Kunak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Daerah Kunak
Mercu Tanda Kunak
Mercu Tanda Kunak
Jata Daerah Kunak
Lokasi Daerah Kunak
Negara Malaysia
Negeri Sabah
BahagianBahagian Tawau
Pusat PentadbiranPekan Kunak
Kerajaan
 • BadanMajlis Daerah Kunak
 • Pegawai DaerahEn. Juraimin Haji Jadil
 • DUNYang Berhormat Puan Norazlinah Binti Arif (GRS-GAGASAN) (Kunak)
Keluasan
 • Jumlah1,134 km2 (438 batu persegi)
Penduduk
 (2010)
 • Jumlah61,094
Zon waktuUTC+8 (WPM)
Daerah KejirananLahad Datu dan Semporna
Nombor platST (1980-2018)
SW (2018-)
SD
Laman sesawangww2.sabah.gov.my/pd.knk/


Kunak ialah sebuah Daerah yang terletak di Bahagian Tawau, Sabah, Malaysia. Pada mulanya, Kunak ditadbir di bawah Pejabat Daerah Lahad Datu tetapi mencapai status sebagai sebuah daerah penuh pada 1 Jun 1981.[1]

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Pejabat Daerah Kunak

Daerah Kunak terbahagi kepada dua mukim iaitu Mukim Pangi dan Mukim Madai. Mukim Pangi mengandungi 20 buah kampung, manakala mukim Madai 11 buah kampung.

Senarai kampung[sunting | sunting sumber]

No Mukim di Kunak Kampung Penduduk Kawasan
1 Mukim Pangi
  1. Kampung Airport Bt. 10
  2. Kampung Cenderawasih
  3. Kampung Getah
  4. Kampung Giram
  5. Kampung Hampilan
  6. Kampung Jaya Baru
  7. Kampung Kadazan
  8. Kampung Kansuri
  9. Kampung Mostyn
  10. Kampung Pangi
  11. Kampung Pangi Hujung
  12. Kampung Pengkalan
  13. Kampung Sapang Air
  14. Kampung Selamat iban
  15. Kampung Skim Kokos
  16. Kampung Sungai Atas
  17. Kampung Sungai Langgas
  18. Kampung Telaga Tujuh
  19. Kampung Kasnuri
  20. Kampung Sapang Hujung
2 Mukim Madai
  1. Kampung Asli Baru
  2. Kampung Buang Sayang
  3. Kampung Cina
  4. Kampung Dasar Baru
  5. Kampung Dasar Lama
  6. Kampung Kabog
  7. Kampung Kunak Darat
  8. Kampung Kunak Jaya
  9. Kampung Kunak Kecil
  10. Kampung Kunak Tiga
  11. Kampung Lormalong
  12. Kampung Madai
  13. Kampung Pangkalan Madai
  14. Kampung Simpang Empat
  15. Kampung Ulu Madai


Terdapat skim penempatan semula bagi penduduk Kepulauan Cocos yang terletak beberapa kilometer dari Kunak dan berhampiran Giram Minyak Sawit Tanah[1] (Sime Darby Berhad).

Kemudahan awam[sunting | sunting sumber]

Jeti A terletak kira-kira lima kilometer dari bandar yang bernama Pengkalan Kunak. Sebatang jalan tunggal dibarisi oleh kedai papan (mungkin setinggan) membawa kepada jeti dan pasar basah.

Pada tahun 2002, sebuah hospital kerajaan 76 katil talah dibina di bandar tersebut. Pada masa yang sama, sebatang lebuh raya baharu menghubungkan Kunak ke bandar Semporna juga telah dibuka.[2][1]

Jalan Kunak-Semporna

Sekolah[sunting | sunting sumber]

Terdapat tiga buah sekolah menengah utama di Kunak iaitu SMK Kunak Jaya, SMK Kunak dan SMK Madai. Kunak juga mempunyai beberapa sekolah kebangsaan seperti SRJK Cina (C) Pai Sheng , SK Kunak 1, SK Kunak Jaya dan SK Ladang Binuang.

Demografi[sunting | sunting sumber]

Masjid Nurul Iman, Masjid Daerah Kunak

Bilangan penduduk Daerah Kunak pada tahun 2000 seramai 24,907 lalu meningkat seramai 61,094 pada tahun 2010. Etnik utama di daerah ini ialah etnik Bajau, Suluk, Bugis, Melayu Cocos, Kadazan dan bumiputera yang Lain. Terdapat juga kaum Cina yang berniaga di bandar dan menanam kelapa sawit.[1]

Statistik Banci Penduduk dan Perumahan bagi daerah Kunak mengikut Banci Penduduk & Perumahan Malaysia tahun 2000 menyatakan bilangan rumah kediaman ialah 5,372 buah dengan bilangan rumah kosong sebanyak 1,029. Jumlah keseluruhan rumah ialah 6,402 buah.[perlu rujukan]

Agama Islam merupakan agama utama dan tertua yang dianuti oleh penduduk Daerah Kunak, walaupun begitu terdapat juga agama minoriti kecil yang lain seperti Kristian dan Buddha.

Ekonomi[sunting | sunting sumber]

Kilang milik IOI

Sektor pertanian merupakan aktiviti utama bagi daerah Kunak. Kira-kira 80,000 hektar kawasan tanah di daerah Kunak sesuai untuk aktiviti pertanian. Terdapat lebih kurang 120 estet (100 ekar ke atas) di daerah Kunak. Mengikut laporan daripada Jabatan Pertanian,[bila?] tanah seluas 72,272.75 hektar telah ditanami dengan kelapa sawit, koko, kelapa, dan tanaman-tanaman kontan lain. Antara syarikat besar yang mempunyai estet di daerah ini ialah Golden Hope, IOI, Guthrie, Taiko dan Mycom. Kebanyakan syarikat besar ini berkecimpung dalam bidang penanaman kelapa sawit. Syarikat-syarikat ini memiliki lebih 70 peratus daripada tanaman kelapa sawit di daerah Kunak.[perlu rujukan]

Koko[sunting | sunting sumber]

Penanaman koko secara komersial telah bermula sejak tahun 1960-an. Bagaimanapun, tanaman koko tidak lagi dianggap tanaman penting pada hari ini. Banyak estet telah menebang pokok koko untuk diganti dengan tanaman kelapa sawit. Sebab utama yang mendorong kepada pengurangan tanaman koko adalah dari segi penjagaan yang mana tanaman koko memerlukan tenga buruh yang ramai yang menyebabkan kos pemeliharaan meningkat. Pada hari ini,[bila?] keluasan tanaman koko di daerah Kunak ialah lebih kurang 11455.06 hektar sahaja dan kebanyakan daripada ladang koko dipunyai oleh individu dan pekebun-pekebun kecil. Hasil koko dijual ke bandar Tawau di mana terdapat kilang memproses biji koko. [perlu rujukan]

Perikanan[sunting | sunting sumber]

Perikanan merupakan salah satu aktiviti ekonomi harian yang penting bagi penduduk daerah Kunak. Aktiviti menangkap ikan boleh dikatakan[nyatakan menurut siapa?] telah menjadi satu tradisi bagi penduduk bumiputera tempatan yang kebanyakan menetap di pesisiran pantai. Mereka ini menjalankan kegiatan menangkap ikan untuk dijual di pasar untuk kehidupan harian. Jumlah pengeluaran yang dilaporkan di pasar harian daerah ialah 438 tan metrik (rekod Jabatan Perikanan). Jumlah nelayan yang direkodkan Jabatan Perikanan di daerah ini ialah lebih kurang 1200 orang. Manakala nelayan sambilan ialah 350 orang, jumlah bot yang ada di daerah ini ialah 254 buah. Selain daripada nelayan tempatan, daerah ini juga mempunyai 2 buah syarikat iaitu Thai Chia Marine dan Lucky Ocean yang beroperasi secara komersial dalam industri perikanan. Kedua-dua syarikat ini mengusahakan kilang baja ikan secara komersil. Kedua-dua syarikat ini mempunyai kapasiti pengeluaran 9840 tan metrik setahun. Jumlah pengeluaran baja ikan pada tahun 1997 dan 1998 ialah 4332 tan metrik. Kesemua baja ikan digunakan dalam negeri (Pengeluaran Hasil-Hasil Laut Daerah Kunak 1995 - 2000).

Galeri[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d "Places of Interest in Kunak" [Tempat yang Menarik di Kunak]. www.eTawau.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-03-06. Dicapai pada 7 Mac 2018. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  2. ^ "Projek Terdahulu". Laman Web Rasmi Pejabat Daerah Kunak. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-03-06. Dicapai pada 7 Mac 2018. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]