Biniku Ninja
| Biniku Ninja | |
|---|---|
| Genre | Drama Cinta Keluarga |
Berdasarkan daripada | Biniku Ninja karya Azlan Andi |
| Ditulis oleh | Azlan Andi |
| Pengarah | Syed Fariz |
Dibintangi oleh | |
| Lagu pembukaan | "Mengelamun" oleh Lah Ahmad & Altimet |
| Lagu penutup | "Mengelamun" oleh Lah Ahmad & Altimet |
| Negara asal | Malaysia |
| Bahasa | Bahasa Malaysia |
| Bilangan episod | 27 |
| Penerbitan | |
| Tempoh siaran | 19–22 minit |
Syarikat penerbitan | Aanomalous Films |
| Penyiaran | |
| Saluran asal | Astro Oasis Astro Maya HD |
| Siaran asal | 29 Mei 2017 – 26 Julai 2017 |
| Kronologi | |
| Mengikuti | Jadikan Aku Yang Kedua |
| Diikuti oleh | Kisah Dari Mekah |
Biniku Ninja ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2017 arahan Syed Fariz. Dibintangi oleh Ungku Hariz dan Jihan Muse. Siri drama ini memulakan tayangan perdana di Slot Raihana, Astro Oasis bermula 29 Mei 2017 menggantikan Jadikan Aku Yang Kedua. [1]
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Mengisahkan Azlan berasal dari keluarga susah yang akhirnya berjaya merantau ke UK setelah mendapat tawaran menyambung ijazah dalam aliran seni.
Azlan telah berjumpa dengan seorang gadis niqabis bernama Sabatini, semasa terlibat dalam aktiviti persatuan pelajar. Selepas 3 minggu Azlan kemudian menikahi gadis tersebut dan perkara itu membuka kisah kehidupan nikah muda mereka yang mencabar.
Sebagai pasangan yang gemar mengembara, mereka mengembara ke negara-negara asing selain kemelut yang dilandai mereka sepanjang mereka hidup berdikari diluar negara.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]Pelakon utama
[sunting | sunting sumber]- Ungku Hariz sebagai Azlan
- Jihan Muse sebagai Sabatini
Pelakon pembantu
[sunting | sunting sumber]- Mark Adam sebagai Andi
- Zain Hamid sebagai Tuan Syed Kalis
- Aida Khalida sebagai Ibu Sabatini
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Drama Biniku Ninja". MyInfotaip. 28 Mei 2017.