Kambria

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Zaman Kambria merupakan era pertama Zaman Paleozoik. Pada zaman inilah bermulanya berkembangnya hidupan. Bermula 540 dan berakhir sekitar 480 hingga 490 juta tahun dahulu. Zaman Kambria juga dikenali sebagai letupan kambria kerana hampir seluruh hidupan zaman moden muncul dalam era ini.

Benua Zaman Kambria[sunting | sunting sumber]

Pada Zaman Kambria banyak benua ditenggelami air. Benua Rodinia mula terpisah. Permisahan ini menyebabkan peningkatan paras laut. Kira-kira 500 juta tahun dahulu, Laurentia, Baltica dan juga Siberia berada di kawasan khatulistiwa. Super benua Gondwana menjadi benua paling besar pada masa ini meliputi kawasan khatulistiwa hingga kutub selatan.

Apa yang menyebabkan letupan Kambria ?[sunting | sunting sumber]

Sebelum Zaman Kambria , lautan di bumi dipenuhi dengan organisma sel tunggal seperti alga. Ia melepaskan oksigen melalui proses fotosintesis menyebabkan kandungan gas oksigen dalam atmosfera meningkat mendadak. Keadaan ini mendorong pembiakan dan pertumbuhan organisma multisel. Sehinggalah pada zaman Kambria , banyak organisma wujud disebabkan tindak balas berantai oleh kandungan oksigen dalam atmosfera dan perubahan dalam laut.

Adakah organisma hidup di darat pada Zaman Kambria ?[sunting | sunting sumber]

Tiada organisma hidup di darat pada Zaman Kambria. Mungkin terdapat alga dan tumbuhan komposit primitif (liken) tumbuh di kawasan rendah dan lembap. Ini mungkin kerana, struktur sokongan lain dan tulang yang diperlukan untuk hidup di daratan belum berevolusi sepenuhnya.

Bagaimakah organisma hidup di laut ?[sunting | sunting sumber]

Pada Zaman Kambria, terdapat organisma primitif bercangkerang dan bertulang (tetapi tiada bertulang belakang) hidup di dasar laut. Ia menjadikan alga mikro dan bahan organik sebagai makanan. Keadaan laut cetek, suhu panas, kandungan garam dan dan kalsium karbonat yang sesuai membolehkan organisma tersebut membina tulang dan struktur sokongan lain untuk meneruskan hidupan di zaman itu.

Adakah organisma lain sebelum Zaman Kambria ?[sunting | sunting sumber]

Saintis berpendapat banyak organisma wujud sebelum letupan Kambria. Namun tiada fosil ditemui kerana mereka berbadan lembut, tidak mempunyai cangkerang atau tulang dan hidup di dalam air.

Apakah jenis organisma di Zaman Kambria ?[sunting | sunting sumber]

Zaman Kambria adalah zaman lautan. Selain haiwan jenis atropod dan trilobit, anelid, brakiopod, Chordata, moluska dan bunga karang yang hidup pada zaman ini.

Senarai haiwan yang wujud di Zaman Kambria[sunting | sunting sumber]

Pada Zaman Kambria, terdapat banyak haiwan yang wujud pada zaman ini. Jadi senarai yang haiwan yang diketahui.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Ediakaran PaleoproterozoikMesoproterozoik

HadeanArkeanProterozoikFanerozoikPrakambria
Zaman KambriaZaman Ordovisi

Zaman DevonZaman KarbonUsia PermTriasJuraUsia Kapur

PaleozoikMesozoikSenozoikFanerozoik
PalesenEosenOligosenMiosen

PleistosenPaleogenNeogenKuaternerSenozoik
Berjuta-juta tahun