Gay

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Kata adjektif gay dalam Bahasa Inggeris biasanya menggambarkan orientasi seksual seseorang, sebagai istilah piawai bagi homoseksual. Dalam penggunaan awal, perkataan ini bermaksud "ceria", "gembira", atau "terang", namun kini penggunaan sebegini tidak lagi biasa. Kadangkala Gay juga merujuk kepada persamaan antara orang homoseksual, seperti dalam "sejarah gay", konsep ideologi budaya gay seperti dalam "muzik gay" atau "sensibiliti gay" yang tidak tepat. Perkataan gay kadangkala digunakan untuk merujuk kepada cinta sama jantina, seperti dalam "perkahwinan gay", walaupun penggunaan ini tidak digalakkan oleh sesetengah penyokong LGBT: sebab asasnya adalah kerana penggunaan ini tidak termasuk orang yang biseksual dan yang transjantina tetapi juga lesbian yang kebanyakan mereka menolak tanda yang menjadikan mereka sebagai subset lelaki, dan juga lelaki gay. Sementara gay dipakai dalam sesetengah konteks kepada kesemua homosexual, istilah lesbian adalah khusus jantina: ia digunakan khusus bagi mengambarkan wanita gay. Kadang-kala gay digunakan hanya merujuk kepada lelaki homosexual.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]