Bobby Gonzales

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Bobby Gonzales
Maklumat peribadi
Nama penuhBobby Gonzales
Tarikh lahir (1984-02-15) 15 Februari 1984 (umur 35)
Tempat lahirKunak, Sabah, Malaysia[1]
Ketinggian1.74 m (5 ka 9 in)
Posisi permainanPenyerang
Maklumat kelab
Kelab terkiniPerak FA
Nombor-
Kerjaya remaja
2001Pasukan kebangsaan Malaysia bawah 17 tahun
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
2003–2008Sabah FA40(20)
2009Brunei DPMM FC0(0)
2009KL PLUS FC14(4)
2009–2010Sabah FA35(15)
2011Sarawak FA (pinjaman)[2]21(16)
2012Sabah FA9(2)
2012Sarawak FA (pinjaman)[3]6(1)
2013Sarawak FA35(28)
2014PDRM FA21(6)
2015Perak FA-(-)
Pasukan kebangsaan
2003–2004Malaysia Bawah 193(4)
2013–Malaysia3(0)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 4 Ogos 2014.

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 4 Ogos 2014

Bobby Gonzales (lahir pada 15 Januari, 1984) merupakan seorang pemain bola sepak Malaysia yang berasal dari Sabah.[4] Terkini, beliau bermain untuk pasukan Perak dalam Liga Super Malaysia sebagai penyerang. Dia pernah mewakili Malaysia pada kejohanan Sekolah-Sekolah Asia pada tahun 2001.

Kerjaya bola sepak[sunting | sunting sumber]

Sabah FA[sunting | sunting sumber]

Bobby memulakan kerjaya bola sepaknya bersama Sabah. Dia membuat penampilan sulung dalam perlawanan menentang Terengganu pada 2003.[5] Dia juga bermain pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2003.

Pada musim 2007/08, Bobby muncul selaku penjaring terbanyak Sabah bersama-sama dengan André Scotti Ossemer dengan 13 gol.[6]

Brunei DPMM FC[sunting | sunting sumber]

Pada musim 2009, Bobby berhijrah ke Brunei dan menyertai DPMM Brunei.[7] Tetapi DPMM terpaksa menarik diri dari saingan liga.

KL PLUS FC[sunting | sunting sumber]

Dia kemudian ditawarkan kontrak oleh KL PLUS.[8]. Dia membuat penampilan sulung bersama KL PLUS dalam perlawanan menentang Terengganu dan menjaringkan gol pertamanya buat KL PLUS dalam jarak 25 meter.[9] Namun akibat kecederaan, Bobby terpaksa berehat panjang dan hanya kembali semasa kejohanan Piala Malaysia 2009.

Sabah FA[sunting | sunting sumber]

Setelah kontraknya tamat dengan KL Plus, Bobby kembali bermain untuk Sabah dalam Liga Perdana Malaysia 2010. Dia digugurkan dari skuad Sabah setelah liga tamat.[10]

Sarawak FA[sunting | sunting sumber]

Dia menyertai Sarawak untuk Liga Perdana Malaysia 2011.[11]

Dari Sarawak FA ke Sabah FA[sunting | sunting sumber]

Pada musim 2012, Bobby telah menyertai semula pasukan Sabah FA.

Kembali ke Sarawak FA[sunting | sunting sumber]

Bobby kembali semula ke Sarawak FA pada tahun 2013.

PDRM FA[sunting | sunting sumber]

Selepas dilepaskan oleh Sarawak FA pada akhir tahun 2013, Bobby menyertai PDRM FA dengan kontrak setahun.[12]

Perak FA[sunting | sunting sumber]

Bobby menyertai Perak FA dengan kontrak selama setahun dan akan beraksi di Liga Super Malaysia 2015.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Pasukan[sunting | sunting sumber]

Sarawak FA

Rujukan[sunting | sunting sumber]