Besilam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Besilam
Negara Indonesia
ProvinsiSumatera Utara
KabupatenLangkat
KecamatanPadang Tualang

Besilam atau Desa Besilam ialah sebuah kampung yang terletak di Kecamatan Padang Tualang, Kabupaten Langkat, Provinsi Sumatera Utara, Indonesia. Jarak Desa Besilam dari Bandar Medan ialah sekitar 65 kilometer.[1]

Kampung ini ialah pusat pengamalan tarekat Naqsyabandiah yang dipimpin oleh seorang tuan guru bergelar Tuan Guru Babussalam.[2]

Etimologi[sunting | sunting sumber]

Secara etimologi, "besilam" bermaksud pintu kebajikan, berasal dari perkataan arab Babussalam (Arab: باب السلام).

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kampung ini diasaskan oleh Tuan Guru Syeikh Abdul Wahab Rokan sebagai perkampungan pengamalan tarekat Naqsyabandiyah. Abdul Wahab mendirikan dan mengembangkan tarekat tersebut di kampung ini sekitar tahun 1883, setelah berguru dengan Syeikh Sulaiman Zuhdi di Jabal Abu Qubais, Mekah dan mendapat perkenan melalui ijazah dan baiah untuk diamalkan dan disebarkan ke tanah kelahirannya.[3]

Kemudahan dan tempat penting[sunting | sunting sumber]

  • Masjid Besilam
  • Makam Syeikh Abdul Wahab Rokan[4]
  • Pesantren Tarekat Naqsyabandiyah Khalidiyah Rokaniyah
  • Sekolah Dasar Negeri Besilam[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Nupin, Iswadi Syahrial. "Wisata Religi di Masjid Azizi dan Besilam". www.goodnewsfromindonesia.id (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2023-12-07.
  2. ^ developer, mediaindonesia com. "Zikmal Fuad, Tuan Guru Babussalam yang Baru". mediaindonesia.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2023-12-07.
  3. ^ Marydha, Azrin. "Terpilih, Khalifah Zikmal Jadi Tuan Guru Babussalam yang Baru". Medan Pos (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2023-12-07.
  4. ^ "Makam Pendiri Pesantren Ramai Dikunjungi Peziarah". Republika Online (dalam bahasa Indonesia). 2012-01-07. Dicapai pada 2023-12-07.
  5. ^ Rois Ashari (9 Mac 2023). "Langkat Membanggakan! Ini 25 Sekolah Dasar (SD) Terbaik di Kabupaten Langkat Tahun 2023 Akreditasi A". Cilacap Update. Dicapai pada 8 Disember 2023.