Cabang tentera

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Cabang tentera (juga dipanggil cabang perkhidmatan atau perkhidmatan bersenjata) adalah mengikut standard biasa subbahagian angkatan tentera nasional sesebuah negara berdaulat.

Cabang-cabang[sunting | sunting sumber]

Cabang klasik[sunting | sunting sumber]

Dalam istilah klasik NATO, tiga asas pemerintahan cabang tentera adalah Tentera Darat, Tentera Udara, dan Tentera Laut.[1]

Cabang khusus[sunting | sunting sumber]

Negara yang tidak mempunyai akses ke mana-mana perairan pesisir (brown water), laut wilayah (green water), laut terbuka (blue water) atau apa jua lautan pada umumnya tidak memiliki tentera laut nasional.

Di sesetengan negara mungkin terdapat cabang tentera yang lain. Sebagai tambahan kepada cabang tentera yang disebut diatas, contoh-contohnya ialah:

Lambang sesetengah negara

Sejarah pembangunan[sunting | sunting sumber]

Cabang perkhidmatan berada sejajar dengan kemajuan teknikal ketenteraan dan telah dibangunkan secara kekal. Dengan latar belakang itu, tentera udara ditubuhkan pada awal abad ke-20 sebagai salah satu perkhidmatan bersenjata yang terbaru.

Secara tradisinya tentera darat adalah yang paling tua – dan di kebanyakan negara ia merupakan perkhidmatan bersenjata yang paling besar.

Angkatan bersatu[sunting | sunting sumber]

Angkatan Tentera Kanada ialah angkatan tentera bersatu Kanada. Walaupun ia mempunyai tiga cabang pemerintahan - iaitu Tentera Laut Diraja Kanada, Tentera Darat Kanada dan Tentera Udara Diraja Kanada - ia kekal sebagai perkhidmatan tunggal tentera.

Definisi NATO[sunting | sunting sumber]

Cabang perkhidmatan (juga cabang perkhidmatan tentera atau cabang perkhidmatan bersenjata) merujuk, menurut standard NATO, kepada sesuatu cabang, penggunaan pasukan gabungan atau bahagian-bahagian dari perkhidmatan, dibawah peringkat perkhidmatan, perkhidmatan tentera atau perkhidmatan bersenjata.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ STANAG 2116: NATO Codes for Grades of Military Personnel. NATO. 13 March 1996.
  2. ^ MILITÄRISCHES STUDIENGLOSAR ENGLISCH Teil I, A – K, Bundessprachenamt (Stand Januar 2001), page 226, definition: branch of service.

Templat:Cabang tentera