Cameron Diaz

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Cameron Diaz
Kelahiran
Cameron Michelle Diaz

(1972-08-30) 30 Ogos 1972 (umur 51)
PekerjaanPelakon, Model

Cameron Michelle Diaz (lahir 30 Ogos, 1972 di San Diego, California) ialah seorang pelakon dan model dari Amerika Syarikat.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Awal kehidupan[sunting | sunting sumber]

Ayahnya yang berketurunan Cuba-Amerika, Emilio Diaz, bekerja sebagai seorang penyelia bagi sebuah syarikat minyak dan ibunya Billie Early, bekerja sebagai ejen eksport.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Cameron Diaz (kanan) dengan Leonardo DiCaprio dan Martin Scorsese di Festival Filem Cannes 2002

Semasa berumur 16 tahun, dia memulakan kerjayanya sebagai seorang model. Selepas menamatkan zaman persekolahan, dia ke Jepun untuk bekerja dan disana dia berjumpa dengan pengarah video, Carlo de la Torre. Dalam perjalanan pulang ke Amerika, dia berpindah masuk bersama-sama dengan dia. Untuk beberapa tahun akan datang, kerjaya peragaan modelnya membawa Diaz ke seluruh pelusuk dunia.

Ketika berumur 21 tahun, Diaz menghadiri uji bakat bagi filem The Mask lakonan Jim Carrey. Tanpa disangka-sangka, Diaz mendapat peranan sebagai pelakon wanita utama walaupun tanpa pernah berlakon sebelum ini.

Dalam tempoh tiga tahun selepas itu, dia berjaya mendapat peranan dalam filem bajet rendah, filem bebas, seperti The Last Supper, Feeling Minnesota, dan She's The One.

Dia kemudiannya mendapat pengiktrafan dengan kejayaan filem lakonannya seperti My Best Friend's Wedding dan There's Something About Mary, dan mendapat sokongan daripada pengkritik dalam filem Being John Malkovich, yang berjaya membuatkan dia mendapat pencalonan bagi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Anugerah Golden Globes, Anugerah BAFTA dan Anugerah SAG'.

Diaz juga membintangi adaptasi siri hit Charlie's Angels dan sekuelnya, dan juga meminjamkan suaranya untuk filem animasi Shrek dan sekuelnya, yang mana dia memperoleh $10 juta dolar. Pada tahun 2001, dia mendapat pencalonan bagi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di anugerah Golden Globes, Anugerah SAG dan Anugerah AFI bagi filem Vanilla Sky. Bagi filem Charlie's Angels: Full Throttle, dia menjadi pelakon wanita kedua (selepas Julia Roberts) untuk memperoleh $20 juta dolar bagi satu watak; filem itu gagal menyinar di pawagam.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Cameron Diaz telah lama berpacaran dengan bekas anggota kumpulan *NSYNC iaitu Justin Timberlake.

Filem-filem yang dibintangi[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]