Carabinieri
Pasukan Carabineer Arma dei carabinieri | |||||
Nama biasa | Carabinieri | ||||
Simbol Kebangsawanan Carabinieri | |||||
Bom tangan berapi (simbol gendarmerie) | |||||
Cogan kata | Nei Secoli Fedele | ||||
"Setia sepanjang abad" | |||||
Gambaran agensi | |||||
---|---|---|---|---|---|
Dibentuk | 13 Julai, 1814 | ||||
Taraf undang2 | Kerajaan: government agency | ||||
Struktur bidang kuasa | |||||
Agensi kebangsaan | Itali | ||||
Sifat umum | |||||
Struktur operasi | |||||
Ibu pejabat | Roma, Itali | ||||
Ahli bersumpah | 117,943 | ||||
Menteri bertanggungjawab | Roberta Pinotti, Menteri Pertahanan | ||||
Eksekutif agensi | Generale di corpo d'armata Leonardo Gallitelli, Comandante generale dell'Arma dei Carabinieri (Komandan Jeneral Pasukan Carabineri) | ||||
| |||||
Tapak Sesawang | |||||
http://www.carabinieri.it | |||||
Carabinieri [ˌkäˑɾäbiˈnjɛːɾi, ka-ra-bi-né-ri] atau Askar Karbin - dalam maksud lain Askar Raifal (bekas Arma dei carabinieri, "Pasukan Carabineer" atau sebelum itu Corpo dei Carabinieri Reali "Kor Carabinier diraja") ialah pasukan polis tentera kebangsaan Itali yang bertanggungjawab mengawasi tentera dan penduduk awam.
Ia pada asalnya ditubuhkan sebagai Pengawal Diraja (Carabinieri Guardie) yang mengawal istana serta melindungi Raja Itali dari sebarang ancaman dan bertindak sebagai pasukan polis Kerajaan Sardinia. Sewaktu proses Penyatuan Itali, ia telah dilantik "Pasukan Pertama" organisasi baru tentera kebangsaan. Walaupun pihak ini banyak terlibat dalam menumpaskan pembangkang politik rejim pemerintahan Benito Mussolini, namun mereka juga dipertanggungjawabkan atas pelemahan kuasa Mussolini sehingga banyak unit diharamkan oleh sekutu Jerman Nazi; hal ini menyebabkan sejumlah besar askar Carabinieri menyertai gerakan pemberontak Itali.
Sejak tahun 2001, ia telah menjadi salah satu dari empat cabang perkhidmatan Angkatan Tentera Itali.
Lihat juga[sunting | sunting sumber]
- Polis tentera
- Kawalan awam keatas tentera
- Gendarmerie
- Angkatan Tentera Itali
- Tentera Darat Itali
- Tentera Laut Itali
- Tentera Udara Itali
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Carabinieri |
- (Inggeris) Official Carabinieri website
- (Itali) Carabinieri Association website