Tulip

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Bunga tulip)

Tulip
Lalah
Bunga-bunga tulip di Canberra, Australia tahun 2005
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Tulipa

Spesies jenis
Tulipa × gesneriana
Subgenus
  • Clusianae
  • Orithyia
  • Tulipa
  • Eriostemones
Diversiti
Kira-kira 75 spesies
Taburan bunga Tulipa: asli (merah) dan diperkenalkan (kuning)
Sinonim[1]
Senarai
  • * Orithyia D.Don
  • * Liriactis Raf.
  • * Liriopogon Raf.
  • * Podonix Raf.
  • * Eduardoregelia Popov

Tulip atau lalah ialah sejenis bunga dalam genus tumbuhan berbunga Tulipa yang mempunyai sekurang-kurangnya 100 spesies dalam keluarga Liliaceae.[1] Spesies-spesies tulip boleh didapati dari kawasan selatan dan tengah Eropah, utara Afrika, Anatolia, Iran, timur ke timur-laut China di Asia.[2]:281

Penamaan[sunting | sunting sumber]

Nama tulip (Jawi: توليڤ) diserapkan daripada Belanda: tulp, perkataan ini dipinjamkan daripada Bahasa Turki Uthmaniyah: دلبند(لاله‎)‎ tulbend(lale) yang bermaksud "(bunga) serban"[3] kerana bentuk bunga ini yang menyerupai serban dipakai lelaki Kesultanan Uthmaniyah, nama ini juga diberikan kepada nama genus Tulipa yang datang daripada bahasa Latin.[2]:285

Nama lalah (Jawi: لاله)[4] dipinjamkan daripada Parsi: لاله‎‎, rumi: lâla.[perlu rujukan]

Botani[sunting | sunting sumber]

Daun-daun pokok tulip tumbuh daripada batang dan disusun berselang-seli, kebanyakan spesies tulip tumbuh 2 hingga enam helai daun sebatang. Sehelai daun pokok tulip panjang dan berwarna hijau kebiruan dengan permukaan yang licin.[5][2]

Bunga[sunting | sunting sumber]

Tulip

Bunga tulip berbentuk cawan terdiri daripada enam kelopak, tiga kelopak luar berbentuk bujur penuh dan berwarna-warni membentuk lingkaran luar manakala tiga kelopak yang sumbing di atas membentuk lingkaran dalam.[6]

Spesies terpilih[sunting | sunting sumber]

Budaya[sunting | sunting sumber]

Bunga tulip ialah lambang kesyahidan di Iran[7] dan dimasukkan pada bendera kebangsaannya.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Tulipa L". Plants of the World Online. Taman Botani Diraja, Kew. 2023. Dicapai pada 15 November 2023.
  2. ^ a b c Christenhusz, Maarten J.M.; Govaerts, Rafaël; David, John C.; Hall, Tony; Borland, Katherine; Roberts, Penelope S.; Tuomisto, Anne; Buerki, Sven; Chase, Mark W.; Fay, Michael F. (Jun 2013). "Tiptoe through the tulips – cultural history, molecular phylogenetics and classification of Tulipa (Liliaceae)". Botanical Journal of the Linnean Society. 172 (3): 280–328. doi:10.1111/boj.12061.
  3. ^ Philippa, M.; Debrabandere, F.; Quak, A.; Schoonheim, T.; Sijs, N. van der, penyunting (2009). "tulp (bloem van het geslacht Tulipa)". Etymologisch Woordenboek van het Nederlands. Amsterdam – melalui EtymologieBank.
  4. ^ van Eysinga, Philippus Pieter Roorda (1824). "Tulp". Nederduitsch en Maleisch woordenboek, onder goedkeuring en begunstiging der Hooge Regering van Nederlandsch Indië / Kitāb loghat ya’îtu kitāb mengatākan bahāsa nederland dān bahāsa melāyū. Batavia: Ter Landsdrukkerij. m/s. 381.
  5. ^ King, Michael (2005). Gardening with Tulips. Portland, Oregon, Amerika Syarikat: Timber Press. m/s. 164. ISBN 978-0-88192-744-3.
  6. ^ Pollan, Michael (2002). The Botany of Desire. New York, Amerika Syarikat: Random House. m/s. 95. ISBN 0-375-76039-3.
  7. ^ "Beauty unbound: Flowers in Iranian culture". Tehran Times. 15 January 2012. Dicapai pada 16 November 2023.