Benih

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Anak benih jenis monokot (kiri) dan dikot (kanan).

Benih atau anak benih merujuk kepada tumbuhan muda (anak) yang berkembang daripada biji benih. Tahap awal dalam perkembangan tumbuh-tumbuhan ini dikenali sebagai percambahan dan dianggap amat penting dalam kehidupan tumbuhan. Ia terdiri daripada tiga bahagian, iaitu radikel (akar embrio), hipokotil (batang embrio) dan kotiledon (daun benih). Tumbuhan jenis berbunga pula dibahagikan mengikut bilangan dedaun embrionya, iaitu monokotiledon (monokot), yang memiliki kotiledon jenis bilah, dikotiledon (dikot) yang mempunyai dua helai daun berbentuk bulat, multikotiledon (multikot), yang memiliki lebih daripada dua daun embrio, selain akotiledon (akot) yang langsung tidak berdaun.


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.