Budaya di Pulau Pinang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

55% daripada penduduk Pulau Pinang adalah berbangsa Cina.Ini bermakna Pulau Pinang adalah satu-satunya negeri di dalam Malaysia yang majoritinya berbangsa Cina. Selain itu terdapat 33% kaum Melayu yang sebahagian besarnya terdapat di Seberang Perai dan Barat Daya Pulau Pinang. Juga terdapat 11% kaum India.

Di Pulau Pinang, terdapat beberapa jenis teater tradisional seperti Menora Pulau Pinang dan Boria. Selain itu, Pulau Pinang juga merupakan tempat kelahiran teater tradisional Bangsawan yang kini semakin popular dan berkembang ke seluruh Semenanjung Malaysia hingga ke Sumatera, Indonesia.

Masyarakat Cina di Pulau Pinang juga popular dengan persembahan yang dikenali sebagai Chin Gay.