Pergi ke kandungan

Call of Duty: Black Ops

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Call of Duty: Black Ops
PembangunTreyarch
n-Space (DS)
PenerbitActivision
Pereka bentukMark Lamia (pengarah studio), David Vonderhaar (pengarah seni permain berganda)
PenggubahSean Murray
SiriCall of Duty
EnjinIW (en) Terjemah Sunting nilai ini di Wikidata
PelantarMicrosoft Windows, PlayStation 3, Xbox 360, Wii dan Nintendo DS
Dilancarkan pada9 November 2010
GenrePenembak orang pertama
ModPemain tunggal, hibira multipemain, mod kerjasama Sunting nilai ini di Wikidata
Penarafan
ESRB
PEGI
USK
CERO
Anugerah
 British Academy Games Award for GAME Award (en) Terjemah (16 Mac 2011) Sunting nilai ini di Wikidata
Pautan luar
Tapak sesawangcallofduty.com… Sunting nilai ini di Wikidata
Pautan lainIMDB: tt1632479 Sunting nilai ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Call of Duty: Black Ops ialah permainan video penembak orang pertama yang dibangunkan oleh Treyarch, diterbitkan oleh Activision dan telah dikeluarkan pada tarikh 9 November 2010 untuk Microsoft Windows, Xbox 360, PlayStation 3,Wii dan Nintendo DS (versi berasingan dibangunkan oleh n-Space). Permainan ini secara rasmi telah diumumkan pada tarikh 30 April 2010. Ia ialah ansuran ketujuh daripada siri Call Of Duty dan permainan ketiga dalam siri yang dibina oleh Treyarch. Ini ialah susulan bagi judul permainan video sebelumnya iaitu Call of Duty: World at War. Ini ialah yang pertama daripada siri Call of Duty yang mana ia berlangsung dalam era Perang Dingin.

Dalam masa 24 jam, permainan ini telah terjual lebih daripada 7 juta salinan, 5.6 juta di Amerika Syarikat dan 1.4 juta di United Kingdom, memecahkan rekod siri terdahulunya Call of Duty: Modern Warfare 2 sebanyak 2.5 juta salinan. Permainan ini telah dikeluarkan di Jepun pada tarikh 18 November 2010. pada Sekuel Call of Duty: Black Ops II pada tahun 2012.

Call of Duty: Black Ops berlangsung semasa Perang Dingin pada tahun 1960-an. Kisah bertumpu pada CIA Special Activities Division (SAD) Studies and Observations Group (SOG) (awalnya dan saat ini dikenali sebagai "Special Operations Group") - yang disokong operasi hitam yang berahsia dilakukan di belakang garis musuh. Misi ini berlangsung di pelbagai lokasi di seluruh dunia seperti Gunung Ural di pusat Rusia, Cuba, Laos, dan Vietnam.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]