Pergi ke kandungan

Blued

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Blued
Pembuat asalGeng Le
Pelancaran pertama2012; 12 tahun yang lalu (2012)
Versi terkini/stabil2.8.16 (14 Mac 2019)
Sistem pengendalianiOS
Android
PelantarAndroidiOS
Tersedia dalamInggeris, Sepanyol, Perancis, Portugis, Itali, Indonesia, Jepun, Korea, Thai, Vietnam, Chinese (Tradisional dan Ringkas)
JenisOnline datingaplikasi mudah alih
GenreRangkaian sosial
Pautan berkaitan
Tapak webBlued.com
Pautan lainTwitter: blued Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Blued merupakan aplikasi rangkaian sosial bagi golongan gay yang terbesar di dunia.[1] Dilancarkan pada 2012 di China, aplikasi ini kini mempunyai lebih 40 juta pengguna di seluruh dunia di 193 negara. Aplikasi ini tersedia pada platform Android dan iOS.[2] Ciri-cirinya termasuk profil disahkan, kemudahan penyiaran langsung, garis masa dan ruang sembang berkumpulan. Pada 2016, aplikasi itu bernilai 600 juta dolar.[3]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Selama 12 tahun, Geng Le (juga dikenali sebagai Ma Baoli), seorang pegawai polis berkahwin di utara China, secara rahsia menjalankan laman web Danlan, sebuah laman web bagi golongan gay. Pada 2012, apabila pegawai atasannya menemui laman web itu, Geng Le kehilangan keluarga dan pekerjaannya. Komited terhadap usaha penghalalan hubungan sejenis di China, Le mencipta Blued, aplikasi rangkaian sosial gay China yang pertama.

Kini, Blued menggaji lebih 200 kakitangan di ibu pejabatnya di Beijing, China, dan baru-baru ini telah membuka pejabat baharu di London, UK dan India untuk meninjau perkembangan pesat aplikasi di luar negara. Dalam tempoh empat tahun, Blued telah menjadi rangkaian sosial gay terbesar di dunia dengan lebih 27 juta pengguna berdaftar.[3][4]

Mengulas mengenai perkongsian global antara Blued dan Hornet, presiden Hornet Sean Howell mengisytiharkan: "Aplikasi-aplikasi gay telah berkembang sejak beberapa tahun lalu untuk melibatkan pengguna yang lebih terperap, yang menuntut pengalaman mudah alih yang lebih menyeluruh".[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Social app Blued's beta version has reached the UK". December 21, 2016. Dicapai pada December 22, 2016.
  2. ^ "Blued - Official Website (EN)".
  3. ^ a b Hernández, J.C. (December 16, 2016). "Building a Community, and an Empire, With a Gay Dating App in China". New York Times. Dicapai pada December 22, 2016.
  4. ^ "Blued - Official Website (CN)". Dicapai pada December 22, 2016.
  5. ^ McCormick, Joseph Patrick (December 18, 2016). "Gay dating apps Hornet and Blued enter global partnership". Dicapai pada December 22, 2016 – melalui pinknews.co.uk.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]