Anlage Süd
Anlage Süd (bahasa Inggeris: Installation South , makna harfiah: "Pangkalan Selatan") adalah dua ibu pejabat kereta api yang dibina untuk Adolf Hitler di selatan Jajahan Nazi Poland sewaktu Perang Dunia Kedua. Dua terowong bertetulang dibina berhampiran landasan keretapi di antara Rzeszów ke Jasło. Sebuah bunker terletak di kampung Stępina (45 km dari barat daya Rzeszów di 49°52′18.58″N 21°35′19.04″E / 49.8718278°N 21.5886222°E), sebuah lagi bertempat di bandar Strzyżów (30 km dari barat daya Rzeszów di 49°52′13.31″N 21°48′40.96″E / 49.8703639°N 21.8113778°E). Ia pada mulanya digunakan untuk mesyuarat dua hari antara Hitler dan pemimpin Fasis Itali, Benito Mussolini, pada 27–28 Ogos 1941.
Bunker
[sunting | sunting sumber]Kedua-dua terowong kereta api sepanjang 480 meter di Stępina dan Strzyżów telah dibina oleh Organisasi Todt menggunakan buruh paksa Poland dari kem-kem tahanan yang berdekatan. Tempat-tempat perlindungan telah dibina dengan 8.3 meter (27 ka) lebar dan 12 meter (39 ka) tinggi berserta dinding konkrit bertetulang 2 meter (6 ka 7 in) tebal.
Terowong tersebut dikelilingi oleh berek-berek, kakitangan kubu, dan menara pengawal. Bangunan lain telah digunakan untuk operasi, pentadbiran dan penyelenggaraan. Di dalam setiap terowong kalis bom, terdapat rel kereta api dan platform. Pintu gerbang terowong telah dilindungi oleh dua sayap pintu perisai dengan lubang menembak untuk pengawal. Rel dibina khas menghubungkan terowong dengan kereta api Rzeszów-Jaslo.
Kegunaan
[sunting | sunting sumber]Selepas ibupejabat tersebut siap pada musim panas tahun 1941, Hitler melawat buat pertama kali pada 27 Ogos untuk bermesyuarat dengan Mussolini. Kedua-dua pemimpin tiba dengan kereta api. Kereta api Hitler (Jerman: Führersonderzug ) menunggu di bunker di Strzyżów manakala enjin dan gerabak Mussolini berada di Stępina. Mesyuarat sebenar untuk membincangkan peperangan dengan Soviet Rusia, yang berlangsung selama beberapa jam, telah diadakan di atas kereta api Hitler, yang mana beliau tidak pernah keluar. Keesokan harinya, kereta api itu adalah yang pertama bertolak.
Hitler melawat semula bunker tersebut sekali lagi dengan keretapi pada Oktober 1941. Pelawat ternama lain yang menggunakan Anlage Süd termasuklah Reichsführer-SS Heinrich Himmler, Fil Marsyal Wilhelm Keitel dan Jeneral Erwin Rommel.
Menjelang musim panas tahun 1944 kemudahan tersebut ditinggalkan kerana kemaraan Soviet. Apabila Rusia menawan terowong tersebut pada Ogos 1944 mereka menggunakan ia sebagai hospital medan.
Selepas perang, bunker Stępina telah digunakan untuk pengeluaran cendawan. Hari ini ia menjadi muzium.