Pergi ke kandungan

Bunga kemboja

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Bunga kemboja
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Genus:
Plumeria

Spesies

Lihat teks

Sinonim[2]
  • Plumieria Scop.

Bunga kemboja, kemoja, semboja atau bunga kubur ialah sejenis bunga dalam genus tumbuhan berbunga Plumeria dalam keluarga Apocynaceae terdiri daripada 19 spesies.[1][2] Spesies-spesies genus ini tumbuh asli di kawasan tropika Karibia, Mexico dan Amerika Selatan,[3] pokok bunga kemboja dibawa ke Asia Tenggara dari pulau-pulau Filipina dan Ternate yang dijajah Empayar Sepanyol pada abad ke-17.[4]:356

Bunga kemboja (Jawi: کمبوج) umum dipakai kepada spesies tertentu iaitu Plumeria rubra.[5]:32 Ia juga diberi nama sebagai bunga kamboja di Sumatera[6]:76 dan kemoja (Jawi: کموج) di Kedah.[7] Nama bunga ini tidak diperkenalkan dari Kemboja, tetapi ia dinamakan kerana asalnya dari tempat asing.[4]:356

Nama semboja (Jawi: سموج) digunakan di Jawa.[6]:76

Bunga ini juga diberi nama cempaka biru (Jawi: چمڤاک بيرو) dan cempaka mulia (Jawi: چمڤاک مليا).[7]

Taksonomi

[sunting | sunting sumber]

Nama genus Plumeria diberikan daripada Charles Plumier, seorang rahib Katolik dan ahli botani Perancis abad ke-17 yang mengembara ke Dunia Baru mendokumentasikan banyak spesies tumbuhan dan haiwan.[4]

Saiz pokok ini besar. Ia berbatang lembut yang berwarna kelabu dan mempunyai banyak cabang, ia mengeluarkan getah putih yang boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit.[5][8]

Pokok kemboja mula berbunga pada awal musim panas sampai musim luruh. Bunga-bunga pokok muncul pada tangkai di hujung dahan.[5] Sekuntum bunga terdiri daripada sari salut berbentuk tiub 3-10.2 sm panjang yang pecah menjadi lima kelopak bulat dan berlilin. Kelopak-kelopak ini berwarna merah menyala, kuning, putih kekuning-kuningan, atau jingga.[8][3]

Bunga kemboja mempunyai bau yang sangat harum seperti campuran bunga melur dan limau untuk menarik perhatian rama-rama Sphingidae, ia tidak mengeluarkan nektar.[9]

Buahnya keras dan merekah sehingga terbelah mengeluarkan biji benih yang nipis bersayap.[5][3]

Dalam budaya

[sunting | sunting sumber]

Bunga ini selalu dikaitkan dengan kawasan perkuburan di Malaysia, Indonesia dan Filipina.[10][4]:356-357 Ia juga dikenali sebagai Cempaka Kubur. Oleh yang demikian pokok bunga kemboja jarang ditanam di halaman-halaman rumah.

Di beberapa pulau Pasifik seperti Tahiti, Fiji, Samoa, Hawaii, New Zealand, Tonga, dan Kepulauan Cook, bunga-bunga spesies kemboja digunakan untuk membuat kalungan lei.[11] Bunga ini dipakai kaum wanita Polinesia untuk menunjukkan status pertalian: bunga dipakai di telinga kanan menunjukkan mereka yang mahu mencari pasangan, bunga di telinga kiri menunjukkan mereka yang sudah berpunya.[12]

  1. 1 2 "Genus: Champa L." Germplasm Resources Information Network. United States Department of Agriculture. 14 Mac 2003. Dicapai pada 8 September 2010.
  2. 1 2 "Plumeria Tourn. ex L." Plants of the World Online. Royal Botanic Gardens, Kew. 2022. Dicapai pada 17 Februari 2022.
  3. 1 2 3 Eggli, Urs (2002). Albers, Focke (penyunting). Illustrated Handbook on Succulent Plants. 5: Dicotyledons. Springer. m/s. 16. ISBN 978-3-540-41966-2.
  4. 1 2 3 4 Zumbroich, Thomas Josef (Disember 2013). "'Plumerias the Color of Roseate Spoonbills' - Continuity and transition in the symbolism of Plumeria L. in Mesoamerica". Ethnobotany Research and Applications. 11: 341–363. ISSN 1547-3465.
  5. 1 2 3 4 Hean Chooi Ong (2006). Tanaman hiasan: khasiat makanan & ubatan. Kuala Lumpur, Malaysia: Utusan Publications. m/s. 32, 86–87. ISBN 9789676118929.
  6. 1 2 Wijayakusuma, H. M. Hembing (2000). Ensiklopedia Milenium Tumbuhan Berkhasiat Obat Indonesia. 1: Bunga-bungaan. Jakarta, Indonesia: Prestasi Insan Indonesia. m/s. 76-79. ISBN 979-9157-18-8.
  7. 1 2 Wilkinson, Richard James (1932). "kĕmboja". A Malay-English dictionary (romanised). I. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 550 melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
  8. 1 2 Mahr, Susan (2023). "Plumeria". Wisconsin Horticulture. Universiti Wisconsin-Madison. Dicapai pada 18 Februari 2023.
  9. Haber, William A. (1984). "Pollination by Deceit in a Mass-Flowering Tropical Tree Plumeria rubra L. (Apocynaceae)". Biotropica. 16 (4): 269–275. doi:10.2307/2387935. JSTOR 2387935.
  10. Bautista, Norby (22 April 2015). "The summer blooming of the Kalachuchi". Manila Bulletin. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Mei 2015. Dicapai pada 19 Disember 2015.
  11. Jones, Jay (22 April 2008). "Hawaii keeps the lei-making tradition alive". Los Angeles Times.
  12. "Proper Way of Wearing Hawaiian Flowers". Dicapai pada 27 Januari 2024.