Trias

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Zaman Trias
252.2–201.3 juta tahun dahulu
Purata kandungan O2 atmosfera selama tempoh zaman c. 16 vol %
(80 % daripada aras moden)
Purata kandungan CO2 atmosfera selama tempoh zaman c. 1750 ppm
(6 kali aras pra-perindustrian)
Purata suhu permukaan selama tempoh zaman c. 17 °C
(3 °C di atas aras moden)


Zaman Trias merupakan zaman ketujuh skala masa geologi Bumi, iaitu era pertama Zaman Mesozoik. Zaman ini bermula 250 dan berakhir kira-kira 203 juta tahun dahulu. Zaman ini dikenali dengan dua kepupusan besar-besaran berlaku sebelum (kepupusan Zaman Permian - Trias) dan selepas (kepupusan akhir Zaman Trias). Selain itu, pemisahan benua menyebabkan perubahan besar pada persekitaran. Lautan luas Panthalassa mengelilingi Pangaea. Ia dikatan lebih luas daripada gabungan semua lautan zaman sekarang.

Etimologi[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1834, ahli geologi Jerman, Friedrich August von Alberti menamakan zaman ini sempena tiga lapisan geologi yang wujud dalam deposit enapan di seluruh bahagian utara Eropah.

Benua[sunting | sunting sumber]

Peta Pangaea

Semasa Zaman Trias, satu-satunya tanah di Bumi ini adalah superbenua Pangaea. Ia terletak di garisan khatulistiwa menyambungkan Kutub Utara dan Kutub Selatan. Laut kecil yang terpisah mewujudkan benua Amerika Utara dan Eropah. Selain itu, Laut Tethys menenggelamkan sebahagian besar benua Eropah. Semasa pertengahan Zaman Trias, bentuk muka bumi moden beransur-ansur kelihatan jelas menunjukkan perpecahan superbenua Pangaea.

Disebabkan daratan Pangaea yang luas, angin daripada laut tidak dapat membawa kelembapan ke bahagian lebih dalam. Oleh itu, bahagian tengah Pangaea adalah gurun. Jika dibandingkan dengan kawasan geologi lain, iklim kawasan ini lebih dan kering. Apabila kawasan yang sebelum ini laut menjadi daratan, haiwan marin kekurangan tempat tinggal. Kawasan persekitaran Pangaea semakin teruk tetapi sesetengah spesies dapat hidup terutamanya haiwan yang mempunyai kekuatan dan membentuk hidupan baru Zaman Trias.

Hidupan[sunting | sunting sumber]

Tumbuhan[sunting | sunting sumber]

Kebanyakan tumbuhan zaman sebelum ini pupus pada Zaman Trias. Tumbuhan malar hijau tumbuh dengan banyak. Paku pakis banyak terdsapat di kawasan berdekatan laut dan kawasan hujan. Semasa Zaman Trias, sikad, konifer dan ginkgoaceae (ginko) menggantikan paku pakis. Ia menjadi tumbuhan paling banyak pada zaman itu. Selain itu, tumbuhan berbunga (angiosperma) mula muncul di zaman ini.

Hidupan lautan[sunting | sunting sumber]

Semasa Zaman Trias, batu karang moden pertama muncul dan membentuk terumbu kecil. Organisma marin prasejarah digantikan dengan ikan jenis Actinopterygii, ikan jerung awal dan ikan pari. Reptilia marin ichthyosaur di Zaman Trias menyesuaikan diri dengan persekitaran dalam air dan berupaya hidup di dalam laut untuk jangka masa lama.

Walaupun banyak spesies pupus semasa kepupusan besar-besaran di akhir Zaman Permian, ada spesies yang kuat berjaya hidup. Malah, berjaya mengharungi kemusnahan dan persekitaran yang lebih sukar menjadi generasi awal hidupan moden. Kepupusan pada akhir Zaman Trias menyebabkan banyak spesies pupus dan lahirnya zaman baru dinosaur.

Dinosaur[sunting | sunting sumber]

Dinosaur mula wujud di Zaman Trias. Walau bagaimanapun, iklim dan persekitaran di Pangaea agak ganjil. Ia tidak cukup untuk membawa dinosaur mengalami evolusi yang berbeza. Oleh itu, hanya terdapat beberapa spesies dinosaur pada zaman ini dan ukurannya lebih kecil berbanding yang muncul selepas itu. Berbagai spesies dinosaur berukuran raksasa awal muncul pada akhir Zaman Trias. Contoh dinosaur pada zaman ini adalah Coelophysis, Staurikosaurus, Herrerasaurus, Mussaurus dan Eoraptor.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  • Kengerian Zaman Trias m/s 33 - 36

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Emiliani, Cesare. (1992). Planet Earth: Cosmology, Geology, & the Evolution of Life & the Environment. Cambridge University Press. (Paperback Edition ISBN 0-521-40949-7)
  • Ogg, Jim; June, 2004, Overview of Global Boundary Stratotype Sections and Points (GSSP's) Stratigraphy.org, Accessed April 30, 2006
  • Stanley, Steven M. Earth System History. New York: W.H. Freeman and Company, 1999. ISBN 0-7167-2882-6
  • Sues, Hans-Dieter & Fraser, Nicholas C. Triassic Life on Land: The Great Transition New York: Columbia University Press, 2010. Series: Critical Moments and Perspectives in Earth History and Paleobiology. ISBN 978-0-231-13522-1
  • van Andel, Tjeerd, (1985) 1994, New Views on an Old Planet: A History of Global Change, Cambridge University Press

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Triassic Footer Templat:Phanerozoic eon