Boleh dimakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
A Number of the Best Edible Fungi, gambaran dari The Encyclopedia of Food oleh Artemas Ward, 1923

Benda yang boleh dimakan atau dapat dimakan ialah mana-mana benda yang selamat bagi manusia untuk dimakan. "Boleh dimakan" (edible) berlainan daripada "termakankan" (eatable) lantaran ia tidak menunjukkan bagaimana rasa benda tersebut, hanya sama ada ia sesuai untuk dimakan atau tidak. Benda tak beracun yang dijumpai di alam semula jadi – macam sesetengah cendawan, serangga, rumpai laut, dan seterusnya – dirujuk sebagai boleh dimakan. Benda berproses yang umumnya tidak diinges namun dibuat khusus untuk hal ini, seperti pakaian dalam boleh dimakan atau pembungkus boleh dimakan, turut dilabel sebagai boleh dimakan.[1]

Benda makan dari alam[sunting | sunting sumber]

Manusia memakan ribuan spesies tumbuhan; boleh ada sebanyak 75,000 spesies angiosperma yang boleh dimakan, yang mana mungkin 7,000 daripadanya kerap dimakan.[2]

Tumbuhan makan yang dijumpai di alam semula jadi termasuklah bunga, benih, beri, rumpai laut, dan kaktus. Mampu mengenal pasti jenis tumbuh-tumbuhan yang selamat untuk dimakan adalah kemahiran hidup yang penting.[3] Beberapa kulat, termasuk jenis cendawan tertentu, turut sesuai dimakan.

Kebanyakan binatang pun boleh dimakan, termasuk ternakan domestik begitu juga serangga, amfibia, reptilia, burung dan mamalia liar.[4] Penyokong bagi peningkatan penyantapan serangga makan menyebutkan manfaat persekitaran bagi kemampuan untuk meningkatkan lebih banyak makanan menggunakan tanah yang lebih sedikit sambil menghasilkan pelepasan rumah hijau yang lebih rendah. Lebih dari 1,900 spesies serangga telah dicatatkan digunakan sebagai makanan, termasuk semut dan larva kumbang dalam diet beberapa puak Afrika dan Australia, dan kumbang dan belalang juta goreng rangup dinikmati sebagai makanan jalanan di sebahagian Thailand.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Usage Notes: Putting 'Edible' and 'Eatable' on the Table". Merriam-Webster. 30 Disember 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 December 2020. Dicapai pada 22 Disember 2020.
  2. ^ Şerban, Procheş; Wilson, John R. U.; Vamosi, Jana C.; Richardson, David M. (1 Februari 2008). "Plant Diversity in the Human Diet: Weak Phylogenetic Signal Indicates Breadth". BioScience. 58 (2): 151–159. doi:10.1641/B580209. Dicapai pada 21 Julai 2023.
  3. ^ Department of the Army (23 Jun 2009). The Complete Guide to Edible Wild Plants. Skyhorse Publishing. ISBN 9781626369825. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 March 2023. Dicapai pada 19 Mac 2023.
  4. ^ Adi, Annis Catur; Andrias, Dini Ririn; dll. (2020). "The potential of using wild edible animals as alternative food sources among food-insecure areas in Indonesia". Journal of Health Research. 34 (3): 247–257. doi:10.1108/JHR-07-2019-0156. S2CID 212411553.
  5. ^ Van Huis, Arnold; Van Itterbeeck, Joost; dll. (2013). "Edible insects: future prospects for food and feed security". Food and Agriculture Organization of the United Nations. 171. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Disember 2020. Dicapai pada 22 Disember 2020.