CRISPR

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Cascade (Kompleks berkaitan CRISPR untuk pertahanan antivirus)
Protein Cascade CRISPR (biru kehijauan) terikat pada RNA CRISPR (hijau) and DNA faj (merah)[1]
Pengenal pasti
OrganismaEscherichia coli
SimbolCRISPR
Entrez947229
PDB4QYZ
RefSeq (Prot)NP_417241.1
UniProtP38036
Gelintar
StrukturModel Swiss
DomainInterPro

CRISPR ( /ˈkrispər/ ) (akronim untuk clustered regularly interspaced short palindromic repeats; diterjemahkan dalam bahasa Melayu sebagai "jujukan berulang antara ruang palindromik pendek bergugus tetap") ialah keluarga jujukan DNA yang terdapat pada genom organisma prokariot seperti bakteria dan arkea.[2] Jujukan ini diperoleh daripada serpihan DNA bakteriofaj yang terlebih dahulu telah menjangkiti prokariot tersebut. Ia digunakan untuk mengesan dan memusnahkan DNA daripada bakteria yang serupa semasa jangkitan berikutnya. Oleh itu jujukan ini memainkan peranan penting dalam sistem pertahanan antivirus (iaitu antifaj) pada organisma prokariot dan menyediakan satu bentuk imuniti yang diperolehi.[2][3][4][5] CRISPR ditemui dalam kira-kira 50% daripada genom bakteria terjujuk dan hampir 90% daripada genom arkea terjujuk.[6]

Gambar rajah mekanisme pertahanan antivirus prokariot CRISPR [7]

Cas9 (atau "Protein 9 berkaitan CRISPR") ialah enzim yang menggunakan jujukan CRISPR sebagai panduan untuk mengenali dan membuka untaian DNA tertentu yang menjadi pelengkap kepada jujukan CRISPR. Enzim Cas9 bersama-sama dengan jujukan CRISPR membentuk asas kepada teknologi yang dikenali sebagai CRISPR-Cas9 yang boleh digunakan untuk mengedit gen dalam sel-sel organisma.[8][9] Proses penyuntingan ini mempunyai pelbagai jenis aplikasi termasuk penyelidikan biologi asas, pembangunan produk bioteknologi, dan rawatan penyakit.[10][11] Perkembangan teknik penyuntingan genom CRISPR-Cas9 telah diiktiraf oleh Hadiah Nobel dalam Kimia pada tahun 2020 yang dianugerahkan kepada Emmanuelle Charpentier dan Jennifer Doudna.[12][13]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ PDB: 4QYZ​: Mulepati S, Héroux A, Bailey S (2014). "Crystal structure of a CRISPR RNA–guided surveillance complex bound to a ssDNA target". Science. 345 (6203): 1479–1484. Bibcode:2014Sci...345.1479M. doi:10.1126/science.1256996. PMC 4427192. PMID 25123481.
  2. ^ a b "The roles of CRISPR-Cas systems in adaptive immunity and beyond". Current Opinion in Immunology. 32: 36–41. 2015. doi:10.1016/j.coi.2014.12.008. PMID 25574773.
  3. ^ "What is CRISPR/Cas9?". Archives of Disease in Childhood: Education and Practice Edition. 101 (4): 213–215. August 2016. doi:10.1136/archdischild-2016-310459. PMC 4975809. PMID 27059283.
  4. ^ "CRISPR provides acquired resistance against viruses in prokaryotes". Science. 315 (5819): 1709–1712. March 2007. Bibcode:2007Sci...315.1709B. doi:10.1126/science.1138140. PMID 17379808. |hdl-access= requires |hdl= (bantuan) (pendaftaran diperlukan)
  5. ^ "CRISPR interference limits horizontal gene transfer in staphylococci by targeting DNA". Science. 322 (5909): 1843–1845. December 2008. Bibcode:2008Sci...322.1843M. doi:10.1126/science.1165771. PMC 2695655. PMID 19095942.
  6. ^ "The Biology of CRISPR-Cas: Backward and Forward". Cell. 172 (6): 1239–1259. March 2018. doi:10.1016/j.cell.2017.11.032. PMID 29522745. |hdl-access= requires |hdl= (bantuan)
  7. ^ "CRISPR/Cas, the immune system of bacteria and archaea". Science. 327 (5962): 167–170. January 2010. Bibcode:2010Sci...327..167H. doi:10.1126/science.1179555. PMID 20056882.
  8. ^ "Gene Editing on Center Stage". Trends in Genetics. 34 (8): 600–611. August 2018. doi:10.1016/j.tig.2018.05.004. PMID 29908711.
  9. ^ "CRISPR/Cas9 for genome editing: progress, implications and challenges". Human Molecular Genetics. 23 (R1): R40–6. 2014. doi:10.1093/hmg/ddu125. PMID 24651067.
  10. ^ CRISPR-CAS9, TALENS and ZFNS – the battle in gene editing https://www.ptglab.com/news/blog/crispr-cas9-talens-and-zfns-the-battle-in-gene-editing/
  11. ^ "Development and applications of CRISPR-Cas9 for genome engineering". Cell. 157 (6): 1262–1278. June 2014. doi:10.1016/j.cell.2014.05.010. PMC 4343198. PMID 24906146.
  12. ^ "Press release: The Nobel Prize in Chemistry 2020". Nobel Foundation. Dicapai pada 7 October 2020.
  13. ^ "Nobel Prize in Chemistry Awarded to 2 Scientists for Work on Genome Editing – Emmanuelle Charpentier and Jennifer A. Doudna developed the Crispr tool, which can alter the DNA of animals, plants and microorganisms with high precision". The New York Times. 7 October 2020. Dicapai pada 7 October 2020.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Bank Data Protein[sunting | sunting sumber]