Bonsai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bonsai dipamerkan di atas kerusi - terdapat pengairan titisan automatik di pasu.
Acer buergerianum dibentuk seperti naga

Bonsai (Jepun: 盆栽, lit.'tanaman bekas')[1] ialah suatu seni menggubah pokok miniatur dalam bekas pasu hiasan menyerupai pokok besar melalui penyimpanan spesies pokok tertentu di dalam pasu yang bersaiz kecil, mengawal tumbesarannya serta mengoleh pangkas bentuk semula jadi susunan dahan, ranting, daun dan juga banirnya mengikut gaya yang dikehendaki.[1] Teknik ini tidaklah melibatkab pemandulan pokok mahupun penggunaan hormon kerana ia langsung tidak melibatkan pengubahsuaian genetik sesuatu pokok terbabit. Ketinggian bonsai biasanya antara 120-140 sentimeter dan jika melebihi ukuran ini, ia tidak lagi dianggap pokok bonsai tetapi dikelaskan sebagai pokok hiasan.[2]

Seni ini dibentuk daripada seni penjing[3][4] yang diperkenalkan kepada masyarakat Jepun melalui para pelajar dan isi istana diraja yang melawat tanah besar China pada abad ke-6.[5] Meskipun seni bonsai sering dikaitkan dengan masyarakat Cina, kini sudah semakin ramai peminat bonsai di kalangan masyarakat bukan Cina yang turut aktif menceburi seni ini, malahan ada juga yang pernah menerima pengiktirafan dalam beberapa pertandingan peringkat kebangsaan.[6][7]

Klasifikasi saiz[sunting | sunting sumber]

Tidak semua sumber bersetuju untuk menyatakan saiz tepat atau skala untuk sesuatu bonsai itu, tapi konsep skala ini memang telah berhasil dan berguna untuk penanaman dan pemahaman estatik pokok bonsai. Sesuatu gambar bonsai bagi pemerhati ia tidak dapat memberikan tanggapan sebenar saiz pokok tersebut, maka katalog pameran dan komersial bonsai yang disertakan dapat melengkapkan penerangan saiz bonsai (lihat jadual di bawah) itu secara umum. Kelas saiz termasuklah tinggi dan berat pokok tersebut dalam pasunya.

Untuk saiz yang terbesar, satu amalan Jepun yang terkenal ialah dengan menamakan pokok tersebut "dua-tangan", "empat-tangan" dan seterusnya, berdasarkan keperluan pekerja untuk mengubah pokok dan pasu itu. Pokok-pokok ini mungkin mempunya berdozen dahan dan ranting dan seakan-akan rupa satu saiz pokok betul. Pokok yang terbesar digelar "imperial", yang dinamakan selepas pokok-pokok berpasu di Istana Maharaja Jepun.

Nama biasa untuk kelas saiz bonsai[8]
Bonsai besar
Common name Size class Dimensions
Bonsai imperial Lapan-tangan 60–80 in (152–203 cm)
Hachi-uye Enam-tangan 40–60 in (102–152 cm)
Dai Empat-tangan 30–48 in (76–122 cm)
Omono Empat-tangan 30–48 in (76–122 cm)
Bonsai saiz sederhana
Nama biasa Kelas saiz Dimensi
Chiu Dua-tangan 16–36 in (41–91 cm)
Chumono Dua-tangan 16–36 in (41–91 cm)
Katade-mochi Dua-tangan 10–18 in (25–46 cm)
Bonsai miniatur
Nama biasa Kelas saiz Dimensi
Komono Satu-tangan 6–10 in (15–25 cm)
Mame Satu-tangan 5–8 in (13–20 cm)
Shohin Saiz tapak tangan 2–6 in (5–15 cm)
Shito Saiz jari 2–4 in (5–10 cm)
Keshitsubo Saiz biji popi 1–3 in (3–8 cm)

Bentuk dasar[sunting | sunting sumber]

Pokok bonsai mungkin kelihatan sama pada pandangan orang biasa tetapi tidak bagi golongan yang mahir dengan seni bonsai ini. Setiap bonsai memiliki ciri-ciri yang berbeza dan gaya tersendiri yang membuatkannya unik. Masyarakat Cina dan Jepun sangat gemar membuat klasifikasi bonsai walaupun terdapat pelbagai jenis gaya yang telah dicipta sebelum nama-nama khas diberikan. Artis bonsai pada mulanya mereka bentuk pokok ini dan kemudian pemerhati telah mengumpulkannya dalam kategori yang boleh dikenal pasti bagi memudahkan rujukan dilakukan. Gaya bonsai telah dirangka pada dasarnya untuk memudahkan peminat merujuk berdasarkan kepelbagaian gaya bonsai berbanding menerangkannya secara terperinci. Kalsifikasi gaya bonsai ini adalah berdasarkan bilangan batang atau pokok dalam komposisi bonsai. Umumnya gaya asas bonsai ini terbahagi kepada tiga jenis iaitu gaya batang tunggal, gaya batang berganda dan gaya pokok berganda atau pokok berkumpulan.

Jenis gaya Ilustrasi Sebenar
Tegak Lurus (Jepun: 直幹, Hepburn: Chokkan)
  • Salah satu gaya yang paling biasa dan paling sukar untuk dihasilkan. Batang pokok tegak menghala ke atas dan tirus. Bentuknya boleh digambarkan sebagai bentuk segi tiga atau bentuk kon.

Tegak Berkelok-kelok (Jepun: 模様木, Hepburn: Moyogi)
  • Gaya bonsai yang paling popular. Bonsai ini mempunyai batang yang tirus ke atas, tetapi batang tersebut tidak menegak sepenuhnya dan bentuknya tidak simetri - malah membengkok seperti bentuk 'S'.

Sapu Terbalik (Jepun: 箒立ち, Hepburn: Hōkidachi)
  • Gaya sapu terbalik ini juga sering dilihat di alam semula jadi dan dianggap klasik. Batang bonsai ini menegak dan tersusun seakan bentuk penyapu yang berkipas dan terbalik. Gaya ini paling sesuai untuk pokok-pokok berdaun luruh dengan format bercabang halus.

Condong (Jepun: 斜幹, Hepburn: Shakan)
  • Gaya ini memperlihatkan pokok yang sangat condong malah lebih condong daripada gaya bonsai tegak lurus. Batang bonsai seharusnya tirus ke puncak dan boleh menjadi lurus (formal) atau berkelok-kelok (informal) tetapi perlu membesar pada sudut tirus dari tanah.

Tertiup Angin (Jepun: 吹流し, Hepburn: Fukiganashi)
  • Batang dan dahan-dahan pokok yang terdedah kepada tiupan angin akan menyerong ke satu arah sahaja dan sering luntur putih akibat kandungan garam dalam udara. Gaya ini melambangkan daya ketahanan tinggi terhadap rintangan.

Melata (Jepun: 懸崖, Hepburn: Kengai)
  • Gaya melata atau menjurai ini diinspirasikan daripada pokok-pokok yang tumbuh di kawasan tebing dan celahan batu. Gaya ini tidak boleh direka dengan hanya membengkokkan anak pokok setebal pensil dari tepi pasu yang tinggi kerana pokok-pokok ini tidak akan berjaya menjadi pokok bonsai yang lata. Gaya ini mempunyai kepala pokok yang pendek dan berbentuk kon dan mesti mempunyai batang yang agak tebal yang melengkung ke bawah serapat mungkin dengan titik mula ia keluar dari pasu.

Separa Melata (Jepun: 半懸崖, Hepburn: Hankengai)

Batang Kembar (Jepun: 懸幹, Hepburn: Sokan)
  • Gaya ini melibatkan dua batang yang bercabang bermula dari pangkal pokok. Ketinggian kedua-dua batang ini tidak boleh sama, agar tidak kelihatan pelik. Kebiasaannya satu batang akan lebih pendek berbanding batang yang satu lagi. Walaupun pokok ini mempunyai dua batang, secara keseluruhannya ia berbentuk kon.

Batang Banyak (Jepun: 多幹, Hepburn: Takan)

Kelompok (Jepun: 寄せ植え, Hepburn: Yos-ue)
  • Salah satu gaya bonsai yang kelihatan seperti persekitaran semula jadi hutan tetapi ia memerlukan penjagaan dan perhatian yang lebih dan paling sukar untuk dibentuk. Gaya ini memerlukan penanaman banyak pokok dalam coran semula jadi yang berperingkat bermula dengan pokok yang paling tinggi di tengah-tengah dan pokok yang kecil ditanam di sekeliling pokok tinggi pada ketinggian yang semakin berkurangan ke arah rim.

Akar Atas Batu

Tumbuh Dalam Batu

Menonjolkan Akar (Jepun: 根上り, Hepburn: Neagari)

Batang Bergelung (Jepun: 蟠幹, Hepburn: Bankan)

Pohon Sasterawan (Jepun: 文人木, Hepburn: Bunjinki)

Pemilihan pokok sebagai bonsai[sunting | sunting sumber]

Hasil seni bonsai yang cantik dan menarik sangat bergantung kepada kesesuaian jenis pokok yang dipilih untuk dijadikan bonsai. Sesetengah pokok sememangnya berasa dari Malaysia atau sekitar Asia Tenggara. Selain itu ada juga sebilangannya merupakan spesies pokok dari benua Amerika, Eropah dan Afrika. Tidak kira mana asalnya pokok berkenaan, yang paling penting ialah keserasiannya untuk hidup subur dalam persekitaran iklim di tempat ia dijaga. Antara ciri-ciri penting yang perlu ada pada pokok untuk dijadikan bonsai ialah tahan lasak, mempunyai jangka hayat yang panjang, berdaun kecil, serta muda serasi dengan persekitarannya.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Rohaya, T. (2010) Kenali Seni Bonsai. Shah Alam: Alaf 21 Sdn Bhd.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Gustafson, Herbert L. (1995). Miniature Bonsai. Sterling Publishing Company, Inc. m/s. 9. ISBN 0-8069-0982-X.
  2. ^ Norainon Othman (8 April 2012). "Nilai artistik bonsai". Harian Metro.
  3. ^ Taylor, Patrick (2008). The Oxford companion to the garden (ed. 2nd). Oxford: Oxford University Press. m/s. 53. ISBN 978-0-19-955197-2.
  4. ^ Keswick, Maggie; Oberlander, Judy; Wai, Joe (1991). In a Chinese Garden: The Art and Architecture of the Dr. Sun Yat-Sen Classical Chinese Garden. Vancouver: Raincoast Book Dist Ltd. m/s. 59. ISBN 978-0-9694573-0-5.
  5. ^ Yoshimura, Yuji (1991). "Modern Bonsai, Development Of The Art Of Bonsai From An Historical Perspective, Part 2". International Bonsai (4): 37.
  6. ^ Nadia Hamid (1 April 2012). "Aura bonsai". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-04-02. Dicapai pada 2012-04-02.
  7. ^ "Minat seni bonsai". Utusan Malaysia. 9 April 2010. Dicapai pada 12 April 2012.
  8. ^ Gustafson, m/s 18

Pautan luar[sunting | sunting sumber]