Brown House, Munich

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Bangunan Brown House, 1935

Brown House atau Rumah Warna Perang (Bahasa Jerman: Braunes Haus) adalah ibu pejabat kebangsaan Parti Nasional Sosialis (Nationalsozialistische Deutsche Arbeiterpartei) di Jerman.

Rumah batu yang sangat besar ini, bertempat di 45 Brienner Strasse di Munich, Bavaria, telah dinamakan sempena warna pakaian seragam parti.

Menjelang tahun 1930, ibu pejabat parti di Schellingstrasse 50 adalah terlalu kecil (jumlah pekerja bertambah dari empat orang kepada 50 orang pada tahun 1925). Pada April 1930, Elizabeth Stefanie Barlow (balu William Barlow, seorang peniaga borong berbangsa Inggeris) menawarkan Istana Barlow (dibina pada 1828) untuk dijual kepada Franz Xaver Schwarz, bendahari parti. Perjanjian jualbeli telah ditandatangani pada 26 Mei, dengan harga jualan 805,864 marks. Dana untuk pengubahsuaian ibu pejabat parti telah disediakan oleh usahawan Fritz Thyssen. Rumah tersebut ditukar daripada villa bandar kepada bangunan pejabat oleh arkitek Paul Troost. Beliau dan Adolf Hitler juga menghiasinya semula mengikut gaya berat dan anti moden. Ia dibuka pada 1 Januari 1931. Adolf Hitler menggantung potret bersaiz sebenar Henry Ford di sebelah mejanya di Brown House semenjak Ford dan Adolf Hitler mengkagumi pencapaian masing-masing.

Hitler mengekalkan sebuah pejabat di Brown House, begitu juga Hans Frank, Heinrich Himmler, Hermann Goering, Rudolf Hess, Philipp Bouhler, dan Franz Xaver Schwarz. Juga disimpan di sana ialah Blutfahne, atau "bendera berdarah" atau "panji-panji berdarah." Ini merupakan bendera Nasional Sosialis yang dibawa di depan demonstrasi semasa Beer Hall Putsch 1923. Apabila polis Munich melepaskan tembakan kearah perarakan, ia telah terpercik dengan darah orang yang tercedera dan menjadi relik suci Parti Nasional Sosialis.

Brown House telah mengalami kerosakan pada Oktober 1943 dan musnah sepenuhnya dalam satu serangan bom udara Bersekutu pada penghujung Perang Dunia II. Runtuhan tersebut telah dibersihkan pada tahun 1947, meninggalkan tapak yang kosong.

Pada Disember 2005,kerajaan Bavaria mengumumkan bahawa tapak tersebut bakal menjadi tempat NS-Dokumentationszentrum (Pusat Dokumentasi Sejarah Nasional Sosialisme).

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Kasher, Stephen. The Art of Adolf Hitler. MIT Press, 1992.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Koordinat: 48°08′43″N 11°34′03″E / 48.14528°N 11.56750°E / 48.14528; 11.56750