Pergi ke kandungan

Burung Hantu Punggur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Burung Hantu Punggur
Burung Hantu Punggur di Kakegawa Kacho-en, Kakegawa, Shizuoka, Jepun
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
S. leptogrammica
Nama binomial
Strix leptogrammica
Temminck, 1831

Burung Hantu Punggur (bahasa Inggeris: Brown Wood Owl) ialah sejenis burung hantu yang terdapat di Asia Selatan, dari India dan Sri Lanka ke Indonesia barat dan China selatan. Nama sainsnya Strix leptogrammica.[2]

Burung hantu ini boleh digolongkan dalam dua famili utama, iaitu:

  • famili Strigidae yang merupakan kumpulan burung hantu yang lebih besar. Oleh sebab kumpulan ini merangkumi kebanyakan burung hantu, kumpulan ini juga dikenali sebagai "burung hantu tipikal";
  • famili Tytonidae.

Burung Hantu Punggur ialah burung hutan yang jarang ditemui. Burung ini bersarang di dalam lubang pokok atau pada batang pokok bercabang, dan menghasilkan dua biji telur.

Ciri-ciri fizikal

[sunting | sunting sumber]
S. l. ochrogenis di Welimada, Sri Lanka

Burung Hantu Punggur mempunyai saiz yang sederhana, antara 45 dan 57 sentimeter. Bahagian atasnya berwarna coklat tua yang rata, dengan bintik-bintik putih yang kelam pada bahunya, manakala bahagian bawahnya berwarna kuning pucat dengan jalur coklat.

Bulatan muka burung ini, yang tidak mempunyai bulatan sepusat, berwarna coklat atau seakan-akan merah, dengan tepi yang putih. Matanya berwarna coklat tua, dan lehernya mempunyai jalur yang putih. Kedua-dua jantina mempunyai ciri-ciri yang sama.

Spesies ini amat nokturnal tetapi burung hantu ini sering dapat dikesan oleh burung-burung kecil yang mengerumuninya sewaktu burung ini bertenggek di atas pokok. Burung ini makan mamalia yang kecil, burung, dan reptilia. Bunyi burung hantu ini hoohoohoohoohoohoo atau pekikan yang kuat.

  1. ^ BirdLife International (2012). "Strix leptogrammica". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN Versi 2013.2. Kesatuan Pemuliharaan Alam Sekitar Antarabangsa. Dicapai pada 26 November 2013.CS1 maint: ref=harv (link)
  2. ^ ENAKMEN-ENAKMEN YANG BERKAITAN DENGAN PEMULIHARAAN DI SABAH, 1) Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997[pautan mati kekal]
  • Burung-burung India oleh Grimmett, Inskipp dan Inskipp, ISBN 0-691-04910-6.
  • Grimmett, Richard; Inskipp, Carol, Inskipp, Tim & Byers, Clive (1999): Birds of India, Pakistan, Nepal, Bangladesh, Bhutan, Sri Lanka, and the Maldives. Princeton University Press, Princeton, N.J.. ISBN 0-691-04910-6
  • Holt, Denver W., Berkley, Regan; Deppe, Caroline; Enríquez Rocha, Paula L.; Olsen, Penny D.; Petersen, Julie L.; Rangel Salazar, José Luis; Segars, Kelley P. & Wood, Kristin L. (1999): 96. Brown Wood Owl. In: del Hoyo, J.; Elliott, A. & Sargatal, J. (eds): Handbook of Birds of the World, Volume 5: Barn-owls to Hummingbirds: 197-198, plate 12. Lynx Edicions, Barcelona. ISBN 84-87334-25-3