Burung helang Haast

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Burung helang Haast
Julat zaman: Late Pleistocene–Holocene
Harpagornis moorei skull.jpg
Foto dan pemulihan tengkorak
Status pemuliharaan
Pupus  (kk. 1400)
Pengelasan saintifik e
Takson tidak dikenali (baiki): Harpagornis
Spesies: H. moorei
Nama binomial
Harpagornis moorei
Haast, 1872

Burung helang Haast (Harpagornis moorei) ialah sejenis burung helang yang terbesar yang pernah hidup dan antara pemangsa yang paling utama dalam ekosistemnya. Burung ini tinggal di Pulau Selatan New Zealand, di mana tiada lagi pemangsa yang besar. Burung ini biasanya diterima sebagai legenda Pouakai dalam bangsa Maori.[1]

Ukuran besarnya dijelaskan sebagai tindak balas evolusi terhadap saiz mangsanya, burung moa yang tidak boleh terbang, yang terbesar dapat mencecah hingga 230 kg (510 lb).[2] Helang Haast telah pupus sekitar 1400, selepas moa diburu oleh Maori pertama.[3]

Bukti fosil menunjukkan bahawa kawasan-kawasan di mana burung helang Haast tinggal telah dilitupi dengan hutan dan pokok-pokok kecil, serta di padang rumput pada dataran banjir sungai. Kedatangan orang-orang di New Zealand mendatangkan kesan-kesan yang malang bagi burung ini. Pada tahun 1400 Masihi, kebanyakan habitat hutan yang digunakan telah dimusnahkan oleh kebakaran, dan sebahagian burung Moa yang besar dan tidak boleh terbang yang ia makan telah diburu hingga ke tahap kepupusan.

Burung ini telah pupus setelah kepupusan burung moa. Hal ini disebabkan burung moa adalah sumber makanan utama kepada burung helang Haast manakala akibat ketamakan masyarakat Mᾶori yang tiba pada tahun 1300, burung Moa diburu sehingga pupus pada tahun 1400.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Giant eagle (Aquila moorei), Haast's eagle, or Pouakai. Museum of New Zealand: Te Papa Tongarewa. Retrieved 27 October 2010.
  2. ^ Davies, S. J. J. F. (2003)
  3. ^ Perry, George L.W.; Wheeler, Andrew B.; Wood, Jamie R.; Wilmshurst, Janet M. (2014-12-01). "A high-precision chronology for the rapid extinction of New Zealand moa (Aves, Dinornithiformes)". Quaternary Science Reviews. doi:10.1016/j.quascirev.2014.09.025. Dicapai 2014-12-22. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]