIV Transmission" (2010) addresses adult circumcision and sexual function. Perera et al. "Safety and efficacy of nontherapeutic male circumcision: a systematic review" (2010) addresses adult circumcision and sexual function and satisfaction.
  27. ^ Morris, BJ; Krieger, JN (November 2013). "Does male circumcision affect sexual function, sensitivity, or satisfaction?--a systematic review". The Journal of Sexual Medicine. 10 (11): 2644–57. CiteSeerX 10.1.1.693.6628. doi:10.1111/jsm.12293. PMID 23937309.
  28. ^ "Male circumcision: Global trends and determinants of prevalence, safety and acceptability" (PDF). World Health Organization. 2007. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2015-12-22.
  29. ^ Weiss, HA; Larke, N; Halperin, D; Schenker, I (2010). "Complications of circumcision in male neonates, infants and children: a systematic review". BMC Urol. 10: 2. doi:10.1186/1471-2490-10-2. PMC 2835667. PMID 20158883.
  30. ^ "Neonatal and child male circumcision: a global review" (PDF). World Health Organization. 2010. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2016-01-18. Dicapai pada 12 April 2015.
  31. ^ a b c d e "Male circumcision: Global trends and determinants of prevalence, safety and acceptability" (PDF). World Health Organization. 2007. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2015-12-22.
  32. ^ Owings, Maria. "Products - Health E Stats - Trends in Circumcision Among Male Newborns Born in U.S. Hospitals: 1979–2010". www.cdc.gov. The Centers for Disease Control. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 January 2014. Dicapai pada 1 May 2019.
  33. ^ Doyle D (October 2005). "Ritual male circumcision: a brief history". The Journal of the Royal College of Physicians of Edinburgh. 35 (3): 279–285. PMID 16402509.
  34. ^ "Neonatal circumcision: a review of the world's oldest and most controversial operation". Obstet Gynecol Surv. 59 (5): 379–95. May 2004. doi:10.1097/00006254-200405000-00026. PMID 15097799.
  35. ^ Glass JM (January 1999). "Religious circumcision: a Jewish view". BJUI. 83 Suppl 1: 17–21. doi:10.1046/j.1464-410x.1999.0830s1017.x. PMID 10349410.
  36. ^ "Circumcision". Columbia Encyclopedia. Columbia University Press. 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-09-24.
  37. ^ Clark M (10 March 2011). Islam For Dummies. John Wiley & Sons. m/s. 170. ISBN 978-1-118-05396-6. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 January 2016.