Pergi ke kandungan

Tulip

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Tulip
Lalah
Bunga-bunga tulip di Canberra, Australia tahun 2005
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Tulipa

Spesies jenis
Tulipa × gesneriana
Subgenus
  • Clusianae
  • Orithyia
  • Tulipa
  • Eriostemones
Diversiti
Kira-kira 75 spesies
Taburan bunga Tulipa: asli (merah) dan diperkenalkan (kuning)
Sinonim[1]
Senarai
  • * Orithyia D.Don
  • * Liriactis Raf.
  • * Liriopogon Raf.
  • * Podonix Raf.
  • * Eduardoregelia Popov

Tulip atau lalah ialah sejenis bunga dalam genus tumbuhan berbunga Tulipa yang mempunyai sekurang-kurangnya 100 spesies dalam keluarga Liliaceae.[1] Spesies-spesies tulip boleh didapati dari kawasan selatan dan tengah Eropah, utara Afrika, Anatolia, Iran, timur ke timur-laut China di Asia.[2]:281

Nama tulip (Jawi: توليڤ) diserapkan daripada Belanda: tulp, perkataan ini dipinjamkan daripada Turki Uthmaniyah: دلبند(لاله‎)‎ tulbend(lale) yang bermaksud "(bunga) serban"[3] kerana bentuk bunga ini yang menyerupai serban dipakai lelaki Kesultanan Uthmaniyah, nama ini juga diberikan kepada nama genus Tulipa yang datang daripada bahasa Latin.[2]:285

Nama lalah (Jawi: لاله)[4] dipinjamkan daripada Parsi: لاله‎‎, rumi: lâla.[perlu rujukan]

Daun-daun pokok tulip tumbuh daripada batang dan disusun berselang-seli, kebanyakan spesies tulip tumbuh 2 hingga enam helai daun sebatang. Sehelai daun pokok tulip panjang dan berwarna hijau kebiruan dengan permukaan yang licin.[5][2]

TSari kuntum bunga tulip

Sekuntum bunga tulip atau lalah berbentuk cawan terdiri daripada dua lingkaran kelopak; lingkaran luar dicantumkan daripada tiga kelopak berbentuk bujur penuh dan berwarna-warni, manakala tiga kelopak sumbing di atas bercantum membentuk lingkaran dalam.[6]

Spesies terpilih

[sunting | sunting sumber]

Hubungan dengan manusia

[sunting | sunting sumber]

Bunga tulip ialah lambang kesyahidan di Iran[7] dan dipaparkan pada bendera kebangsaannya.[8]

Corak bunga tulip didapati pada perhiasan kain, jubin dan pinggang mangkuk dalam Empayar Uthmaniyah.[9][10]

  1. 1 2 "Tulipa L". Plants of the World Online. Taman Botani Diraja, Kew. 2023. Dicapai pada 15 November 2023.
  2. 1 2 3 Christenhusz, Maarten J.M.; Govaerts, Rafaël; David, John C.; Hall, Tony; Borland, Katherine; Roberts, Penelope S.; Tuomisto, Anne; Buerki, Sven; Chase, Mark W.; Fay, Michael F. (Jun 2013). "Tiptoe through the tulips – cultural history, molecular phylogenetics and classification of Tulipa (Liliaceae)". Botanical Journal of the Linnean Society. 172 (3): 280–328. doi:10.1111/boj.12061.
  3. Philippa, M.; Debrabandere, F.; Quak, A.; Schoonheim, T.; Sijs, N. van der, penyunting (2009). "tulp (bloem van het geslacht Tulipa)". Etymologisch Woordenboek van het Nederlands. Amsterdam melalui EtymologieBank.
  4. van Eysinga, Philippus Pieter Roorda (1824). "Tulp". Nederduitsch en Maleisch woordenboek, onder goedkeuring en begunstiging der Hooge Regering van Nederlandsch Indië / Kitāb loghat ya’îtu kitāb mengatākan bahāsa nederland dān bahāsa melāyū. Batavia: Ter Landsdrukkerij. m/s. 381.
  5. King, Michael (2005). Gardening with Tulips. Portland, Oregon, Amerika Syarikat: Timber Press. m/s. 164. ISBN 978-0-88192-744-3.
  6. Pollan, Michael (2002). The Botany of Desire. New York, Amerika Syarikat: Random House. m/s. 95. ISBN 0-375-76039-3.
  7. "Beauty unbound: Flowers in Iranian culture". Tehran Times. 15 January 2012. Dicapai pada 16 November 2023.
  8. Nada, Garrett (23 April 2013). "Politics and Art of Iran's Revolutionary Tulips". The Iran Primer. Institut Keamanan Amerika Syarikat. Dicapai pada 28 Februari 2025.
  9. Ali Tüfkeçi (13 April 2021). "Tulip: The flower lending its name to an Ottoman period". Daily Sabah.
  10. Christenhusz, Maarten J.M.; Govaerts, Rafaël; David, John C.; Hall, Tony; dll. (2013). "Tiptoe through the tulips – cultural history, molecular phylogenetics and classification of Tulipa (Liliaceae)". Botanical Journal of the Linnean Society. 172 (3): 280–328. doi:10.1111/boj.12061.